Jumaat, 27 Ogos 2010

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


NURUL IZZAH TAK GENTAR!

Posted: 27 Aug 2010 12:35 AM PDT

SEKENTAL SEMANGAT BAPA
Walaupun diancam dengan tangkapan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, srikandi Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar tidak akan sama-sekali mengubah pendiriannya berhubung skandal rasuah kapal selam Scorpene. Bahkan beliau mengalu-alukan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat kandungan temubualnya bersama Tempo, yang membincangkan kecurigaan-kecurigaan disebalik pembelian Scorpene, serta isu kegagalan kapal selam itu untuk menyelam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menyelar Izzah sebagai penderhaka selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerangkan kontroversi yang berlegar sekitar kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia kepada majalah Indonesia. Menteri Agama Jamil Khir Baharom pula menganggap Izzah telah berdosa kerana Malaysia boleh huru-hara jika keburukan Kerajaan Umno-BN diceritakan kepada orang luar.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Mad Arip menggesa Izzah disiasat dibawah ISA kerana memperkecilkan kemampuan kapal selam Scorpene, yang sebelum ini dilaporkan gagal menyelam selepas pembelian oleh Kerajaan Malaysia. Nurul Izzah berkata, beliau sudah memberi kenyataan bertulis tentang siapa penderhaka yang sebenar dan beliau juga menyatakan Menteri Pertahanan tidak menjawab kenapa tidak ada sokongan tentang siasatan komisyen lima ratus juta Ringgit terhadap Perimekar yang dilakukan oleh suruhanjaya pencegahan rasuah (SPRM).

Persoalan lain yang dtimbulkan oleh beliau adalah kenapa latihan ketenteraan laut dikurang kepada sekali setahun berbanding sebelum ini 3 kali setahun atas alasan mahu jimatkan kos. Izzah sekali lagi menegaskan pandangannya mengenai kegagalan kapal selam negara berfungsi itu bersandarkan kepada jawapan bertulis yang diberikan Zahid Hamidi pada Dewan Rakyat. Tetap dgn pendirian itu, beliau mengulas maklumat tersebut boleh diperolehi umum. "Saya sedia disiasat oleh polis dan sisastan polis pun belum berlangsung lagi. Ini cara kotor dan jijik nak heret saya dibawah siasatan ISA" kata Izzah lagi.-TVSelangor

'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?

Posted: 26 Aug 2010 11:56 PM PDT

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa lawatan 'kontroversinya' ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

"Lawatan ke surau Al Huda adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya. 

"Saya tidak faham mengapa lawatan kecil ini dipermain-mainkan," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau berkenaan, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan rumah ibadat itu.

Beliau juga mendakwa tidak tidak menyentuh langsung soal politik sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakkan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

‘Lagi berdosa kalau saya biar kezaliman Umno-BN berterusan’ - Nurul Izzah

Posted: 26 Aug 2010 07:08 PM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan menteri Kabinet bahawa beliau berdosa, sebaliknya menegaskan "lagi berdosa kalau membiarkan kezaliman bermaharajalela."

"Sememangnya jihad terbesar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.

"Justeru, panduan saya hanya al- Quran dan sunah, bukan sesetengah pimpinan yang memilih bulu dalam memperjuangkan prinsip," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini membalas pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa.

"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

"Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara," katanya.

Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa Nurul Izzah, yang didakwa mengeluarkan

kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Dalam temu bual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.


The Malaysian Insider

Pakatan Rakyat Desak Siasat Kehilangan RM52 Bilion Saham Untuk Bumiputera

Posted: 26 Aug 2010 06:12 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA 27 Ogos - Serangan Umno-Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup penyelewengan dan kegagalan mereka mengurus khazanah negara termasuk skandal rompakan saham yang dikhaskan bagi Bumiputera dan rakyat termiskin bernilai RM52 bilion.

Sehubungan itu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci kehilangan jumlah saham sebegitu besar kepada Bumiputera.

Anwar berkata isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Bagi saya, isu yang melibatkan hak orang Melayu dan kaum Bumiputera ini masih belum dapat diselesaikan. Mana pergi agihan saham untuk Bumiputera dan faedahnya kepada siapa?.

"Kalau benar kita ambil berat untuk menjamin hak mereka, orang Melayu yang miskin dan terpinggir itu harus dibantu. Kini hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang tinggal bagi pegangan ekuiti Melayu," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di inu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai isu undang-undang hudud di negara ini, Anwar berkata sistem perundangan di negara ini mengamalkan sistem demokrasi, tetapi agama Islam mendapat tempat yang istimewa sebagai agama Persekutuan, selain jaminan hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka.

"Kita memperkukuh institusi yang ada melalui dialog peradaban dan sebagainya. Kita turut menekankan muafakat dan kerjasama antara budaya, agama dan memperbaiki hubungan kaum.

"Oleh yang demikian, berkenaan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah, kita menuntut untuk ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji perkara tersebut."Kita mesti berikan ruang untuk setiap parti mengungkap pandangan mereka mengikut prinsip parti. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, kita terikat dengan konsensus atau persefahaman yang kita meterai bersama, perkara ini telah dijelaskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu," tegas Ketua Pembangkang lagi.

Beliau juga menyelar tindakan Umno-BN yang mengapikan sentimen perkauman sempitdan agama dengan tujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat di negara ini.

"Politik usang yang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pemimpin Umno-BN, kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak untuk teruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti Biro Tatanegara dan media seperti Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat," kata Anwar.

Turut sama pada sidang media itu termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

UMNO-BN APIKAN SENTIMEN PERKAUMAN

Posted: 26 Aug 2010 05:45 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT 
26 OGOS 2010


Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat. 

Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
"Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."

Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

YB Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden 
PAS

Tiada ulasan: