Selasa, 24 Ogos 2010

Angkatan Muda Keadilan Melaka

Angkatan Muda Keadilan Melaka


AMK Melaka: Jejak Fakir Ramadhan 2010

Posted: 23 Aug 2010 11:16 PM PDT


14 Ogos 2010, (sabtu), Alor Gajah - Angkatan Muda Keadilan Melaka hari ini memulakan siri Jejak Fakir Ramadan di Parlimen Alor Gajah bersempena bulan Ramadan yang mulia ini. Program yang telah menjadi acara tahunan ini, mendapat sambutan yang menggalakkan setiap tahun. Alhamdulillah AMK Melaka juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi memberi sumbangan dan juga Keadilan Cabang Alor Gajah yang diwakili oleh Sdr Ibrahim Osman.

Program ini bermula di Parlimen Alor Gajah dan sebanyak 20 buah rumah yang telah dikunjungi. Kebanyakkan merupakan golongan tua dan ibu tunggal. Ada diantara meraka yang telah mendapat bantuan daripada JKM dan MAIM dan ada yang belum, namun inisiatif sumbangan ini adalah meringankan beban hidup yang dihadapi oleh mereka.

Di samping menziarahi mereka, anggota AMK Melaka juga memberi sedikit sumbangan untuk perbelanjaan mereka bagi menghadapi hari lebaran kelak. AMK juga mengambil peranan untuk membantu mereka yang masih belum mendapat bantuan daripada badan-badan berwajib. Insyaallah kami akan menghantar nama-nama mereka ke JKM atau Majlis Agama Islam Negeri.

Program ini akan berterusan ke Parlimen-parlimen lain diseluruh Melaka seperti yang telah ditetapkan, justeru kami mempelawa kepada orang ramai yang sudi menderma dan memberi maklumat tentang Fakir Miskin di Melaka boleh menghubungi Sdr Zamzizul 019-6552646 dan Sdr Farhan 012-6843840. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Nya.

Salam Reformasi

Hairiz Nordin
Ketua AMK Melaka.

Tiada ulasan: