Khamis, 12 Ogos 2010

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Chua: Bekas MB dalang kain rentang

Posted: 11 Aug 2010 06:33 PM PDT

Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Menuru
t Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.

Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.

"Mereka berniat membuat sultan dan orang 
Melayumarah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim dan diri saya."

Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat.

"Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.

"Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis."

Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu.

"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada 
Suara Keadilan.com.


Bekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair.

Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR.

"Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini," katanya.- Malaysiakini

HENTIKAN SEGERA FITNAH PERKAUAMAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Posted: 11 Aug 2010 06:21 PM PDT

10 OGOS 2010

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) pada hari ini menegaskan tidak akan bertolak ansur kepada mereka yang memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai 'perkauman' dalam menyelesaikan masalah rakyat. Cukuplah dengan siri-siri fitnah bermula dari Kampung Buah Pala, Tanah Wakaf Bagan Ajam, Isu Jelutong dan Pokok Asam yang menjadi 'modal' politik murahan UMNO untuk menagih sokongan rakyat, sekarang ditambah lagi dengan menghasut peniaga-peniaga Melayu Komtar untuk membenci Kerajaan Negeri, dalam isu lot niaga di ruang legar Komtar.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) merujuk kepada tuduhan liar yang dilemparkan oleh Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO Pulau Pinang, Aziaan Ariffin yang mengatakan "Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal." 

Tuduhan jahat ini jelas menggambarkan, siapa sebenarnya pemimpin UMNO yang jelas suka bermain dalam ruang lingkup perkauman mereka yang sempit dan suka ambil sikap hentam keromo sebelum tahu apa yang sebenarnya berlaku. Siapa dia Aziaan? Adakah dia benar-benar menyelami permasalahan yang berlaku? Konon menjadi 'hero segera' Melayu, tetapi selama lebih 50 tahun, apa yang UMNO berjaya tinggalkan untuk orang Melayu Pulau Pinang?

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) juga merasa amat kesal dengan tindakan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abdul Jiman yang mengapi-apikan hubungan baik yang sudah terjalin lama antara komuniti peniaga Komtar dengan pihak Kerajaan Negeri. Tindakan beliau yang menuduh Kerajaan Negeri meroboh premis gerai dan menghalau Melayu dari Komtar adalah amat tidak tepat dan hanya emosional semata-mata. 

Bilakah masanya ada notis yang mengatakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menghalau peniaga-peniaga Melayu dari Komtar? Yang jelas ada hanyalah notis untuk urusan menaiktaraf ruang niaga tersebut, agar lebih teratur dan tidak menghalang lalulintas pelanggan Komtar. Bahkan, 27 peniaga sedia ada boleh terus berniaga seperti biasa, dan ditambah lagi dengan 17 lot di tingkat yang sama dan 10 lot di tingkat 4.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) di sini juga menyatakan sokongan kepada kenyataan Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar untuk PDC melakukan kutipan terus bayaran sewa tapak dari peniaga, dan bukannya menerusi Komtar Merchant Association (KMA). Ini adalah untuk memastikan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan, setelah kontroversi yang ditimbulkan oleh Naib Pengerusi KMA itu sendiri, Mohamed Ghani. 

Justeru, Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) dengan ini sekali lagi menegaskan, tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melontarkan fitnah jahat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk orang Melayu, Cina dan India di negeri ini.

Demi memastikan isu-isu rakyat yang membabitkan tiga kaum ini ditangani dan diselesaikan dengan baik, AMKPP menawarkan diri sebagai orang tengah atau 'mediator' untuk mencari jalan keluar sebarang pemasalahan pada masa akan datang. Atas kesedaran ini, AMKPP akan menubuhkan satu sekretariat khas yang dinamakan sebagai "Sekretariat Warga Diskusi Isu Rakyat" (SWADAYA)


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha, 
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang 
(AMKPP)

Tiada ulasan: