Rabu, 25 Ogos 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


INGAT TAK...SI TUA APA NAMA (1)

Posted: 24 Aug 2010 01:15 AM PDT

Si Tua apa nama tu siapa
Dia orang tu mengata-ngata saya
Nak Jawab memang buang masa
Semua orang merata dah kata
Nak nafi lagi camana
Tapi bukan semua rakyat percaya
Lebih banyak yang bisu dan buta
Kerana jawatan, harta dan pusaka
Saya godak ini sebagai budaya
Ini dia saya, orang panggil Si Tua Gila.

Ya, Si Tua tu memang saya
Malay Delima memang rekaan semata
Untuk kamu semua yang haprak dan pelupa
Isinya hanya untuk seketika
Buat waktu yang diperlukan saja
Terbukti cukup untuk gegar negara
Sampai Perdana Menteri pun turun tahta
Melayu termakan umpan saya
Tujuan sebenar tercapai nyata
Sekarang siapa lagi yang membacanya

Ya, panggillah saya Si Tua
Tetapi tak nafi otak saya geliga
Pakar rancang, laksana kerja gila-gila
Orang Melayu bodoh-bodoh belaka
Rakyat umum lagi tak berupaya
Walau India, Dayak, Iban dan Cina
Kerana senjata ada di tangan saya
Beribu hamba sudah ada bersiap sedia
Polis, Hakim atau pun Tentera
Sanggup melakukan apa saja
Untuk sesuap, jawatan tidak kira apa
Siapa berani menentang atau bersuara
ISA akan menunggu mereka

Ya, orang panggil saya Si Tua
Itu tak jejas apa-apa
Dulu memang saya pura-pura
Supaya rakyat percaya dan puja
Kan politik ini soal kuasa
Dah berjaya bermacam-macam bolih reka
Untuk siapa bukan persoalannya
Itulah kelian semua
Baru kenal sebenarnya Si Tua siapa......

Tiada ulasan: