Isnin, 2 Ogos 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Program Kepimpinan Transformasional Lahirkan Kepimpinan Mantap

Posted: 02 Aug 2010 04:17 AM PDT

Program 'Transformational Leadership' atau dikenali sebagai Qiadah, merupakan satu program yang akan melahirkan kepimpinan yang mantap, menghayati perjuangan politik baru serta mampu merancang secara strategik untuk mencapai visi dan misi KEADILAN.

Objektif khusus ini memberi penekanan kepada memahami konsep kepimpinan tranformasi, memahami bahaya senario politik hari ini, memahami dan menghayati politik baru KEADILAN sebagai alternatif penyelamat, memahami senario ekonomi alaf baru serta berupaya
merancang plan strategi parti untuk capai visi dan misi parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin Abas yang juga merupakan Ahli Parlimen Telok Kemang menjelaskan program anjuran Akedemik KEADILAN ini adalah satu langkah yang bertujuan membawa satu perubahan kepada dasar seorang
pemimpin dalam menongkah politik baru negara ini.

"Saya ingin tekankan disini setiap peserta yang menyertainya perlu mengambil sikap yang serius untuk memahami setiap keterangan yang diberikan, kerana bagi saya ia merupakan satu informasi yang amat mustahak untuk kita bergerak di luar sana serta menghadapi pengundi
diluar dalam usaha menyampaikan penerangan kepada senario politik baru budaya baru dari KEADILAN.

"Ini satu perubahan yang kita lakukan agar KEADILAN ini dapat berfungsi sebagai sebuah parti yang diterima oleh seluruh rakyat negara ini. Kita tahu penubuhan parti ini dilakukan secara tergesa-gesa setelah berlakunya gelombang reformasi politik negara pada tahun 1998, yang mana pada ketika itu kita di parlimen hanya memperolehi satu kerusi sahaja.

"Apabila kita mengkaji asas parti dari segi perlembagaan ia dilihat sangat istimewa, pada kita asas yang diletakkan kepada perjuangan parti ini amat bersesuaian untuk masa depan negara ini, parti baru dengan budaya baru.

"Bagaimana kita hendak membawa parti yang mempunyai dasar istimewa ini agar ia diterima oleh setiap rakyat. Kalau penubuhan kita dulu dicemuh oleh setiap pemimpin Umno sebagai sebuah parti yang sementara dan tidak berkekal lama maka hari ini selepas pilihan raya umum
kedua belas (PRU12), Umno tersentak dan takut dengan kebangkitan kita sebagai parti yang telah menarik minat rakyat Malaysia, kebangkitan KEADILAN bersama parti yang lain dalam Pakatan Rakyat telah memberi hasil kemenangan kepada lima buah negeri termasuk
Perak sebelum dirampas oleh Barisan Nasional secara kejam.

"Kepimpinan Ketua Umum KEADILAN, Dato Seri Anwar Ibrahim menyebabkan rakyat boleh menerima KEADILAN, mereka nampak Anwar adalah seorang pemimpin masa depan yang dapat membela nasib rakyat serta menjamin negara ini dalam soal ekonomi," jelasnya.

Tambah Ahli Parlimen Telok Kemang lagi walapun KEADILAN ini parti masa depan dan dipimpin oleh seorang yang berkaliber tetapi tanpa sokongan padu dari rakyat ia tidak akan dapat menjayakan agenda parti.

"Walaupun kita mempunyai pemimpin yang berkaliber serta mempunyai ciri pemimpin masa depan, tanpa sokongan dari rakyat maka semua impian dan dasar pejuangan parti tidak dapat dilaksanakan. Apa yang kita mahu adalah sokongan rakyat.

"Retreat yang kita lakukan di Port Dickson baru-baru ini adalah mengambarkan bagaimana sebuah parti ini bergerak, perjumpaan antara setiap pemimpin dilakukan bagi mencari agenda baru mahupun idea untuk kita mendekati rakyat. Kita mahu setiap apa yang dibincangkan
perlu mengambil kira agenda rakyat dan negara ini.

"Kita mahu rakyat melihat apa jua perjalanan parti ini semuanya meletakkan agenda pembangunan negara dari segi ekonomi dan juga kebajikan kepada rakyat diutamakan, selain itu perjumpaan yang kita lakukan adalah satu usaha mendekatkan pemimpin tanpa mengira siapa
dan dari situ rakyat boleh menilai sejauh mana hubungan antara pemimpin.

"Watak yang kita bawa jauh bezanya dengan Umno-Barisan Nasional (BN), budaya politik mereka sudah lapuk dan melihat kepada kepentingan individu sahaja malah ia dilihat sudah tidak diterima oleh rakyat. Dengan kehadiran politik baru KEADILAN rakyat mula sedar dari mimpi yang Umno berikan, kini barulah mereka tahu bahawa parti yang boleh mengembalikan kestabilan ekonomi negara ini dan juga memelihara rakyat adalah KEADILAN, maka kita sebagai orang yang dipertanggungjawab perlu mengambil langkah yang bijak serta jangan lagi menoleh kebelakang kuatkan perjuangan untuk terus berjuang menewaskan Umno-BN sekaligus menawan Putrajaya pada PRU13 nanti," sambungnya lagi.

Dalam pada itu beliau menjelaskan senario politik di negara ini melihatkan Umno-BN sudah mula lemah sehinggakan antara mereka sudah hilang keyakinan, beliau berharap dalam keadaan mereka lemah kita perlu mengambil peluang untuk terus mematahkan semangat mereka.

"Umno-BN mula lemah sekarang dan dalam keadaan ini kita perlu merebut peluang tersebut tetapi jangan kita leka kerana tanpa berusaha keras kegagalan jua kita hadapi. Kita kena bersedia untuk menghadapi setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh Umno-BN, apa yang boleh kita bawakan ialah setiap apa yang terkandung dalam program transformasional ini perlu hayati kerana isi kandungnya memenuhi setiap agenda parti.

"Dalam proses kepimpinan tidak semuanya layak, mungkin seseorang itu ada bakal tetapi tanpa semangat yang meletakkan pasri melebihi segalanya maka proses itu akan gagal. Dalam setiap agenda yang kita lakukan perkara yang utama adalah parti, tanpa asas kekuatan tersebut menyebabkan kita akan cepat luntur semangat perjuangan serta akan beralih kepada parti lain.

"Kita mempunyai masa yang singkat tidak sampai dua tahun untuk kita perkuatkan parti yang telah kuat, jadi saya berharap setiap barisan parti dari peringkat akar umbi telah bersedia untuk menghadapi Umno-BN," jelasnya lagi.

Beliau yang berucap pada satu program kepimpinan tranformasional KEADILAN di Melaka berharap apa juga agenda yang dilaksanakan oleh KEADILAN menjadi pegangan utama kepada setiap perjuang di dalam parti, semangat yang kuat perlu ada kerana Umno-BN tidak akan putus asas untuk mematahkan perjuangan KEADILAN.

"Semangat yang kuat perlu ada dan kita lihat bagaimana Umno-BN gunakan kuasa mereka, menyekat setiap aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh parti malah agenda utama mereka adalah menamatkan karier politik Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim," ucapnya lagi.

Tiada ulasan: