Suara Sri Andalas |
Kerajaan Negeri Selangor Sumbang 5 Mesin Jahit Untuk Wanita India Masyarakat Ladang Raja Musa Posted: 07 Aug 2010 09:18 AM PDT Kuala Selangor, 07 Ogos, 2010 - Kerajaan Prihatin Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menyumbang 5 buah mesin jahit kepada perkumpulan wanita India di Ladang Raja Musa, Kuala Selangor pada hari ini. YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kerjaan Negeri Selangor telah merasmikan Pusat Latihan Jahitan Komuniti - di Dewan Masyarakat Taman Manikavasagam, Ladang Raja Musa, Kuala Selangor . Pada majlis tersebut YB Dr. Xavier telah menyarankan supaya mereka menggunakan kemudahan yang diberi oleh Kerajaan Negeri untuk menaik taraf kehidupan mereka. Sejumlah 5 unit mesin jahit eletrik telah diserahkan untuk digunakan oleh perkumpulan wanita bagi mengambil upah menjahit yang mana dapat menambahkan pendapatan mereka. Sebuah mesin jahit bernilai RM2,000. Buat masa ini seramai 24 orang wanita telah menyertai kelas latihan menjahit yang di adakan di dewan Ladang berkenaan. Kira-kira 8 sesi latihan jahitan diadakan dalam sebulan. Kelas tersebut dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang merupakan penduduk tempatan. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (Upen), beberapa orang Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan pemimpin Keadilan Cabang Tanjong Karang. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan