Jumaat, 20 Ogos 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Rakyat Negeri Sembilan Bakal Berdepan Bom Jangka? Ahli Parlimen Desak JPS Beri Jawapan

Posted: 20 Aug 2010 12:43 AM PDT


Pengumuman yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat bahawa ingin membina sebuah loji nuklear di negara ini pada masa akan datang bagi manampung sumber tenaga yang ada sekarang mendapat reaksi positif walaupun mendapat tentangan dari pemimpin Pakatan di setiap negeri yang serta bantahan daripada rakyat apabila seorang Menteri Besar dari Barisan Nasional (BN) mula melakukan kerja-kerja melobi yang menyatakan kesudian membina loji tersebut di negeri bawah pemerintahannya.

Pendedahan ini mula terbongkar apabila sebuah blog 'Singalautmetro' menjelaskan mengapa Tasik Bukit Kepong yang berdekatan dengan Kampung Bukit Tembok di Port Dickson Negeri Sembilan sengaja dirosakkan oleh Kerajaan Negeri, selain itu juga terdapat beberapa maklumat yang menguatkan lagi kenyataan tersebut bahawa Negeri Sembilan akan menjadi tempat pembinaan loji nuklear pertama dinegara ini.

Laporan blog itu juga memberitahu semakan dan siasatan yang dilakukan berdasarkan maklumat diperolehi adalah amat mengejutkan kerana tasik berkenaan rupanya telah dilobi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dijadikan tapak loji nuklear pertama negara.

Malah, kenyataan yang dipetik daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Datuk Dr Daud Mohamad, sebelum ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Mohamad Hassan dalam diam membelakangkan kepentingan penduduk dengan melobi tasik itu sebagai tapak 'bom jangka'. Dalam pada itu beliau Daud juga memberitahu Negeri Sembilan adalah antara negeri yang melobi kepada kerajaan pusat untuk menawarkan tapak bagi pembinaan loji nulear berkenaan.

Blog itu juga mengesahkan Tenaga Nasional Berhad akan dilantik sebagai pihak yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan.

Berikutan dari laporan blog tersebut, Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas yang ditemui ketika meninju kawasan tersebut memberitahu pihaknya tidak dapat memberi pengesahan terhadap dakwaan blog dan pada masa sekarang beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung laporan itu.

Buat masa ini beliau tidak akan membuat apa-apa andai terhadap dakwaan yang telah dikeluarkan oleh blog terbabit, selain itu juga kita tidak mahu melakukan apa-apa spekulasi yang boleh mendatangkan kemarahan pihak-pihak tertentu.

Apa yang pasti sekarang beliau mahukan jawapan daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) berhubung dengan tindakan mereka merobohkan pintu air di kawasan berkenaan. Bagi saya pintu air ini digunakan untuk mengawal kawasan yang berada di sebelah bawah dari dilanda banjir apabila tibanya musim hujan ataupun ketika hujan lebat.

Kita mahukan jawapan yang jelas dari JPS kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian iaitu meroboh pintu air yang mengawal air dari melanda kawasan-kawasan yang rendah. Dalam keadaan hujan sekarang ini pun beberapa kawasan di sebelah bawah seperti ladang sawit sudah mula dibanjiri oleh air apatah lagi bila tibanya musim hujan nanti pada bulan Disember yang jelas kita tahu musim tengkujuh di negara ini.

Tambahnya lagi segala persoalan mahupun dakwaan seperti di dalam blog itu akan terjawab apabila kita mendapat jawapan dari JPS tujuan sebenar tindakan yang diambil oleh mereka, selain itu tindakan susulan bakal diambil oleh pihaknya bagi memastikan adakah betul atau hanya spekulasi seperti apa yang dikata oleh penulis blog terbabit.

Dato' Kamarul mengambil tindakan melawat kawasan tersebut apabila timbul dakwaan yang mengatakan kawasan itu bakal menjadi tapak kepada loji nuklear pertama di negara ini.

Sementara itu menurut blog itu lagi keistimewaan Tasik Bukit Kepong yang berbentuk kawah kira-kira 15 meter di bawah paras tebing, turut mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer serta mampu menyediakan tapak sekurang-kurangnya 80 hektar seperti disyaratkan.

Malah keseluruhan tasik itu sahaja melebihi 1,000 hektar, menjadi kawasan yang cukup luas bagi tujuan pembinaan loji nuklear. Semua ciri-ciri yang ada inilah yang dikatakan telah menarik minat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib berbanding lokasi lain.

Menerusi semakan dan siasatan juga, memang tidak boleh ditolak bahawa tasik itu sebenarnya adalah antara lima lokasi yang telah dilobi oleh dua kerajaan negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Perak kepada kerajaan persekutuan untuk diuruskan oleh TNB. Namun kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan. Kehadiran stesen janakuasa itu menepati jarak dan keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina.

Walaupun kerajaan negeri masih berahsia, namun bau 'nuklear' itu seolah-olah semakin terhidu. Ia hampir pasti menjadi kenyataan dengan keadaan tasik yang semakin kering airnya. Sudah tentulah kerajaan negeri mahupun JPS tidak akan meruntuh dan merobohkan sebuah empangan yang sebegitu besar yang dibina sejak merdeka, kalau tiada tujuan besar di sebaliknya.

Bagaimanapun, tindakan Mohamad Hassan yang terlalu berahsia dijangka akan dibalas dengan tindakan luar duga penduduk yang pasti menentang pembinaan loji itu.

Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib pada 2012, pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan satu isu baru di peringkat nasional. Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk menjadi faktor utama kenapa nanti ia akan mendapat tentangan besar-besaran.

Kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 hingga 18,000 MW.

Tiada ulasan: