Anak Muda Kampung Nak Senang |
Dua minggu Raya tanpa air di Terenggau Posted: 25 Sep 2010 11:59 PM PDT Penduduk resah krisis bekalan air sejak enam tahun lalu Utusan Malaysia 26 Sep 2010 MARANG 25 Sept. - Sebanyak 10 keluarga di Kampung Batangan dekat sini dibelenggu keresahan sejak sekian lama akibat krisis bekalan air yang meruncing. Seorang penduduk, Jusoh Mamat, 68, yang merupakan seorang pesara kerajaan, berkata, setiap awal pagi antara pukul 2 hingga 5 pagi, dia terpaksa menadah bekalan air paip di rumahnya untuk diisi ke dalam beberapa tong sebagai simpanan keperluan harian. "Bayangkan kehidupan kami dan keluarga lain di sini yang sengsara kerana tak ada bekalan air paip mencukupi sejak enam tahun lalu. Betapa azabnya hanya kami saja yang rasa, lebih baik tak ada elektrik daripada tak ada air. "Lebih sedih, anak-anak serta cucu sudah lama tak bermalam di rumah ini kerana tidak cukup bekalan air untuk urusan seharian," katanya. Jusoh sebelum bersara tinggal bersama keluarga di Dungun dan kemudian berpindah menetap di Kampung Batangan pada 1984 sehingga sekarang. "Sejak enam tahun lalu kami tak dapat bekalan air paip secukupnya, kami tak akan lupa pengalaman paling teruk ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini, seminggu sebelum dan seminggu selepas raya langsung tak ada air paip," ujarnya. Seorang anaknya, Khairul Anuar berkata, aduan mengenai masalah itu sudah banyak kali disampaikan kepada pihak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. tapi sehingga kini masalah tersebut belum selesai. Beliau berharap pihak berkenaan bertindak segera bagi menangani masalah itu demi memenuhi keperluan penduduk di situ. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan