Pengikut

Nuffnang

Rabu, 22 September 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

sumber :-

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kesian, pakcik Hindu ini dipenjara kerana mencuri

Posted: 22 Sep 2010 02:51 AM PDT


Tak sedih ke kita dengar pakcik, Arokiasamy umur 64 tahun dipenjara 10 hari kerana mencuri makanan dan minuman di pasaraya dekat Kuala Lumpur. Pakcik ni ada kencing manis, darah tinggi mengaku bersalah apabila didakwa di mahkamah dan mengatakan dia orang miskin.

Dia ditanggung oleh anaknya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM 1,000, mempunyai isteri dan anak pula, dan berhutang RM 2,000 kerana tak cukup gaji nak beli makanan, dan sering terputus bekalan makanan.

Lebih menyedihkan anaknya hanya tahu ayahnya dipenjarakan apabila membaca berita dalam akhbar.

Tidak bolehkah kesalahan pakcik ini dimaafkan ? Hukum hudud Islam, rasanya pun memaafkan yang bersalah sekiranya mencuri kerana terdesak untuk makan dan minum.

Mungkin ramai lagi diluar sana mengalami nasib yang sama seperti pakcik ini, tak kira samada Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. Mana semangat 1Malaysia kita dalam hal sebegini ?

****************************************

'We didn't know he was in jail, until we read The Malay Mail'
Malay Mail 21 Sep 2010

Son learnt missing dad in jail for shoplifting from sister who read it in The Paper That Cares

KUALA LUMPUR: A security guard has more than meeting ends meet for his family-of-five to contend with after learning his missing father been jailed for stealing food and drinks from a supermarket.

He only knew his father's fate when a sibling told him she read about the court case in The Malay Mail on Wednesday — a day after the old man did not return to his son's one-room flat in Jalan Hang Tuah here.

Despite the misfortune, Vijayakumaran Arokiasamy, 30, did not condone the action of I. Arokiasamy, 64, who was sentenced to 10 days in jail by the Magistrate's Court here for stealing cans of food and packets of drinks from a supermarket.

ALL HE WANTED WAS FOOD: Arokiasamy being led away from the courthouse last week to serve his sentence

"I admit we are not a family who swims in the lap of luxury," he said when met at his low-cost unit. "I know times are bad and I am trying my best to make ends meet but I never thought my father would do such a thing.

"I thought we could make it through life together, even during hard times. I am saddened by what he did."

He said his father went missing on Tuesday after his regular trip to shops near his house.

"At first, I did not give it much thought as he had gone missing a couple of times before, only to return the next morning with breakfast for us.

"This time, he did not return and I got worried."

With the help of a friend, Vijayakumaran searched places his father frequented but could not find him.

Vijayakumaran only learnt about his father's whereabouts on Wednesday night when his sister called him. "She called me, saying our father was sentenced in court. She read about the case in The Malay Mail. I immediately rushed to the Dang Wangi police station.

"They then gave me the Sungai Buloh prison's number. I might visit my father tomorrow (today)."

Vijayakumaran, who is the sole breadwinner earning RM1,100 a month, said his father had never been jailed before.

"Times were bad towards the end of the month when we only have a meal a day. I have also borrowed from my boss. I already owe him RM2,000 but that does not mean stealing for food is the answer."

Last Wednesday morning, Arokiasamy, who was hardly able to walk as he suffers from diabetes, high blood pressure and poor eyesight, pleaded guilty to charge of stealing food and soft drinks.

He was nabbed last Tuesday outside The Store supermarket in Pudu Plaza after a staff saw the former putting 15 cans of food and drink packets into a plastic bag and leaving the premises.

When a security officer demanded he pay for the items, amounting to RM99.22, at the exit, the latter said he did not have the money.

During his trial, Arokiasamy, who was unrepresented, pleaded for a lighter sentence citing his age. "I won't do it again, I have a grandchild and I'm poor."

http://www.mmail.com.my/content/49930-we-didnt-know-he-was-jail-until-we-read-malay-mail

20 lagi pusat Karaoke baru di Terengganu Darul Iman

Posted: 22 Sep 2010 02:00 AM PDT

MBKT Timbang 20 Permohonan Pusat Karaoke Baru
KUALA TERENGGANU 22 Sep 2010 : Jumlah pusat karaoke di bandar ini dijangka bertambah berikutan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kini dalam proses menimbang sekurang-kurangnya 20 permohonan baru.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata sehingga kini pihaknya telah meluluskan operasi tujuh pusat karaoke di bandar ini.

"Untuk permohonan baru, tiada masalah untuk kita luluskan sekiranya permohonan dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya. Adzlan berkata antara kriteria yang ditetapkan ialah pusat karaoke itu tidak terletak dalam kawasan perumahan, tempat ibadat dan sekolah.

Beliau berkata dalam masa tiga bulan dari sekarang, MBKT akan mengadakan operasi untuk memastikan pusat karaoke sedia ada mematuhi syarat lesen termasuk menghentikan operasi bagi menghormati waktu solat. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_berita/20100922162452&sec=mstar_berita

PENAGIH DADAH TERENGGANU DARUL IMAN MENINGKAT 1,366.67%

KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

"Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.

Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.

Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Tiada lagi kalimah Allah pada logo PDRM ?

Posted: 22 Sep 2010 12:48 AM PDT

Tiada lagi kalimah Allah dan Muhammad pada Logo PDRM ? Betul ke ? Mengapa ? Kenapa ? Angkara siapa ? Boleh percaya ke ? Di mana ? Bila ? Tengok gambar dan baca sendiri pada pautan berikut http://mahaguru58.blogspot.com/2010/09/pdrm-kenapa-kalimah-allah-muhammad.html

Menteri Besar NS, Giliran Kuala Pilah ?

Posted: 21 Sep 2010 05:49 PM PDT

Dari Blog Aspan Alias
Posting saya sebelum ini, yang mengisahkan bekalan air yang terputus setiap hari lebaran dikampong mendapat reaksi yang sangat besar dari pembaca khususnya bagi mereka yang tinggal atau berasal dari mukim dan kariah yang sama dengan saya.

Sebenarnya saya terpaksa menulisnya secara terbuka kerana kesiankan orang kampong saya dan kampong-kampong sekitarnya telah merasakan kepayahan dan keresahan sejak beberapa tahun yang lalu kerana kelalaian pihak yang berwajib untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka.

Pemimpin-pemimpin politik tempatan khususnya W/Rakyat yang merupakan 'Law Makers' diDewan Undangan Negeri sepatutnya memberikan fokus terhadap isu kemudahan asas untuk rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak menghadapi masalah air yang merupakan asas seseorang itu untuk hidup.

Mereka sebagai W/Rakyat sepatutnya membuat pemantauan terhadap isu sensitif ini dan mempastikan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pelaksana (pegawai kerajaan) ini disempurnakan sebagaimana yang telah didasarkan oleh pihak penggubal dasar diNegeri Sembilan.

Itulah sebabnya semasa saya berada dalam barisan pimpinan UMNO diKuala Pilah dahulu saya selalu memberikan pandangan kepada pemimpin-pemimpin ditempat saya supaya mencari pemimpin yang bersedia untuk memberikan tumpuan khusus untuk orang ramai dari memberikan tumpuan kepada bermain politik siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Oleh kerana terlalu ramai yang hendak menjadi pemimpin maka berlakulah budaya mengampu dan diampu dikalangan pimpinan dikawasan ini. Setengah yang tidak ada kepimpinan mengampu kepimpinan peringkat negeri dan mulalah pemainan politik wang yang tidak dapat dikawal sehingga kehari ini.

Menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian dalam tahun pemilihan mampu mengumpul wang sogokkan dari pihak yang tidak ada kepimpinan yang ingin menjadi pemimpin yang tidak 'legitimate'. Sekarang ini menjadi perwakilan cawangan keperwakilan bahagian boleh menambah pendapatan dengan lumayan.

Akhirnya yang timbul itu hanyalah sampah sarap dan yang baik itu tenggelam dan hanyut debawa arus rasuah yang sangat ganas kemuara. Yang akhirnya sengsara adalah rakyat marhin dikampong-kampong seperti apa yang dihadapi oleh kampong-kampong yang saya tulis dalam posting yang lepas.

Ismail Lasim adalah Ketua Bahagian Kuala Pilah yang menjadi Ketua kerana budaya mengampu dan permainan politik wang yang keterlaluan. Ismail merupakan seorang yang hanya bergayut kepada pemimpin perhubungan. Siapa yang menjadi pemimpin perhubungan itulah ketua dan akan taat kepadanya asalkan sahaja beliau diberikan perlindungan politik peribadi beliau.

Apabila Ketua Perhubungan itu bertukar maka bertukarlah ketaat setiaannya kepada yang baru. Beliau disenangi oleh Mohammad dan itu yang penting bagi beliau. Kesejahteraan rakyat tidak dipedulikan kerana yang penting baginya ialah kemakmuran politik beliau secara peribadi.

Tetapi apa yang diharapkan oleh Mohammad tidak mampu dipertahankan oleh Ismail. Apabila Mohammad dibelasah oleh pimpinan bahagian-bahagian yang lain diNS Ismail Lasim membisu kerana beliau memang terkenal dengan permainan politik 'play-safe'. Ismail tidak berani menegaskan pendirian apabila sampai keperingkat ini.

Rupa-rupanya Ismail mempunyai agenda sendiri; iaitu untuk menjadi Menteri Besar bagi menggantikan mentornya Mohammad Hasan. Ismail menggunakan bekas pemimpin Bahagian Kuala Pilah untuk mendapatkan 'connection' bagi menjayakan cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar yang merupakan matlamatnya yang 'ultimate'.

Selepas ini kita akan dapat saksikan siapa yang main dan siapa yang kena mainkan. Ismail merupakan pilihan bagi pemimpin yang tidak sebulu dengan Mohammad Hasan. Sesiapa sahaja boleh menafikannya tetapi hakikat tetap hakikat.

Bagi Ismail beliau merasakan beliau telah dapat mengawal kepimpinan diKuala Pilah kerana beliau telah berjaya mengenengahkan pemimpin-pemimpin yang lesu yang akan hanya mengangguk dan mengiyakan segala kehendaknya. Diantara pemimpinan tempelan Ismail termasuklah Razi (ADUN Juasseh) Adnan Abu Hasan (Pilah) serta Abdul Samad (S Menanti).

Dalam pada Ismail berusaha untuk mendapatkan jawatan MB itu saya diberitahu yang Samad Ibrahim (S Menanti) pulak yang sedang bercita-cita untuk menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan tahun hadapan dan beliau pula mengambil giliran untuk duduk rapat dicelah ketiak Mohammad Hasan.

Ismail Lasim nampaknya menggunakan TS Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan 'connection' dengan DS Najib dan juga mendapat dokongan Rais Yatim untuk tujuan untuk menjadi Menteri Besar. Saya dihujani dengan kedatangan kawan-kawan dari tempat saya memberi tahu cerita-cerita yang sangat 'interesting'' ini.

Ismail selain dari minatnya sendiri untuk menjadi MB ini, beliau nampaknya menjadi 'conduit' kepada pemimpin NS yang ada dipusat untuk melakukan tekanan terhadap Mohammad Hasan dan Ismail bersedia untuk dipergunakan oleh kumpulan ini. Yang penting beliau mesti menjadi MB.

Seandainya Mohammad Hasan berjaya mengekalkan tempat beliau maka Ismail akan tinggal kesaorangan kerana Rais dan yang lain akan menukar kesetiaannya kepada Mohammad secara 'instantaneous'.

Kalau kita melakukan kajian terperinci, maka munasabahkah pemimpin-pemimpin ini duduk berbaik-baik untuk berkhidmat kepada rakyat untuk mempastikan keperluan rakyat disediakan?

Mohammad dalam pada itu telah 'membeli' beberapa orang diKuala Pilah, Jempol, Jelebu dan Bahagian-bahagian yang lain untuk memecahkan kekuatan musush-musuh yang ada dalam selimut beliau.

Beliau telah berjaya melemahkan 'base' Rais diJelebu dengan konspirasi beliau dengan Yunus Rahmat sehinggakan Rais hanya menang dengan 11 undi dalam pemilihan bahagian Jelebu apabila beliau ditentang oleh anak muridnya sendiri Yunus Rahmat.

Kali ini Samad Ibrahim akan menjadi 'conduit' beliau diKuala Pilah dan seorang yang benama Salim diJempol untuk melemahkan Lilah Yasin. Masing-masing memperalatkan dan diperalatkan dalam permainan poitik yang sangat getir diNS.

Siapa yang menjadi 'sikitol' dan siapa yang di'kitolkan' sudah mula jelas dilihat dan ini merupakan permainan yang sangat merbahaya bagi kepentingan UMNO dinegeri yang beradat ini.

Dalam pada itu PR sedang menembusi banyak kubu UMNO kerana UMNO bergolak terlalu jelas. Jika pihak PR mampu untuk menunjukkan siapa yang akan menjadi MB yang 'viable' maka kemungkinan barisan 'alternative' itu akan berjaya menubuhkan kerajaan diNS adalah cerah.

Permainan 'cah keting' diKuala Pilah dan NS amat merbahaya ditambah pula dengan ketidak mampuan W/Rakyat pada hari ini berkhidmat kepada rakyat dan berani menentukan pendirian tegas dalam isu kepimpinan ini akan membawa kecelakaan kepada UMNO dan BN.

Pemimpin-pemimpin UMNO giat membunuh politik mereka sesama meraka ibarat sel-sel kanser yang membunuh diantara satu dengan yang lain yang menyebabkan kanser yang 'malignant' yang akhirnya mematikan tubuh UMNO itu sendiri.

Saya amat dibenci oleh ramai pemimpin yang bermain politk secara ini semasa saya bergiat dahulu. Sekarang saya telah berjaya membuktikan apa yang saya katakan itu sudah menjadi kenyataan.

Baru sekarang mereka sedar (jika telah sedar) bahawa politik menggunakan wang itu tidak akan kekal kekuatannya.

Selepas ini kita mungkin dapat melihat apa yang berlaku dikawasan-kawasan lain diNS. Yang kita lihat sekarang ini hanya 10 peratus dari apa yang sebenarnya berlaku.

Persoalannya sekarang, mampukah Ismail mengambil alih jawtan yang dipegang oleh Mohammad Hasan, sedangkan beliau sendiri sudah mengalami sokongan yang begitu merosot diKuala Pilah? Mampu kah Ismail melakukan 'kona baring' dan meninggalkan Mohammad?

Sama-sama kita lihat. It's going to be an interesting political affair in NS. Bet you. Kalau saya boleh bertanya kepada Mohammad; ingat ke tidak saya pernah memberitahu beliau yang Ismail bukan orang yang mempunyi ' allegiance' terhadap sesiapa kecuali pada dirinya sendiri?

Tidak payahlah jawab; jawab kepada diri saudara sendiri. Itu sudah mencukupi.

Sumber : http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/09/menteri-besar-ns-giliran-kuala-pilah.html

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang