Jumaat, 13 Ogos 2010

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR


Bidas Pihak Letak Kamera Pengintip di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor

Posted: 13 Aug 2010 02:11 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat

13hb Ogos 2010

Bidas Pihak Letak Kamera Pengintip di Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor

Angkatan Muda Keadilan Selangor membidas dalang yang bertanggungjawab meletakkan kamera pengintip di pejabat Dato' Menteri Besar Selangor di bangunan SUK Selangor.Tindakan ini jelas berniat jahat dan dilakukan oleh desperado politik.

AMK Selangor yakin pihak berkenaan akan kecewa dan menemui kegagalan kerana jelas pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini mengamalkan prinsip ketelusan dan memerangi rasuah.

Kita juga menggesa satu siasatan rapi dilakukan bagi mengenalpasti dalang yang meletakkan kamera pengintipan tersebut di bawa ke muka pengadilan.

AMK Selangor berkeyakinan bahawa selama ini prinsip pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersih dan telus akan terus dipertahankan malahan AMK Selangor amat menyanjungi prinsip dan ketegasan Menteri Besar Selangor dalam soal memerangi rasuah di negeri ini.

Kita juga berharap pihak-pihak yang berniat jahat dalam perkara ini melupakan hasrat mereka untuk mencari kesilapan Tan Sri Khalid untuk menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana jelas keikhlasan beliau menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor dikagumi pihak rakan dan lawan.

AMK Selangor bertegas agar perkara sedemikian di ambil perhatian serius agar kejadian sedemikian rupa tidak berulang. Dan pihak-pihak bersubahat dalam perkara ini dikenakan tindakan tegas.

Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor

Tiada ulasan: