Selasa, 10 Ogos 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Posted: 09 Aug 2010 10:12 PM PDT

Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam..

Sempena kehadiran bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan esok, saya selaku Ahli Parlimen Telok Kemang ingin mengambil kesempatan untuk mengucap Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Malaysia.

Harapan saya semoga dengan kehadiran bulan yang penuh berkat ini, kita dapat memenuhi masa harian kita dengan mengingati Allah swt serta memperkuatkan ibadat kepada Nya.

Apa yang kita tempuhi dalam bulan yang mulia ini adalah ujian dari Nya. Banyak bersabar kerana setiap mereka yang berjaya menempuhi dugaan itu akhirnya berolah kejayaan.

Sekali lagi Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Dato' Kamarul Baharin Abbas




Felda Wajar Disaman

Posted: 09 Aug 2010 09:34 PM PDT

KENYATAAN MEDIA

DATO'KAMARUL BAHARIN ABBAS

PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI

NEGERI SEMBILAN

(AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG)

10 Ogos 2010

SAMAN PENEROKA FELDA SERTING HILIR DAN FELDA GUGUSAN RAJA ALIAS TERHADAP FELDA SATU LANGKAH TEPAT DAN SEWAJARNYA

Saya melihat tindakan yang diambil oleh peneroka Felda Serting Hilir dan juga Felda Gugusan Raja Alias dengan mengemukan sama terhadap Felda adalah satu langkah yang tepat dan sewajarnnya.

Sudah hampir 15 tahun Felda menekan dan juga menipu peneroka terbabit dengan mengambil titik peluh peneroka dalam Kadar Perahan Gred (KPG) yang kita tahu terdapat perbezaan antara 6% bagi setiap tan. Sebelum ini Felda hanya membuat kiraan antara 16% sehingga 19% sahaja, sedangkan ujian yang dilakukan oleh peneroka di Makmal Sime Darby Research Sdn Bhd dan juga Felda Analytical Laboratory menunjukkan KPG boleh mencapai 25.54%.

Felda mengaut keuntungan tanpa keihklasan dari peneroka bagi memenuhi kantung mereka, setelah itu mereka membazikan sumber tersebut tanpa melihat kepada faedah yang diperolehi oleh setiap peneroka.

Kita tahu pentadbiran yang pincang berlaku di dalam Felda. Kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya boleh menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal. Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang boleh diandaikan jika berlaku kekusutan di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsa

Merujuk kepada tindakan yang diambil oleh peneroka di Seremban pada 9hb Ogos dulu mengambarkan peneroka sekarang telah muak dengan sikap Felda yang mempergunakan mereka, jika selama ini mereka tidak memdapat pembelaan dari mana-mana individu, persatuan ataupun peguam tetapi sokongan dari Pakatan Rakyat jelas menampakkan sinar baru kepada peneroka. Prinsip yang kita bawa adalah keadilan untuk semua rakyat maka pembelaan yang dilakukan ini adalah satu usaha kita agar peneroka dinegara ini mendapat hak mereka yang sebenarnya.

Tuntutan saman RM200 juta, rasa ia bukanlah satu jumlah yang sepatutnya dituntut oleh peneroka, jumlah yang sebenar adalah lebih tinggi lagi kerana nilai keringat setiap peneroka dalam membangunkan sektor hartanah itu jauh nilainya. Kita lihat dari hutan belukar menjadi sebuah perkampungan yang memiliki segala-galanya, justeru tanpa sumbangan dari peneroka bagi saya kesemua itu tidak akan tercapai.

Tentu wujud ugutan dari pihak-pihak tertentu terhadap tindakan ini, Pesanan saya kepada setiap peneroka jangan gusar dengan segala dugaan tersebut kerana kita berada di tempat yang benar. Jangan sesekali kita tunduk dengan desakkan pihak berkenaan, apatah lagi yang dilakukan oleh Umno-BN yang selama ini hanya mempergunakan peneroka untuk kepentingan politik mereka.

Usaha yang dilakukan hari ini adalah satu tindakan yang terbaik untuk seluruh peneroka dan saya yakin dengan semangat yang ada dari peneroka serta barisan peguam kejayaan yang akan diperolehi. Dengan cara ini sahajalah Felda, Umno-BN sedar bahawa mereka tidak lagi boleh menekan dan mempergunakan keringat peneroka untuk kepentingan tertentu dan politik mereka.

Tiada ulasan: