Isnin, 23 Ogos 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Benarkah Felda Plantation membuat pinjaman untuk bayar gaji?

Posted: 23 Aug 2010 09:29 PM PDT

Pagi ini seorang yang tidak diketahui telah menalipon saya memberitahu bahawa Felda Plantation di sebuah rancangan di Negeri Pahang telah membuat pinjaman wang dari Tabung Amanah Ikhtiar dan KWSP untuk membayar gaji pegawai dan kakitangan Rancangan itu. Inilah persoalan saya kepada Felda Plantation: Betulkah berita yang disampaikan kepada saya ini? Menurut yang memberitahu saya itu bahawa duit Felda Plantation sudah habis digunakan oleh pihak-pihak tertentu sejak 2007 dan 2008. Betulkah?
Sumber yang sama itu juga memberitahu saya bahawa wang deposit Felda di Lembaga Tabung Haji sudah habis dikeluarkan untuk di inject ke dalam Sime Darby. Benarkah berita ini?
Saya membuat dua pertanyaan itu, dan saya harap Felda dan Felda Plantation memberikan jawapan, dan kalau boleh Tabung Amanah Ikhtiar, KWSP dan Tabung Haji juga membuat jawapan agar tidak ada yang tersalah tafsir.

Tiada ulasan: