Ahad, 12 September 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kroni Perlu Dikorban, Jika Mahu Pulih Ekonomi

Posted: 12 Sep 2010 07:14 AM PDT

Dari tv Selangor

Keghairahan Umno-BN menghabiskan wang rakyat pada kempen berslogan dan projek tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif punca Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.

Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa. Yang terbaru, Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia.

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN perlu mengorbankan kroni-kroni bagi memulihkan imej dan ekonomi negara di persada antarabangsa.

Beliau menggesa Kerajaan Pusat supaya meneliti saranan Forum Ekonomi Dunia yang menggesa Malaysia mengambil langkah drastik untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman dan institusi awam bagi menghentikan kecorotan prestasi negara dari tahun ke tahun.

Anwar menjelaskan ekonomi Malaysia akan terus tempang, dan rakyat akan terus tertekan, jika Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus melindungi kroni-kroni Umno-BN yang selama ini mendorong pemerintah untuk mencabul sistem politik, ekonomi dan undang-undang.

Sistem kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak memihak kepada kekuasaan adalah ciri-ciri utama yang meletakkan negara seperti Switzerland mengungguli carta 10 ekonomi terbaik di dunia.

Najib digesa merenung keresahan rakyat dan pelabur apabila rasuah dan penyelewengan kuasa semakin membudaya lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang.

“Perdana Menteri silih berganti, janji demi janji tapi tidak diperkota. Lihat sahaja isu pembubaran dan pembatalan ISA sampai sekarang tidak terjadi, rasuah masih lagi meluas, digunakan penswastaan 1 Malaysia termasuk kes Sungai Besi diberikan kepada kroni yang melibatkan projek berbilion ringgit yang tidak diberikan secara telus” jelas Anwar

Laporan Daya Saing 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini membuktikan gagasan Dato Seri Najib dalam membangunkan Negara tidak membuahkan hasil malah membebankan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan hanya mengejar slogan dan pencapaian astetik 1 Malaysia, tanpa perlaksanaan dasar-dasar wajar.

Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.

“Bila ditanya, mereka kaitkan pula dengan soal Melayu dan Bumiputera. Melayu mana dan Bumiputera mana yang dapat keuntungan? Hanya Melayu keluarga dan Bumiputera kroni. Kita pertahan majoriti yang miskin dan kelompok india, Cina, Kadazan, iban dan Dayak yang terpinggir. Ini mesti juga diberi perhatian. Ini negera kita dan kita berhak pertahankan hak kita,” tambah Anwar

Prof Dr. Fathi Osman Passes On

Posted: 12 Sep 2010 06:59 AM PDT

Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.
From God we all come and to Him we return

It is with great sadness and sorrow that we announce and mourn the passing of our beloved elder ,teacher , mentor and Professor Dr. Fathi Osman ,May God accept him with mercy and house him amongst the righteous in paradise. Dr. Osman died on Saturday September 11 , 2010 in Los Angeles , California.

The Omar Ibn Al Khattab Foundation and the Dakhil family extends its deepest condolences and sympathies to his widow Dr. Aida and daughter Dr. Ghada Osman , to the Muslim community and to all those who whose hearts and minds he touched and influenced.

Dr. Osman was recognized ,throughout the world, as a pioneer contemporary Islamic thinker amongst scholars of his era. He wrote and published extensively on Shari'a in contemporary society , human rights, women in Islam, pluralism,the “other” ,the permanent and transitional in the sacred sources , Shura and democracy and on other contemporary issues of the time. His “Concepts of the Quran :A Topical Reading ” was a milestone in enabling English speakers to understand the Quran .

Even in retirement Dr. Osman continued to write .”Contemporary Issues : An Islamic Perspective” and the “Other” are his latest major publications.

In the 1980′s Dr. Osman coined the term “fiqh alaqaliyat” (jurist prudence for Muslims as minorities) that opened the door for him and others scholars to discuss how Muslim minorities, especially in the West , can be practicing Muslims complying with Islamic law and full citizens active in all aspects of life in the land were they lived.

Dr. Osman’s death is a major loss to the Muslim community nowhere more so than at the Omar Ibn Al Khattab Foundation were he was Resident Scholar and founder of the Institute for the Study of Islam in the Contemporary World and at the University of Southern California’s Center of Muslim Jewish Center where he was the Senior Muslim Scholar and authority.

Dr. Osman’s legacy will live on through those whom he taught & influenced ,the books and papers he published and through his recorded lectures and spoken works. Some of which can be read at http://www.usc.edu/schools/college/crcc/engagement/issues/ or viewed at http://www.youtube.com/user/CMJEUSC#p/u

Tiada ulasan: