Khamis, 2 September 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


UMNO gaduh sama PAS, perompak yang menang

Posted: 01 Sep 2010 11:11 PM PDT

Inilah hakikat apa yang berlaku sekarang. Terlalu banyak isu politik sekarang ini, yang menjadi mangsa ialah rakyat. Yang kalah ialah rakyat tak kira UMNO atau PAS atau atas pagar atau yang tak minat politik. Yang bermaharaja lela sekarang di Malaysia ialah perompak, pencuri, pembunuh, penculik, perogol, peragut, penyamun, penipu dan penjenayah.

********************
Rumah pegawai bank dimasuki perompak dipercayai warga asing

Harian Metro 2010/09/02 KUANTAN: Seorang pegawai bank kerugian RM5,000 selepas rumahnya dimasuki tiga perompak dipercayai warga asing di Kampung Paya Siput, Lanchang dekat Temerloh, awal pagi tadi.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian pada 3 pagi itu, mangsa, seorang wanita berusia 35 tahun, tinggal bersama dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun.

"Kesemua suspek yang menutup muka mereka dengan topi keledar, bertindak mengikat semua mangsa dan menutup muka mangsa dengan kain selimut sebelum menggeledah rumah mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Noor Asyikin berkata, suspek melarikan wang tunai RM170, telefon bimbit dan barangan kemas, kerugian dianggarkan RM5,000.-Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Rumahpegawaibankdimasukiperompakdipercayaiwargaasing/Article/

Johor : Trauma banjir lumpur

Posted: 01 Sep 2010 05:29 PM PDT

Berita Harian 2 Sep 2010

Syor naik taraf parit di Kampung Minyak Beku

BATU PAHAT: Sistem perparitan tidak sempurna, ketinggalan zaman dan tidak lagi mampu menampung limpahan air hujan terutama ketika hujan lebat menyebabkan enam rumah di Kampung Minyak Beku di sini, mengalami masalah banjir kilat sehingga tiga kali sejak tahun lalu. Banjir berkenaan bukan saja menyebabkan air hujan bercampur lumpur hingga mencecah ke paras betis masuk ke dalam rumah, malah ada penduduk kerugian sehingga RM5,000 berikutan pelbagai barangan elektrik dan perabot rosak.

Tinjauan Edisi Johor ke rumah penduduk terbabit selepas sebulan kejadian berkenaan berlaku mendapati masalah banjir kilat berkenaan disebabkan sistem perparitan sudah ketinggalan zaman yang sudah wujud di kampung berkenaan sejak 30 tahun lalu dan tidak pernah diganti.

Ia berikutan parit di kampung berkenaan hanya saluran air yang dikorek di atas permukaan tanah tanpa simen atau konkrit di saluran berkenaan seperti sistem perparitan atau longkang moden yang biasa dilihat.

Malah, beberapa penduduk mengakui sistem perparitan termasuk saluran air bawah tanah di situ tidak lagi sesuai menampung limpahan air hujan yang banyak, terutama ketika hujan lebat dan musim tengkujuh menyebabkan banjir kilat berlaku.

Pesara, Mohamed Osman, 57, berkata, kejadian terbaru pada Julai lalu benar-benar menyentap emosinya apabila hujan lebat hampir tiga jam menyebabkan rumahnya dinaiki air hingga paras betis sebanyak dua kali dalam tempoh tiga hari.
"Kejadian pertama berlaku pada Jumaat dan kemudian Ahad. Kedua-dua kejadian berlaku ketika saya bersama enam lagi ahli keluarga sedang nyenyak tidur dan tidak sempat berbuat apa-apa bagi menyelamatkan harta benda.

"Kami sekeluarga tidak menyangka belum habis penat membersihkan rumah akibat kejadian pertama, banjir lumpur sekali lagi berlaku hingga menyebabkan kami trauma dan tertekan.

"Dalam kejadian berkenaan kami sekeluarga kerugian kira-kira RM3,000 kerana kerosakan pelbagai barangan. Kami sudah tinggal di sini sejak lebih 10 tahun lalu dan ada masanya memang hujan lebat di sini tetapi masalah banjir ini hanya berlaku bermula tahun lalu," katanya yang ditemui di rumahnya.

Jirannya, Asiah Abdul Kadir, 68, pula berkata, sejak 30 tahun menetap di kampung berkenaan, banjir kilat Julai lalu pengalaman pertamanya berhadapan banjir yang memasuki rumahnya.

"Walaupun kerugian yang ditanggung tidak banyak, saya tetap bimbang jika banjir akan berulang semula, apatah lagi banjir berkenaan turut menyebabkan halaman saya dipenuhi pasir dan tanah yang dibawa air hujan dari kawasan bukit yang dijadikan kuari tidak jauh dari sini," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengorek semula parit berkenaan bagi mendalamkannya tetapi kini ia tertimbus semula disebabkan hujan lebat.

Berikutan itu, beliau berharap dan merayu pihak berkuasa dapat menyediakan sistem perparitan sempurna seperti dilakukan di kawasan lain bagi mengelak masalah banjir kilat berkenaan berulang kerana tanpa sistem longkang yang sempurna masalah berkenaan dikhuatiri tidak akan selesai.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Traumabanjirlumpur/Article

Nelayan Malaysia ditangkap tentera Indonesia

Posted: 01 Sep 2010 05:20 PM PDT

Lagi kes nelayan Malaysia ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia. Nampaknya punca masalah nelayan kedua-dua negara sering kena tangkap ialah apa yang dibentangkan dalam artikel di bawah ini. Iaitu Indonesia menolak peta sempadan laut Malaysia tahun 1979, Indonesia menggunakan peta dari aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982.

Jika ini benar, maka perundingan segera harus dilakukan oleh kedua-dua negara, KERNA yang menjadi mangsa ialah nelayan kedua-dua negara.

Perkara begini tak perlu nak buat tunjuk perasaan, merusuh dan sebagainya. Ianya harus diselesaikan secara diplomatik.

********************************

Wednesday, September 01, 2010
KRI Hasanuddin-366 Tangkap Kapal Pencuri Ikan Asal Malaysia

KARANG UNARANG - Unsur TNI AL KRI Hasanuddin-366, Rabu (29/8) lalu, menangkap sejumlah kapal ikan asing berbendera Malaysia di perairan laut Karang Unarang Kalimantan Timur dalam wilayah ZEEI (Zona Ekonomi Eksklusif Indonesia).

KRI Hasanuddin-366 yang dikomandani Letnan Kolonel Laut (P) Retiono Kunto sedang melaksanakan tugas patroli pengamanan wilayah laut perbatasan Indonesia di Kalimantan Timur memergoki kapal-kapal ikan asing tersebut ketika sedang mengambil ikan secara ilegal di wilayah perairan laut Indonesia. Pengamatan lewat radar KRI diketahui ada sejumlah kapal sedang berada di wilayah laut Indonesia dan setelah di dekati kapal-kapal tersebut menggunakan bendera negara Malaysia sedang melakukan pemindahan muatan ikan tangkapan ke kapal penampung berbendera Malaysia.

Melihat posisi kapal-kapal tersebut berada diwilayah laut Indonesia tim pemeriksa dari KRI melakukan pemeriksaan dan penggeledahan. Selain ditemukan sejumlah ikan hasil curian juga masing-masing kapal tersebut tidak memiliki surat ijin penangkapan ikan di wilayah laut Indonesia.

Menurut Kadispenal, keempat kapal ikan berbendera Negara Malaysia tersebut sedang melakukan aktifitas penangkapan ikan secara ilegal di wilayah perairan Indonesia dan sangat cukup bukti untuk diproses hukum. Saat ini keempat kapal, keempat nakhoda dan sejumlah ABK serta barang bukti ikan campuran hasil curian diamankan di Pangkalan Angkatan Laut Nunukan untuk kepentingan penyidikan TNI Angkatan Laut.

Indonesia Tolak Peta Batas Laut Malaysia

Menkopolhukam Djoko Suyanto dalam rapat kerja dengan Komisi I di Jakarta, Selasa (31/8) kembali menegaskan Indonesia menolak peta Malaysia tahun 1979 yang dijadikan patokan dalam penentuan garis batas laut antara kedua negara. Indonesia tetap berpegangan pada aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982 yang sudah diratifikasi oleh Indonesia.

"Dalam perundingan terkait batas maritim di lima segmen, Indonesia menolak peta Malaysia tahun 1979," kata Djoko.

Lima segmen yang masih menjadi sengketa kedua negara adalah perbatasan Selat Malaka, Selat Malaka Selatan, Selat Singapura yang menyangkut tiga kawasan, Laut China Selatan, dan Laut Sulawesi. Indonesia tidak ingin perundingan tersebut diatur segmen per segmen tetapi ingin pembahasan menyeluruh sehingga persoalan batas wilayah menjadi tuntas.

"Kita menggunakan UNCLOS tahun 1982 sebagai dasar hukum dan dasar perundingan karena yang dianut ada dua cara penetapan landasan yang berbeda untuk landasan teritorial dan batas zona ekonomi eksklusif," jelasnya.

Sumber : MEDIAINDONESIA.COM

http://alutsista.blogspot.com/2010/09/indonesia-tolak-peta-batas-laut.html

Macam marah je MB Pahang pada Kerajaan BN ?

Posted: 01 Sep 2010 05:05 PM PDT

Marah betul bunyinya Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang kepada kerajaan pusat, ke kepada Datuk Seri Najib ? Mulanya kerajaan merancang naik tarak jalan Seremban – Gua Musang ke empat lorong, kemudian dikurangkan ke dua lorong. Lepas tu kata baiki jalan yang risiko kemalangan saja. Lalu berkatalah Adnan Yaakob "SAYA CADANGKAN TAK PERLU BUAT APA-APA HINGGA EKONOMI PULIH."

Apakah mesej Adnan Yaakob kepada PM ?

Apakah mesej Adnan Yaakob kepada rakyat ?

Sabar Datuk Seri, bulan puasa ni.

Teruk sangatkah ekonomi negara sampai jalan yang penting ini , yang banyak meragut nyawa tidak boleh dinaiktaraf ?

***********************
Pahang tolak projek baik pulih jalan hubungkan Seremban-Gua Musang
Berita Harian 2 Sep 2010

2010/09/01

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini menolak projek untuk membaik pulih jalan raya yang menghubungkan Seremban, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan selepas Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya hanya memperakukan untuk membaiki kawasan yang berlaku kemalangan sahaja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pendirian Exco kerajaan negeri hari ini ialah bahawa tidak perlu dilakukan sebarang pembaikan di jalan berkenaan sehingga ekonomi kembali pulih.

Mengikut perancangan awal, jalan berkenaan yang menghubungkan Seremban ke Gua Musang melalui laluan Simpang Pelangai, Bentong, Karak, Kuala Lipis, bakal dinaikkan taraf kepada empat lorong dengan membabitkan kos sebanyak RM3.7 bilion. "Telah banyak perbincangan dilakukan sebelum ini dan berdasarkan perancangan sepatutnya dahulu jalan empat lorong kemudian dikurangkan kepada dua lorong dengan kos RM1.3 billion,"

"Dan keputusan terakhir, hanya untuk memperbaiki jalan terpilih iaitu tempat-tempat yang dipercayai mempunyai risiko tinggi punca berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Pahang di sini, hari ini.

"Oleh sebab perakuan ini dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya iaitu hanya baiki kawasan yang berlaku kemalangan saja, maka reaksi kerajaan negeri Pahang ialah saya cadangkan tak perlu buat apa-apa hingga ekonomi pulih.

"Walau apapun, keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), kita akur, tetapi pada EPU dan JKR, tak payah buat apa-apa, pesan pada orang balik Kelantan (cuti Aidilfitri nanti) hati-hati..," katanya dengan nada sinis.

Projek melebarkan jalan berkenaan adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Oktober 2007.

Adnan yang kesal dengan keputusan itu berkata apa yang perlu dilakukan cuma jalan terbabit ditambah papan tanda amaran di sepanjang kawasan berisiko kemalangan.

– BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PahangtolakprojekbaikpulihjalanhubungkanSeremban-GuaMusang/Article

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=525503

Tiada ulasan: