Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Majlis Hari Raya DUN Ampangan 2 Okt 2010
- Adat Melayu dihina oleh orang Melayu. Siapa ?
- Veteran Umno N.Sembilan keluar parti di Rembau ?
- Penjenayah samun polis, pecah masuk sekolah dekat balai
Majlis Hari Raya DUN Ampangan 2 Okt 2010 Posted: 28 Sep 2010 12:31 AM PDT MAJLIS HARI RAYA ADUN AMPANGAN DAN CABANG SEREMBAN ADUN Ampangan YB Rashid Latiff menjemput penduduk Ampangan khususnya untuk memeriahkan Majlis Hari Raya DUN Ampangan. Tarikh : 2 Oktober 2010 Hari : Sabtu Masa : 8.30 malam Tempat : Pejabat ADUN Ampangan, Gedung Lalang, Ampangan, Seremban Pertanyaan sila hubungi Pn Salwa 019-3832636 (S/U Cabang) Sumber http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/09/majlis-hari-raya-adun-ampangan-dan.html |
Adat Melayu dihina oleh orang Melayu. Siapa ? Posted: 27 Sep 2010 09:17 PM PDT Ada budak Melayu menghina Adat Melayu dalam blog dia, terutama Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat Lahanat katanya. Macamana Dato Rais Yatim ? Tak nak ambil tindakan ke Dato Rais ? Menghina Adat Perpatih bermakna menghina institusi Raja Melayu di Negeri Sembilan, iaitu menghina Yamtuan serta Undang yang empat. Baca apa kata budak Melayu ini mengenai Adat Lahanat di http://aposhafiz.blogspot.com/2010/09/adat-lahanat.html |
Veteran Umno N.Sembilan keluar parti di Rembau ? Posted: 27 Sep 2010 05:36 PM PDT Dari Blog Edyesdotcom Veteran UMNO Keluar Parti Ketika Hadiri Rumah Terbuka Cabang Rembau!! Berlaku di majlis jamuan hari raya dan rumah terbuka Keadilan Cabang Rembau, seorang veteran UMNO yang pernah menjadi ADO Jempol, bekas s/u sulit Reily Jefry ketika itu Menteri Kerja Raya, juga bekas s/u sulit lim liong sik, bekas pimpinan pemuda UMNO Teluk Kemang dan sekarang ini sebagai usahawan berjaya. Veteran yang cukup dikenali sebagai kawan rapat Isa Samad (sehingga sekarang), telah terbuka hatinya apabila mendengar pidato Chegubard yang banyak menyentuh isu keselamatan rakyat dan isu gadaian maruah bangsa yang dilakukan oleh UMNO. Dengan rasa insaf, dengan fikiran terbuka, veteran berumur 62 tahun (yang biasanya takkan berubah dari menyokong UMNO) dengan begitu semangat mengumumkan keluarnya dari parti keparat UMNO!! Dan beliau yakin, ramai lagi rakan-rakannya dalam UMNO akan mengikut jejak langkah beliau. Beliau adalah Hj Md Noor Daud. Perkara ini berlaku secara spontan, atas keinsafan seorang insan yang kita selalu jangkakan hidup dan matinya untuk UMNO semata-mata. Tetapi perkiraan politik Malaysia hari sudah sangat berbeza dan telah melalui fasa-fasa perubahan yang menampakkan kesan positif. Kerana hari ini, bukan hanya anak muda yang berjaya melepaskan diri dari kongkongan 'projek pembodohan rakyat' tajaan kerajaan Barisan Nasional, malah pengundi di saluran yang paling sukar untuk ditembusi, paling sukar untuk dirayu undinya juga boleh direformasikan dengan pendekatan yang menjurus kepada realiti. Percayalah bahawa mereka yang berumur ini tidak berminat dengan frasa-frasa retorik kerana resamnya bagi seorang veteran, mereka terlebih dahulu merasa garam. Saya berani jamin, ini bukanlah satu kes terpencil. Ramai lagi penerima pencen akan beralih arah kerana tidak lagi mempunyai ikatan berbentuk risiko sekiranya mereka menyebelahi pembangkang. Saya yakin seperti yang disebut oleh Md Noor Daud, bahawasanya ramai lagi rakan-rakannya akan menyonsang arus bagi merentas perubahan demi untuk memastikan kesilapan mereka suatu masa dulu dapat ditebus, walaupun tidak dapat mengembalikan jumlah sebenar tanah rezab melayu yang telah tergadai. Jika kita sebagai anak muda mempunyai peluang, tarbiyah dan pujuk jika perlu supaya orang-orang terdekat memahami apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. Supaya mereka melihat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat adalah wadah yang paling sesuai untuk berjuang, tidak kiralah apa lingkungan umurnya. Masih belum terlewat untuk mereka yang biru tegar meninggalkan parti lama dengan politik lama dengan menyertai parti baru dengan politik baru - iaitu memulangkan harta kekayaan negara kepada rakyat. Masih lagi belum terlambat untuk setiap saudara sekampung kita yang berada di sebelah sana untuk berhijrah, sepertimana pepatah orang putih yang berbunyi 'better late than never'. Ingatlah, mereka yang menyertai Pakatan Rakyat, mereka yang menyertai Parti Keadilan Rakyat, adalah mereka-mereka yang berani! Sumber : http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/09/veteran-umno-keluar-parti.html |
Penjenayah samun polis, pecah masuk sekolah dekat balai Posted: 27 Sep 2010 05:00 PM PDT Nampaknya penjenayah di Malaysia ni dah tak takut polis. Di Jempol , N.Sembilan seorang anggota polis bersama keluarga telah disamun mengakibatkan kerugian RM50,000.00. Di Melaka sebuah sekolah yang berhampiran balai polis telah dipecah masuk mengakibatkan kerugian RM78,000.00. Kalau penjenayah dah takut polis, selamat lagikah Malaysia ? Usahkan penjenayah, Mat Rempit pun tak takut polis sekarang. ********************** Empat penjenayah samun anggota polis Utusan Malaysia 28 Sep 2010 JEMPOL, N.Sembilan. 27 Sept. - Sekumpulan penjenayah bertindak nekad apabila menyamun dan mengikat seorang anggota polis bersama keluarganya sebelum melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah RM50,000 di Air Hitam di sini kelmarin. Kejadian pukul 5 pagi itu melibatkan empat penjenayah bersenjatakan dua objek menyerupai pistol dan menutup muka dengan kain mereka sebelum memecah masuk rumah mangsa dengan mengumpil pintu hadapan. Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, siasatan sedang dilakukan termasuk memburu empat suspek yang menyamun rumah anggota polis berkenaan. "Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya segera tampil untuk membantu siasatan," katanya di sini kelmarin. Dalam pada itu, sepasukan anggota polis dari Unit Forensik dan Anjing Pengesan (K9) dilihat turut berada di lokasi bagi membantu kerja-kerja penyiasatan. "Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran," katanya. Dalam pada itu, mangsa yang dikenali sebagai Subramaniam, 55, dan bertugas di Balai Polis Bahau dekat sini memberitahu, semasa kejadian dia sedang tidur bersama isterinya dalam satu bilik dan terkejut dengan kehadiran empat penjenayah terbabit. "Mereka menutup muka dengan kain dan menunjukkan objek seperti pistol. Mereka mengacukan ke arah kepala saya, menyebabkan saya tidak bertindak kerana bimbang mereka berkelakuan lebih agresif dan membahayakan keselamatan keluarga. "Lagipun dua anak yang tidur di bilik berasingan telah dibawa ke bilik saya oleh lelaki berkenaan," katanya. Ketika itu, katanya, penjenayah itu mula menggeledah rumah sebelum melarikan wang tunai RM600 dan sejumlah barangan kemas yang kesemuanya dianggarkan RM50,000. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm The Star Tuesday September 28, 2010 School broken into despite being near police station MALACCA: The school has two security guards and it is very close to the Batu Berendam police station, but this did not deter thieves from breaking in. They carted off 14 notebook computers, an LCD projector and a camcorder worth RM78,000 from SJK (C) Wen Hua which is a mere 250m away from the police station. Headmaster Ong Ching Nam, 56, said the break-in was discovered by a teacher at 6.10am yesterday after noticing the damaged window grille leading to the teachers' room on the second floor of the school's main block. "We are shocked as the thieves ransacked the office and teachers' room, besides breaking into two of the safes," he said. Fortunately, the safes were empty. "I have been teaching here for 11 years and this is the first such incident," Ong said. He said the burglary did not affect yesterday's classes at the 74-year-old school that has 57 teachers and 1,367 students. The school would notify the state Education Department about the incident, besides seeking a written report from the company providing the security guard services, he said. Melaka Tengah OCPD Asst Comm Salehhudin Abd Rahman said police were investigating the incident. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F28%2Fnation%2F7116023 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan