Ahad, 12 September 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rakyat baiki jalan duit sendiri, kerajaan dah bankrap ke ?

Posted: 12 Sep 2010 07:41 AM PDT


Selepas banyak kali mengadu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), akhirnya penduduk dan wakil rakyat sendiri mengeluarkan kos membaiki semula jalan berlubang di sekitar Jalan Tampin lama serta Seremban Jaya, di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran berkata, pihaknya sudah membuat aduan sejak empat bulan lalu tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

************************
Guna duit sendiri baiki jalan rosak
Sinar Harian 12 Sep 2010

SEREMBAN – Selepas banyak kali mengadu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), akhirnya penduduk dan wakil rakyat sendiri mengeluarkan kos membaiki semula jalan berlubang di sekitar Jalan Tampin lama serta Seremban Jaya, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran berkata, pihaknya sudah membuat aduan sejak empat bulan lalu tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.

Menurutnya, jalan berlubang di sekitar Jalan Tampin lama itu turut mengakibatkan ramai pengguna terbabit kemalangan.

"Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan akibat motosikal ditungganginya terjatuh selepas terlanggar lubang.

"Masalah ini telah saya maklumkan kepada pegawai berkaitan dan beberapa surat juga telah diberikan tetapi masih tiada perkembangan memberangsangkan," katanya.

Turut serta, ADUN Mambau, Wong Mei Mei dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.

Gunasekaran berkata, disebabkan bimbang dengan keselamatan pengguna dan khuatir ia menjadi semakin teruk, mereka terpaksa mengambil inisiatif sendiri membaiki jalan berlubang itu.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mencari penaja dan mendapatkan sedikit peruntukan untuk membaiki jalan yang sepatutnya berada di bawah seliaan JKR.

"Kita membeli dua tan tar premix untuk menampal semula jalan berlubang," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8154894.asp

Tiada ulasan: