Jumaat, 3 September 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sports Toto Judi beri duit raya, apa hukumnya ?

Posted: 03 Sep 2010 12:44 AM PDT

Apa hukum Sports Toto syarikat judi yang ternama di negara ini memberi sumbangan kepada orang Islam yang berstatus ibu tunggal dan anak yatim ? Hina sangatkah umat Islam untuk menerima sumbangan hasil judi ? Kalau hukumnya halal, maka eloklah diberi sumbangan tersebut dalam masjid. Kalau hukumnya haram, harap dibuat berita utama dalam akhbar dan tv supaya semua pihak hormat kesucian umat Islam , lebih lagi di bulan Ramadhan.

***************************
Friday September 3, 2010
Sports Toto brings gifts to children at hospital and welfare homes

In conjunction with the coming Hari Raya celebrations, Sports Toto reached out to about 300 people on separate occasions to spread the festive cheer.

An entourage of Sports Toto staff made a goodwill visit to the paediatric wards of Hospital Tengku Ampuan Rahimah in Klang and Hospital Sungai Buloh recently.

They had a light-hearted moment mingling with about 150 children in both hospitals and handed duit raya and gift packs to them. The children were visibly brightened up by the surprises despite being unwell.


Festive cheer: A group photo of all the invited guests with their goodies.

Thereafter, a breaking of fast was held in collaboration with Bukit Kiara Equestrian & Country Resort for about 150 underprivileged children and single mothers from Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.

Chartered buses were specially arranged to transport the invited guests to the Country Resort.

They were treated to a rare and exciting experience of horse-drawn carriage rides and poney rides around the scenic equestrian park, a sumptuous dinner, duit raya and gift packs plus entertainment by talented teen singer, Putri as well as some fun andgames with fabulous prizes.


Easing the pain: Sports Toto staff giving a gift pack to a child patient in Hospital Sungai Buloh.

The Raya charity programme has been listed in Sports Toto's calendar of charitable causes for many years as it is part of the company's tradition towards inculcating a sense of caring and sharing in the community.

http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/9/3/central/6943790&sec=central

Ibu tunggal ikat perut di kota Kuala Lumpur

Posted: 02 Sep 2010 08:03 PM PDT

Ibu tunggal bersama tiga anak sering ikat perut
Harian Metro 3 Sep 2010 - KUALA LUMPUR : Seorang ibu tunggal yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) merayu bantuan mana-mana pihak bagi membolehkan mereka menyambut lebaran bakal menjelang dengan lebih ceria berikutan tidak mempunyai pendapatan tetap malah hidup dalam kedaifan.

Siti Zawiyah Ali, 40, yang tidak bekerja berkata, dia menjadi ibu tunggal sejak tiga tahun lalu selepas diceraikan suaminya dan terpaksa menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang OKU.

Beliau berkata, dia dan anak-anaknya tidak mampu membeli pakaian raya kerana tiada wang malah kehidupannya kini hanya mengharapkan sumbangan orang ramai selain menerima bantuan beras daripada pihak masjid.

"Saya sebelum ini menolong kakak berniaga nasi lemak di Masjid India dengan pendapatan RM19 sehari tetapi terpaksa berhenti berniaga buat sementara berikutan kedatangan Ramadan. Ada kalanya saya anak beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan sebagai juadah berbuka puasa," katanya ketika ditemui.

Zawiyah yang berasal dari Pahang terpaksa memberikan perhatian kepada anak OKUnya yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menyebabkan masanya terbatas untuk mencari pekerjaan.

Dia yang tinggal di rumah setinggan di Gombak berharap ada pihak sudi membantunya untuk membelikan baju raya buat anak-anaknya.

Individu atau syarikat yang ingin membantu Zawiyah bolehlah menghubunginya di talian 019-2182516 atau ke alamat No 847, Batu 4 3/4, Jalan Gombak, 53100, Selayang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibutunggalbersamatigaanakseringikatperut/Article

Nasib pemandu bot miskin di K.Terengganu Monsun Cup

Posted: 02 Sep 2010 08:02 PM PDT

Bimbang dihalau sebelum raya
Harian Metro 3 Sep 2010 - KUALA TERENGGANU: "Menyambut Aidilfitri dengan meriah memang tidak pernah terlintas di fikiran kerana setiap saat, saya hanya memikirkan kemungkinan dihalau dari pondok yang dibina di atas tanah tumpangan ini," kata Mohd Riffin Hassan, 47, dari Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, di sini.

Menurutnya, pendapatan sebagai pemandu bot penambang sebanyak RM16 hingga RM18 sehari tidak mampu menampung perbelanjaan isteri dan enam anaknya berusia enam bulan hingga 18 tahun yang masih di bawah tanggungannya.

Katanya, lebih memeritkan mereka sekeluarga, rumah yang dibina di atas tanah milik orang sejak 20 tahun lalu, berukuran lapan meter panjang dan enam meter lebar itu tidak mempunyai tandas dan bilik tidur.

"Sekiranya ingin membuang air, anak lelaki akan ke masjid berhampiran atau ke tepi pantai manakala bagi wanita, mereka ke rumah saudara atau jiran berdekatan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mohd Riffin berkata, lebih menggusarkannya apabila dia tiga kali dimaklumkan oleh tuan tanah supaya keluar dari tanah tumpangan berkenaan.

Malah katanya, untuk mendapatkan bekalan elektrik, dia terpaksa menyambung punca bekalan itu daripada rumah kakak iparnya yang terletak di hadapan pondoknya dan berkongsi membayar bil.

Katanya, telur dan nasi juadah utama mereka sekeluarga berbuka puasa, namun mujur anak-anaknya memahami kesempitan hidup serta pendapatannya yang tidak seberapa sebagai pemandu bot penambang.

Mohd Riffin berkata, Aidilfitri tidak ubah seperti hari-hari biasa kerana dia sendiri tidak mampu melakukan persiapan untuk menyambutnya kerana kesempitan hidup meskipun mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyrakat RM400 sebulan dan sekiranya ada sedikit lebihan wang pun, ia akan digunakan untuk perbelanjaan keluarga.

"Bagi anak-anak saya yang kecil, ibu saudara mereka ada membelikan mereka baju raya berikutan saya tidak mampu membelikan untuk semua anak-anak saya," katanya.

Menurut Riffin, isterinya Che Kembang Mamat, 37, seorang suri rumah dan selain menyara enam anak, dia turut menyara seorang adik isterinya yang bisu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bimbangdihalausebelumraya/Article

Rumah polis pun kena rompak di Malaysia

Posted: 02 Sep 2010 05:05 PM PDT

Penjenayah semakin bermaharajalela di Malaysia. Terkini rumah polis dirompak di Rawang, kerugian dianggarkan RM80,000.00. Perompak telah bertindak kejam ke atas anak perempuan anggota polis apabila dibelasah kerana cuba melarikan diri. Hanya membiarkan sekejap pintu pagar dan pintu depan terbuka , perompak tadi telah masuk. Nampaknya kita kena duduk dalam penjara rumah sendiri di Malaysia ni.

****************************
Friday September 3, 2010
Armed robbers ransack cop's house

KUALA LUMPUR: Three masked men armed with machetes robbed a police corporal's family of cash and valuables totalling more than RM80,000 at their home in Green Park, Rawang.

The corporal was out on duty at the time of the incident.

The robbers were believed to have entered the house when the family left the gate and front door open.

The policeman's daughter R. Kalaivani, 22, was assaulted by the robbers when she tried to escape from the house to seek help.

She was dragged back into the house and beaten up. Kalaivani said the robbers entered the house at about 10pm and held up her mother, sister and herself when they were about to have dinner.

"The robbers held their machetes to our necks before forcing us into a room where they tied us up.

"They ransacked the house and escaped with RM5,000, handphones and jewellery," she added.

The corporal, who refused to be identified, lodged a report at the Selayang police station.

Gombak OCPD Asst Comm Abdul Rahim Abdullah confirmed the incident.

He said the suspects were seen escaping in a black Proton Iswara, believed to have been driven by an accomplice stationed outside the house.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F3%2Fnation%2F6972517

Tiada ulasan: