Rabu, 11 Ogos 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Raja Sumpah

Posted: 11 Aug 2010 07:39 PM PDT

Dari Sharpshooter

Sumpah..sumpah..sumpah…adakah semua masalah boleh selesai dengan hanya bersumpah?
Mengapa bila dibawa kes ke Mahkamah Syariah, Menteri UMNO sendiri yang menolaknya. Mengapa takut dengan Mahkamah Syariah? Bukankah anda mengaku sebagai pejuang Islam.

Sungguh besar risiko dan ancaman bagi orang yang berdusta dan berbohong dalam sumpahnya, sebab itu Islam mengingatkan umatnya agar hati-hati dalam bersumpah dan jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang ini dan itu tanpa keperluan.

Kebiasaan bersumpah akan menyebabkan orang merasa tidak bersalah ketika berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Bahkan Allah SWT berfirman:

"Dan janganlah kamu mengikuti orang yang selalu bersumpah, lagi hina." (QS. Al-Qalam:10)

Rahsia kerajaan yang kuat atau masyarakat yang maju adalah terletak pada tertegaknya hukum yang adil. Sudah menjadi bukti sejarah, bahawa kehancuran umat-umat terdahulu, adalah kerana tidak berlaku tertegaknya hukum yang adil.

Jika pemimpin buat salah, orang "kuat" atau berduit, walaupun kejahatan yang besar, bahkan merugikan masyarakat terbanyak, hukum tidak ditegakkan.

Namun jika yang buat salah itu rakyat marhaen, walaupun kecil kesalahannya, segera hukuman ditegakkan dengan seberat-beratnya.

Rasulullah Saw. bersabda:

"Wahai manusia!, ketahuilah bahwa kehancuran umat terdahulu adalah karena mereka tidak menegakkan hukum dengan adil. Jika yang mencuri –berperkara- dari golongan terpandang, mereka biarkan. Namun jika yang mencuri itu orang yang tidak punya, mereka secara tegas menegakkan hukum. Demi Allah, jika Fatimah putri Muhammad –anak beliau sendiri- mencuri, pasti saya potong tangannya." (HR. Bukhari)

"Demi Allah" sebagai sebuah ucapan yang mengawali sumpah sering kita dengar untuk membuktikan bahwa sesuatu itu benar atau tidak benar.

Sesungguhnya, Allah Ta'ala melarang sumpah dijadikan sebagai alat menipu, "Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu diantaramu yang menyebabkan tergelincir kaki(mu) sesudah kokoh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan (didunia) karena kamu menghalangi (manusia) dari jalan Allah dan bagimu azab yang besar." (QS. An-Nahl :94).

Dari Abu bakar r.a, Rasulullah Saw bersabda: "Maukah kalian semua jika kuberitau tentang dosa paling besar diantar dosa-dosa paling besar ?" kami menjawab " sudah tentu wahai Rasulullah." lalu, sambil berbaring beliau Saw bersabda: "Pertama, syirik kepada Allah, lalu durhaka kepada orang tua…" lalu tiba-tiba Rasulullah duduk tegak dan bersabda: "yang ketiga sumpah palsu dan saksi palsu. "Rasulullah terus mengulang-ulang yang ketiga ini sampai para sahabat gemetar dan berkata: "seandainya Rasulullah diam" karena takutnya para sahabat mendengarkan kata sumpah dan saksi palsu yang diulang terus menerus oleh Rasulullah." (Hr. Bukhari Muslim).

Betapa beratnya dosa dengan sumpah palsu apalagi untuk mengaibkan orang lain demi untuk kepentingan peribadi.

Jauhilah sumpah palsu dan raja sesumpah.

Chua: Bekas MB Dalang Kain Rentang

Posted: 11 Aug 2010 07:29 PM PDT

Dari Malaysiakini

Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Menurut Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.

Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.

“Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya."

Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat.

“Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.

"Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis."

Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu.

“Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

“Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan,” katanya kepada Suara Keadilan.com.

Bekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair.

Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR.

“Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini," katanya.

Anwar Berjaya Ubah Lanskap Politik Malaysia

Posted: 11 Aug 2010 05:26 AM PDT

Dari TV Selangor

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjelaskan antara peranan paling penting yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ialah melalui pengaruh beliau, rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan sejarah terlakar dalam perubahan besar lanskap politik negara pada pilihan raya umum 2008.

“Setiap tindakan dan pandangannya memberikan kesan yang penting terhadap halatuju negara kita. Mesej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di negara kita,” kata Kit Siang.

Beliau antara pimpinan serta jutaan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-63 kepada Ketua Umum KEADILAN itu yang disambut pada hari ini.

“Sambutan ulang tahun ke-63 Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dalam tahun yang sentimental. Setiap tahun, kita menyambutnya, termasuk ketika beliau di penjara. Saya masih ingat lagi kek yang kami hantar kepadanya, telah dihalang oleh pihak polis seolah-olah makanan tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan negara,” kata Pengarah Stategi dan Politik KEADILAN, Tian Chua.

Tian yang juga Ahli Parlimen Batu berpendapat, untuk sebahagian rakyat Malaysia, ulangtahun Anwar Ibrahim bukanlah perkara peribadi terutamanya apabila mengenangkan pelbagai penindasan dan penganiayaan terhadap beliau sejak gerakan Reformasi tercetus 12 tahun dahulu.

“Sudah tentu kami akan maklum dengan tarikh ini dan ianya merupakan satu tanda daripada perjuangan hak asasi manusia,” kata beliau.

Dalam nada yang sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh rejim Umno-Barisan Nasional.

“Walaupun pada usia 63 tahun kekuatan mental dan fizikal beliau masih jelas kelihatan dan usaha beliau untuk melihat wajah baru Malaysia tidak pernah pudar. Saya kagum dengan keazaman beliau menghadapi cabaran, dan yakin rakyat Malaysia tetap akan memberikan kepercayaan dan sokongan kepadanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak,” ujar Mahfuz.

Umno BN Mahu Membonsaikan Minda Mahasiwa

Posted: 11 Aug 2010 05:23 AM PDT

Dari Harakah
Oleh Hazayani Zakaria

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai larangan mahasiswa berpolitik membuktikan bagaimana Umno BN secara terancang mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat.

Justeru, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik kepartian dikekalkan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

"Apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik, jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?" soalnya dalam satu kenyataan.

Katanya, AMK yakin dan percaya, puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno BN.

Sehubungan itu, ujarnya AMK mencabar Umno BN melalui Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di IPTA dan IPTS S seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus.

Demikian juga, katanya dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad Vogue Puteri Umno Malaysia.

Beliau menambah, AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA, Khairy Jamaluddin dan Wee Ka Siong yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan ‘akur dan taat kepada kepimpinan parti’.

"Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya Takut ’66 Takut ’98, “Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa!," ujarnya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook pula mengutuk keputusan Kabinet untuk terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik.

"DAPSY berasa amat kesal dan mengutuk keputusan Kabinet pada hari ini yang terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik," ujarnya.

Ini, katanya merupakan satu keputusan yang amat retrogresif dan mendukacitakan aspirasi golongan muda khususnya pelajar-pelajar di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA).

"Keputusan ini terus menafikan hak pelajar universiti tempatan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak berpersatuan kepada setiap warganegara Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Tambahnya, keputusan Kabinet pada hari ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan.

Keputusan itu juga, ujarnya membuktikan bahawa sayap Pemuda Barisan Nasional khasnya Pemuda Umno dan Pemuda MCA semakin hilang taringnya kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.

"Malahan, suara Timbalan Menteri Penggajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang jelas ingin membawa perubahan ini juga tidak diendahkan oleh menterinya sendiri," katanya lagi

Tegasnya, DAPSY akan terus mendesak supaya Auku dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan.

DAPSY, ujarnya yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan kebebasan pelajar universiti termasuk menyertai parti politik akan dikembalikan.

"Keputusan Kabinet hari ini akan menyemarakkan lagi semangat mahasiswa tempatan untuk bangkit membawa perubahan politik dan Barisan Nasional akan diberikan satu pengajaran yang lebih pahit oleh golongan muda pada pilihanraya umum yang ke-13 kelak," katanya lagi.

Amaran Kepada Ezam Untuk Hentikan Fitnah Jahat

Posted: 11 Aug 2010 03:23 AM PDT

Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau di arahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar. Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan UMNO, kerja beliau hanya mencerca kami.

Saya telah enggan melayan sebarang kenyataan beliau yang di buat hasil menerima upah pimpinan UMNO, walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

“SEMINAR PERSPEKTIF MUDA”: Mengangkat Perspektif Muda Ke Arus Perdana

Posted: 11 Aug 2010 03:21 AM PDT

Jumlah penduduk Malaysia di dalam kategori umur 15 hingga 39 tahun adalah seramai 11.65 juta dan pada peratusan 40.5% daripada keseluruhan penduduk, merupakan kumpulan terbesar di negara ini. Mereka sering dirujuk sebagai golongan belia/muda dan semestinya perspektif mereka mengenai isu-isu nasional akan mempunyai kesan yang mendalam kepada halatuju negara.

Oleh sebab itu, golongan muda mempunyai hak yang besar dalam menentukan perkembangan isu-isu yang mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara.

Mereka juga adalah golongan yang paling terkesan dengan kelembapan ekonomi negara. Contohnya, perubahan harga rumah atau kenaikan harga bahan api dan barangan asas baru-baru ini meninggalkan kesan yang lebih besar kepada golongan ini kerana mereka membentuk golongan buruh dan pekerja bawahan yang terbesar di dalam masyarakat ini.

Pandangan mereka mengenai isu urus tadbir, kecekapan pentadbiran awam dan perpaduan nasional akan mencorakkan bentuk negara Malaysia di dekad akan datang.

Maka, pandangan golongan belia/muda perlu dipupuk, didengar dan diambil kira secara berterusan dan jujur dengan mengangkatnya ke arus perdana.

Menghayati semangat ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor akan menganjurkan Seminar Perspektif Muda pada 14 Ogos 2010 ini, sebagai sebahagian dari usaha berterusan kerajaan Selangor menambahbaik dasar dan pelaksanaannya dengan mengambil kira suara orang muda.

Seminar ini dijangka akan mengumpulkan lebih 200 professional muda dan aktivis dari pelbagai latar belakang yang akan berpeluang untuk mengenengahkan pandangan, cadangan dan kritikan mereka terhadap pelbagai isu. Mereka juga akan turut disertai oleh wakil rakyat muda yang berada di dalam lingkungan umur mereka yang diberi amanah untuk berbincang dan memahami pandangan-pandangan ini; yang seterusnya akan diangkat dan dijaguhi oleh wakil-wakil rakyat muda di arus perdana serta di bawa ke perhatian YAB Dato' Menteri Besar Selangor.

Peserta seminar akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan memberikan fokus kepada bidang yang khusus iaitu ekonomi, pendidikan dan pendemokrasian pentadbiran. Pada setiap sesi, peserta akan diberi peluang untuk bertukar kumpulan supaya pandangan yang luas dari semua peserta dapat digarabkan bersama.

Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Elizabeth Wong, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Beliau merupakan seorang bekas perenang kebangsaan dan aktivis sosial/hak asasi manusia yang terkenal sebelum menceburkan diri di dalam politik.

Sepanjang seminar ini, peserta akan berpeluang untuk bertukar-tukar pandangan dengan wakil-wakil rakyat dari Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri secara bersantai.

Seminar Perspektif Muda akan ditutup secara rasmi dengan ucaptama dan dialog bersama-sama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Selangor.

Kami menjemput rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk menyertai seminar ini bagi memastikan pandangan-pandangan yang bakal diangkat mewakili pandangan terbanyak rakyat Malaysia.

Pendaftaran masih lagi dibuka dan mereka yang berminat diminta mendaftar di laman web beralamat http://bit.ly/osea14.

Maklumat lanjut mengenai seminar ini boleh didapati di laman Facebook http://www.facebook.com/event.php?eid=114723245246832&ref=ts

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

10 Ogos 2010

—————————

PRESS RELEASE

"SEMINAR PERSPEKTIF MUDA":

ELEVATING YOUTH'S PERSPECTIVES TO NATIONAL STAGE

There are 11.65 million people in Malaysia who fall in the age category of 15 to 39 years old. At 40.5% out of total population, they form the biggest group of the nation's population. They are called the youth of Malaysia and their perspectives on issues related to nation-building have a profound impact on the direction of the country.

The youth have a direct stake in all national issues evolving in the country.

They are arguably the group most affected by changes in the economic well being of the country. A swing in property prices, or increase in utility prices will have a greater impact on this group as the majority of them form the biggest working class in our society.

Their views on the issues of governance, public administration and national unity will define the type of a country that Malaysia will grow to become in the next decade.

Hence, there is an urgent need to continuously and genuinely engage the youth to propel their perspectives on nation building onto the national stage.

In this spirit, the Selangor's Economic Planning Unit (UPEN) and Office of Selangor Economic Advisor (OSEA) will organize a 'Seminar Perspektif Muda' (Seminar on Youth's Perspectives) on the 14th of August 2010 as part of the state government's efforts to fine tune its policies with the inputs obtained directly from the youth.

The seminar is expected to gather more than 200 young professionals and activists from various backgrounds and provide them with the opportunity to share their concerns, suggestions, issues and criticisms on the state government's policies and direction. They will be joined by a group of wakil rakyat (who fall within the same age bracket) who are tasked to listen and engage in the discourse; with the final aim to finalise a series of suggestions to be brought to the attention of YAB Dato' Menteri Besar of Selangor.

Participants will be divided into 3 groups with specific focus on economy, education and democratic administration respectively. At each separate session, participants will be rotated to a different group to obtain diverse opinions from all participants.

The seminar will be officiated by YB Elizabeth Wong, a member of the state's Executive Council. She was an active social/human rights activist and a former national swimmer.

Throughout the seminar, participants will have ample opportunities to engage and question Members of Dewan Rakyat dan State Legislative Assemblies on various issues as the seminar is designed to be as informal as possible.

The seminar will be officially closed with a dialogue with YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, the state's Economic Advisor.

We invite everyone from any background and inclination to join the seminar to ensure good representation of various groups and idea.

Registration is still open and those who are interested can register at http://bit.ly/osea14.

More information on the seminar can be found at its Facebook's event page http://www.facebook.com/event.php?eid=114723245246832&ref=ts

OFFICE OF SELANGOR ECONOMIC ADVISOR

10 August 2010

Isu Bazaar Ramadhan Di Paras 3 Komtar, George Town

Posted: 11 Aug 2010 03:13 AM PDT

KENYATAAN PENGURUS BESAR PDC DATO' ROSLI JAAFAR
KE ATAS BAZAAR RAMADAN DI PARAS 3 KOMTAR, GEORGE TOWN
PADA 11 OGOS 2010.

Pihak PDC telah mengadakan satu perbincangan dengan peniaga -peniaga
yang terlibat dengan lot perniagaan Bazaar Ramadan KOMTAR pada
10 Ogos 2010 jam 2.30 petang di KOMTAR yang dihadiri oleh 15 orang
peniaga terbabit. Juga hadir adalah wakil Komtar Merchants
Association(KMA), Encik Mohamed Ghani bin Abdul Jiman sebagai
pengelola Bazaar Ramadan.

Pihak PDC telah memberitahu peniaga bahawa PDC tidak pernah membuat
keputusan untuk menghalang Bazaar Ramadan. Masalah utamanya adalah
kegagalan pengelola Bazaar Ramadan menyerahkan wang yang dipungut
daripada peniaga kepada PDC. Sehingga hari ini tidak ada satu sen pun
yang dibayar kepada PDC.

PDC hanya memaklumkan bahawa pihak pengelola iaitu KMA harus mengikut
kesemua ketetapan, peraturan dan jumlah gerai yang ditetapkan serta
membuat pembayaran yang mana sehingga kini tiada pematuhan oleh KMA.
PDC juga ingin melihat agar Bazaar Ramadan ini tidak terlalu sesak
yang mana akan menyebabkan kesulitan orang ramai untuk berurusan ke
Pusat Pentadbiran Negeri dan boleh menjejaskan keselamatan. Tindakan
KMA berurusan dengan peniaga tanpa mendapatkan kelulusan telah
merugikan pihak peniaga yang telah membuat persiapan serta
mengeluarkan perbelanjaan.

Demi untuk menyelesaikan isu ini , persetujuan telah dicapai antara
pihak pengelola, peniaga dan PDC. Ianya adalah seperti berikut :-

1) Bersetuju sejumlah 25 lot gerai sahaja diperuntukkan di ruang legar
konkos Paras 3 , KOMTAR, bagi memberi lebih keselesaan kepada semua
peniaga dan pengunjung.

2) Bersetuju agar memastikan barangan perniagaan tidak melebihi 2 kaki
dari sempadan gerai untuk menjamin keselesaan ruang.

3) Pihak KMA bersetuju membayar sebanyak RM50.00 sehari bagi setiap
gerai kepada PDC. Manakala PDC akan menanggung kos pemasangan gerai
dan alatan yang berkaitan. Bayaran sewaan oleh KMA perlu dibuat
selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2010 kepada PDC.

4) Atas persetujuan pihak peniaga, sekiranya pihak KMA gagal mematuhi
syarat-syarat PDC dan tidak menjelaskan bayaran yang telah
dipersetujui , maka pihak peniaga bersetuju untuk berurusan secara
terus dengan PDC dengan kadar yang sama.

5) Pihak PDC bersetuju untuk menyewakan pada harga yang sama yang
dikenakan kepada peniaga sediada pada kadar RM50.00 sehari setiap
gerai, seandainya PDC mengambilalih pengurusan penyewaan gerai-gerai
tersebut.

6) Atas permintaan para peniaga juga, tarikh penyewaan ini akan
bermula pada 12 Ogos 2010 dan tamat pada 12 September 2010.

7) Peniaga boleh memasuki gerai masing-masing serta merta.

8) Semua peniaga yang telah berurusan untuk menyewa lot Bazaar Ramadan
dengan KMA akan diperuntukkan sejumlah 25 lot yang akan diuruskan oleh
KMA.

Melalui hasil perbincangan bersama ini, PDC percaya tidak ada
masalah yang dihadapi oleh peniaga Bazaar Ramadan sepertimana yang
digembar-gemburkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

DATO' ROSLI JAAFAR
Pengurus Besar
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

Saiful-Farah liaison: Whither justice?

Posted: 10 Aug 2010 08:52 PM PDT

By Kim Quek

Judge Zaibidin Diah's rejection of Defence's request to put complainant Saiful and DPP Farah on the witness stand despite the duo's complete failure to respond to allegation of sexual relations between them is most regrettable. For it is another black mark to the long-running, scandal-ridden Anwar Sodomy Trial II, thus reinforcing the universal perception that the trial is nothing but political persecution for Anwar Ibrahim.

What would a deputy public prosecutor do when he or she is accused of sleeping with the complainant in a criminal trial, if the allegation is false? Shouldn't the DPP instantly yell and deny and act against the defamer?

What is your take of this DPP if he or she chooses to steadfastly act deaf and dumb despite the fact that the controversy sparked by his or her alleged misconduct has raged relentlessly for almost three weeks?

And what is your take of the Attorney General and the prosecuting team who insist they know nothing about the affair and also insist the DPP has done nothing wrong despite the AG's incongruous act to quickly bundle her away not only from the prosecuting team but also from the prosecuting division of the Attorney General's Chambers?

Mind you, we are not talking about an ordinary criminal trial, but possibly the most important trial in our history involving the fate of the highest-profiled political leader of the country, the outcome of which may sway the course of history for many years to come.

Prosecution smacks of dishonesty

Under the circumstances, shouldn't the AG be duty bound to the nation to come clean and say outright whether the allegation is true or false? What choice do we have other than to impute dishonest intention and dishonourable conduct on the part of the prosecution over its prolong ambiguity over such an important issue?

Who would believe prosecution team leader Solicitor General II Yusof Zainal Abiden when he professed no knowledge of the affair though he and DPP Farah Azlina had been working together as a team on this case for six months and meeting almost every day, and all he needed to do was to ask Farah whether the allegation was true. Don't tell me Yusof never asked her, or that she never answered, or that he had no means of finding out the veracity of the allegation. For that would be a blatant lie.

Having failed the honesty test over his dubious stand on the Saiful-Farah liaison, Yusof had very little credibility left when he claimed that this unethical and illicit relationship had absolutely not caused any injustice to Anwar.

In the first place, why didn't he get Farah and Saiful to file an affidavit in defence against Anwar's affidavit seeking the dismissal of the case? There is absolutely no reason to use only third parties to rebut anwar, when the principals are alive and well and fully capable of speaking for themselves. In the absence of a satisfactory explanation to this anomaly, how much weight can we attach to these third party affidavits?

Then, failing to get the affidavits from the principals, why did Yusof get his subordinate DPP Hanafiah Zakaria and investigating officer Supt Jude Pereira to file their affidavits, instead of doing it himself, since as team leader he should be more knowledgeable and his words more authoritative? Isn't this another indication of the lead prosecutor's evasiveness?

Unbelievable claim of Farah's constricted role

Prosecution claimd that DPP Farah's function as a prosecutor in the team is strictly confined to taking down notes during court proceedings and categorically declared that she had never had access to any investigating document or any meeting throughout her six months of participation as a team member. As such, the prosecution claimed that she knew virtually nothing that could be of help to Saiful, neither could she have exerted any influence over the course of trial.

Keeping in mind that Farah is a qualified lawyer and a prosecutor officially appointed for this trial, is it credible that she could take this humiliation of only being allowed to work as a menial clerk and denied any opportunity to function as a legal officer? Does it make sense for the Attorney General's Chambers to engage a qualified lawyer, make her a prosecutor but forcing her to work only as a clerk? Isn't this a waste of talent and public funds and an unjust treatment of a fellow legal officer? Why should the Attorney General and the Solicitor General II have done a horrible thing like this? Will these two gentlemen please answer these questions before they expect the people to believe even a word of what they claim?

Is it conceivable that during the six months on the case as a DPP, she has never had the opportunity to see any document of relevance or heard or participated in conversation or discussion relating to the case? Was there any strict order that she be barred to all these? If not, how can anyone be certain that she knows nothing of consequence to the prosecution case?

Naïve to ignore sexual passion

Prosecution assured the court that they were absolutely sure that Farah had not communicated any information to Saiful that the latter was not entitled to know. Have they been keeping a 24-hour watch on this couple including what happened within the bedroom? If not, how can they be so sure?

Are we so naïve that we are unaware of the power of sensual love between two individuals? Have we forgotten the lessons of history when many an empire and kingdom rose and fell because of the passion ignited between a man and a woman? If Saiful and Farah are lovers, which no one has denied, no court of law should accept any assurance that the prosecutor has not infringed the ethics of her profession.

It is puzzling how Judge Zaibidin had arrived at the conclusion that justice is better served by not allowing the principal actor and actress to come forward to say their piece and expose themselves to scrutiny.

With many swirling questions remaining unanswered and the credibility of the prosecution plunging to an all-time low, what can we interpret from prosecution's vehement objection to call the duo as witnesses, and the judge's endorsement of such objection?

Have these officers of the court forgotten their sworn duty to seek truth and defend justice at all times?

Isn't it true that the prevailing public perception now is that the court is fearful of the truth being exposed?

Now that the court has shut the door to learning the truth from the horses' mouth, what alternative is left to salvage the honour of the court and our judicial system other than to dismiss the case and spare the nation the agony of watching infamy in the making?

Kim Quek.

Tiada ulasan: