Isnin, 9 Ogos 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ceramah KEADILAN Zon Tengah Pahang sempena Himpunan Orang Asal

Posted: 09 Aug 2010 09:38 PM PDT

CheguBard dengan ucapannya yang tidak menjemukan
YB Elizabeth Wong, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor, memikat hadirin dengan pendedahan-pendedahan kejayaan Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan air percuma, bantuan untuk kelahiran, bantuan untuk warga emas, dan pemberian tanah untuk Orang Asal Selangor yang tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan dari PAS
Nizam Hamid, Ketua KEADILAN Cabang Temerloh
Hadirin yang begitu ramai pada ceramah 7hb Ogos, 2010 bertempat di perkarangan rumah Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang
Hadirin


CheguBard dan sebelah kanannya Abang Ahmad Saludin Omar, bekas ADUN Kerdau (UMNO) yang menyertai Parti Keadilan Rakyat

Majlis Dialog Orang Asal Kg Machap Umboo, Melaka

Posted: 09 Aug 2010 08:40 PM PDT

Majlis Dialog dengan Orang Asal Kg OA Machap Umboo, Melaka pada 8hb Ogos 2010
Ginie Lim mempengerusikan Majlis

Kehadiran Orang Asal Kg Machap Umboo

Orang Asal Machap Umboo, bangun beramai-ramai dan melaongkan laungan keramat
REFORMASI

Shamsul Iskandar, Pengerusi KEADILAN Negeri Melaka

Ginie Lim
Orang Asal Machap Umboo
Suhaimi Said, Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang berucap







REFORMASI

Shamsul Iskandar, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Melaka

Akau bercakap dengan nada yang sangat marah kerana di kampongnya Orang Melayu melombong pasir dan merosakkan tanamannya, "Orang Melayu dapat duit berpuluh ribu ringgit, kami Orang Asli mendapat habuk sahaja," katanya.

Aim anak Siang, dan dia berjenaka, dialah satu-satunya anak kepada Lim Kit "Siang", menceritakan betapa tanah-tanah yang dulunya milik mereka telah dirampas dari mereka oleh Kerajaan Negeri Melaka yang menjanjikan tanah gantian, tetapi setelah begitu lama, langsung tidak ada gantian, demikianlah katanya bagaimana kerajaan UMNO/BN Melaka telah menganaktirikan Orang Asal.
Akau bangun kali kedua dengan perasaan yang sangat marah kepada kerajaan UMNO/BN yang memminggirkan kepentingan Orang Asal di Negeri itu.
"Ini tanah Tuhan", kata Aim Siang, "Kami telah teroka dari nenek moyang kami, tapi kini tanah ini telah dirampas dari kami oleh UMNO/BN, dan kami bersumpah tidak akan mengundi UMNO/BN lagi selepas ini agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan keadilan kepada kami."

Suhaimi Said (kiri), Ketua Cabang PKR Alor Gajah (tengah) dan Batin Bangkoh, batin Orang Asal Kg Machap Umboo















Himpunan Orang Asal PKR Pahang Zon Tengah

Posted: 09 Aug 2010 02:41 AM PDT



































Temerloh, 7hb Ogos 2010: Bertempat di Dewan Sekolah Al Mukmin, Temerloh, seramai 250 anggota masyarakat Orang Asal dari Kuala Krau, Temerloh, Jerantut dan Bera telah berhimpun bagi menyatakan keyakinan perjuangan mereka didalam satu himpunan yang dinamakan HIMPUNAN ORANG ASAL PARTI KEADILAN RAKYAT PAHANG zon tengah.
Mereka telah hadir seawal jam 8.30 pagi dengan memulakan pendaftaran kehadiran mereka dan menunggu ketibaan Dato Seri Wan Azizah binti Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat yang melakukan perasmian Himpunan itu pada jam 10.00 pagi.
Dato Seri Wan Azizah dan Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Negeri Pahang, telah sampai ke Sekolah Al Mukmin jam 9.20 pagi dan bersama-sama dengan dengan orang-orang Asal yang hadir menjamu selera dengan hidangan nasi lemak dan kuih muih.
Turut hadir didalam Majlis Perasmian Himpunan Orang Asal tersebut adalah wakil-wakil dari Pakatan Rakyat Negeri Pahang, dari PAS yang diwakili oleh YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan dan Ustaz Rahim Latif, Yang Di Pertua PAS Kawasan Temerloh, dari DAP oleh YB Leong Ngah Ngah, ADUN Kawasan Triang, Pahang.
Dato Seri Wan Azizah telah dihadiah dan dipakaikan pakaian headgear oleh Pn Nyah Kasim dan diakhir majlis perasmian dihadiahkan dengan beranika jenis buah-buahan.
Presiden KEADILAN yang diiringi oleh Fakeah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor meninggalkan Majlis jam 11.00 pagi dan terus bertolak ke Gelang Patah, Johor untuk program Ceramah disana bersama-sama dengan Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor.
3 buah kertas kerja telah dibentangkan didalam Himpunan Orang Asal Negeri Pahang Zon Tengah tersebut dan dibentangkan oleh Sdr Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang, Yusri Ahon, Timbalanan Pengerusi 2, Biro Orang Asal Negeri Pahang dan Tijah Yok Chopil, dari Persatuan Jaringan Kampong Orang Asal Semalaysia.
Biro Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan 2 lagi Himpunan Orang Asal iaitu pada 26hb September, 2010 di Paya Besar untuk Zon Timur dan di Kuala Lipis untuk Zon Barat (tarikh akan ditetapkan kemudian).
























Kebun Teh di Cameron Highlands

Posted: 09 Aug 2010 02:12 AM PDT
















Tiada ulasan: