Sabtu, 18 September 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Malaysia sarang gangster ke, filem Tamil dan Taksub

Posted: 18 Sep 2010 06:51 AM PDT

JANGAN JADIKAN KLANG, KUALA LANGAT DAN SHAH ALAM SARANG GANGSTER (Dari Blog Singalautmetro)
SAMA ADA kita mahu mengakui atau menafikan, fenomena jenayah serang berkumpulan termasuk bunuh bukan sesuatu yang pelik di beberapa daerah di sekitar Selangor. Sebagai contoh bagaimana seorang pemuda dari Sabah terbunuh dikeronyok oleh sekumpulan lelaki dipercayai keturunan India di Sri Muda, Shah Alam tidak lama dulu.

Tidak pasti di mana hujungnya kes itu kini. Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain juga boleh dikatogerikan sebagai jenayah berkumpulan, malah lebih terancang dengan seorang peguam dipercayai menjadi dalangnya.

Kalau dibuat tinjauan atau kaji selidik di beberapa kawasan tertentu di Selangor, hasilnya pasti tidak menolak tanggapan mengenai wujudnya serang secara berkumpulan ini. Kadang-kala puncanya kecil seperti tersondol kereta, boleh membawa kepada pergaduhan besar.

Kadang-kala hanya kerana membunyikan hon untuk memberi perhatian kepada pemilik kereta yang menghalang laluan di petak parkir, keadaan boleh bertukar seperti sekumpulan semut mengerumuni tumpahan gula! Keadaan telah menjadi terbalik. Yang melakukan kesalahan pula kelihatan seperti raja.

Kepada pihak berkuasa, mungkin tragedi menimpa Sosilawati ini boleh menjadi 'petunjuk' supaya ada kaedah khas dilakukan bagi membersihkan perlakuan jenayah yang dilakukan secara berkumpulan ini. Ini kerana jika dibiarkan ia akan menjadi barah di dalam kehidupan bermasyarakat.

Masyarakat sebenarnya telah lama menyimpan pertanyaan tentang gejala sakit di mata ini, tetapi diharapkan pertanyaan itu akan berjawab dengan segera bagi memastikan kehidupan aman dan harmoni menjadi teras kehidupan di mana-mana kawasan di negara ini.

Hidup tanpa jenayah dan tanpa budaya cacamarba amat diharapkan.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/09/jangan-jadikan-klang-kuala-langat-dan.html

Filem Tamil dipantau
Utusan Malaysia 18 Sep 2010

IPOH, 17 Sept. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mencari mekanisme untuk memantau kemasukan filem Tamil berunsur ganas yang dikatakan mempengaruhi masyarakat India di negara ini.

Pemantauan itu akan dibuat menerusi kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah.

"Kita akan mencari jalan mekanismenya...antaranya kita akan melihat kemasukan drama-drama bersiri dari India khususnya. Kita kena lihat kemasukan sama ada drama bersiri yang terlalu banyak boleh mendatangkan bermacam-macam masalah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pinjaman Tekun Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu adalah sebagai antara usaha kerajaan untuk membanteras kegiatan jenayah dan gangsterisme di kalangan masyarakat India terutama golongan remaja.

"Saya tidak menolak andaian yang mengatakan adegan ganas menerusi drama bersiri di televisyen dan filem Tamil dari India sebagai faktor utama punca berlakunya kegiatan jenayah dan gangsterisme di kalangan masyarakat India," katanya.

Murugiah berkata pihaknya juga bercadang mengadakan seminar kesedaran mengenai jenayah dan gangsterisme di kalangan pelajar India di peringkat sekolah rendah. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Taksub kepada majikan punca pembunuhan
Utusan Malaysia 18 Sep 2010

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Ketaksuban enam pekerja Ladang Gadong, Tanjung Sepat terhadap majikan dikatakan mendorong mereka untuk memukul sehingga mati jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Mereka kemudiannya membakar mayat mangsa sebelum abunya dibuang ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kes itu melibatkan lapan suspek, bukan 17 orang seperti dilaporkan akhbar sebelum ini.

"Kita percaya enam suspek yang merupakan pekerja dua peguam itu begitu taksub dengan majikannya kerana rata-rata mereka sudah bekerja selama 15 tahun dengan mereka.

"Hasil pengakuan suspek, Sosilawati dan tiga rakannya diikat, dipukul dan ditikam sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai.

"Mereka bukan ahli kumpulan samseng tetapi suspek pekerja terbabit terlalu taksub dengan arahan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Mohd. Bakri ditanya mengenai perkembangan siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain di Banting.

Sementara itu, mengenai aset suspek utama yang dikatakan mencecah ratusan juta ringgit, Mohd. Bakri memberitahu, kesemua harta suspek sama ada di dalam atau luar negara telah dibekukan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai aset yang telah disita oleh pihak polis.

Mohd. Bakri berkata, suspek turut disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dalam tujuh kes penipuan di Selangor sejak dua tahun lalu.

Beliau memberitahu, suspek juga dikaitkan dengan empat lagi kes jenayah iaitu satu pembunuhan dan tiga kes culik.

Kes pembunuhan itu membabitkan seorang wanita berusia 35 tahun yang dibunuh di hadapan rumahnya di Banting, manakala tiga kes culik membabitkan tiga lelaki iaitu seorang ahli perniagaan dari India dan dua rakyat tempatan.

"Mereka juga berkemungkinan telah dibunuh," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Empat beradik daif tercicir sekolah di Kuantan

Posted: 18 Sep 2010 06:50 AM PDT

Harian Metro 18 Sep 2010. KUANTAN: Lima beradik yang menetap di Lorong 12, Jalan Tanjung Api, Kampung Selamat, di sini, bukan saja hidup serba kekurangan, malah empat daripada mereka tercicir daripada persekolahan akibat kesempitan hidup.

Lebih menyedihkan apabila ibu mereka, Wan Zamuzi Wan Yusoff, 45, terlantar sakit sejak beberapa bulan lalu manakala bapa, Mohd Asri Che Yahya, 45, yang bekerja sebagai nelayan pula jarang berada di rumah kerana keluar ke laut.

Anak keempat daripada lima beradik itu, Nurul Haifa, 13, berkata, dua abangnya, Mohd Asrul, 18, dan Mohd Asraf, 17, kini bekerja sebagai nelayan dengan menumpang bot penduduk manakala kakaknya pula, Nurul Hanani, 15, bekerja di kedai makan berhampiran rumahnya.

"Saya juga bekerja sambilan di kedai makan berkenaan selama sejam dari pukul 5 hingga 6 petang setiap hari dengan gaji RM10 sehari dan masa selebihnya saya akan berada di rumah menjaga ibu serta menguruskan kerja rumah.

"Kami semua tidak tamat sekolah kerana kesusahan hidup, jadi kami bekerja untuk mencari wang dan membantu keluarga kecuali adik bongsu, Nurul Atahirah, 9, yang baru saja memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tok Sira, di sini, baru-baru ini," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, mereka sekeluarga sebelum ini menyewa di sekitar kampung itu sebelum berpindah ke sebuah rumah usang yang bekalan elektriknya sudah dipotong sejak awal Ogos lalu.

"Kami sekeluarga tidak pernah mendapat sebarang bantuan selain daripada pihak Drugs Intervention Community (DiC) Pahang yang memberi bantuan makanan dua kali seminggu serta pengangkutan untuk adik bongsu ke sekolah.

"Kami sukar untuk memohon bantuan kerana ibu berketurunan Siam manakala saya dan kakak pula tidak mempunyai kad pengenalan kerana ibu dan bapa tidak pernah membawa kami membuatnya disebabkan surat nikah mereka sudah hilang selain mereka diberitahu tidak boleh membuat kad pengenalan kami tanpa surat nikah," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4beradikdaiftercicirsekolah/Article

Tiada ulasan: