Isnin, 30 Ogos 2010

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Mengimarahkan Surau cara UMNO, the Video..

Posted: 30 Aug 2010 08:26 AM PDT

Menurut para penyokong UMNO yang semakin terserlah kebodohan mereka kini, Masjid dan Surau menurut mereka adalah kawasan terlarang buat 'seorang' bukan Islam.

Penyokong-penyokong dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sewajarnya belajar bagaimana mempergunakan Surau atau Masjid sebaiknya dari UMNO Parti Melayu terbesar di negara Ini seperti yang dipaparkan didalam video ini..

Ini adalah videoclip yang memaparkan bagaimana UMNO mengimarahkan surau ..

Videoclip ini juga membuktikan kebenaran dakwaan penyokong UMNO bahawa Masjid atau Surau itu adalah terlarang buat 'seorang' bukan Islam.. tapi terbuka jika mereka datang beramai-ramai..

Pengimarahan ini berlaku dengan meriahnya didalam sebuah Surau yang bernama Al-Falah disebuah sekolah .

Pertandingan rias pengantin ini telah diadakan di dalam sebuah surau bersempena denagn Karnival 'Juara' Rakyat anjuran MAYC & Umno Kuala Langat 9Mei2010.



Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Maka Genaplah Teori RAHMAN

Posted: 29 Aug 2010 10:39 AM PDT

Satu ketika "A" dalam teori RAHMAN, sebagai huruf pertama nama Perdana Menteri Malaysia, sudah pastinya milik Anwar (DSAI). Maka ternyatalah ianya tidak benar apabila peristiwa 1998 berlaku. Anwar yang sudah pun mencium kedudukan tertinggi politik tanah air akhirnya merundum terperosok di dalam penjara.

Apabila Mahathir melantik Pak Lah menggantikan Anwar, maka terasalah kembali benarnya teori tersebut. Dengan Najib kemudiannya menjadi timbalannya, semakin yakinlah orang ramai kebenaran teori tersebut.

Namun, apabila keputusan PRU lepas begitu mencemaskan BN, maka bertiup kencanglah apakah mungkin RAHMAN yang disebut sebenarnya perlu di"mad"kan dengan RAHMAAN.

Maka hidup bugar kembali cita-cita penyokong Anwar bahawa "A" yang kedua bakal milik Anwar dan membuat Najib amat gusar akan peluangnya yang bagaikan tidak menjadi.

Selepas Pak Lah mengundur maka lengkaplah penggunaan huruf pertama nama perdana menteri Malaysia untuk menjadi ejaan RAHMAN serta memperkukuhkan kebenaran teori tersebut.

Tetapi kini RAHMAN sudah lengkap. Apakah huruf atau perkataan berikutnya untuk diteorikan sebagai pertanda bagi nama perdana menteri Malaysia?

Kalaulah dikirakan Muhyuddin sebagai pengganti Najib – kot mana pula hendak diteorikan.

Atau apakah mungkin dengan lengkapnya senarai RAHMAN maka lengkaplah pemerintahan BN/Perikatan? Jika sudah lengkap maka beralihlah pula parti memerintah kepada yang bukan BN?

Kalau inilah yang bakal berlaku maka pertukaran yang terdekat menampakkan kemungkinan yang tinggi. Ramai peneliti politik meramalkan BN cemas dan peluang PR cerah dalam PRU akan datang.

Jika tren PRK lalu seperti Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Bukit Gantang diambil kira, trennya agak ketara dari segi perkaumannya. Melayu semakin nampak beralih kembali kepada UMNO (dan komponen BN) manakala PAS tidak dapat mengekalkan jumlah undi orang Melayu tetapi dapat menambah undi dari kaum bukan Melayu. Begitu jugalah undi untuk Zaid di Hulu Selangor. Walaupun calon Melayu lawan India, polariti pengundi agak ketara. Melayu Hulu Selangor nampak berpihak kepada calon India (dan tidak menyokong calon Melayu PKR) manakala kaum Cina dan sebahagian besar India memihak calon Melayu. Polariti ini ketara memilih parti bukannya kaum calon yang bertanding.

Sekian, IB

Sumber: http://ibrahimbaba.wordpress.com/

Tiada ulasan: