Isnin, 30 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Guru KAFA dapat duit raya RM250

Posted: 30 Aug 2010 12:53 AM PDT

PULAU PINANG, 30 Ogos: Guru-guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang tentunya tersenyum simpul kerana buat pertama kalinya kerajaan negeri memberikan RM250 wang raya kepada mereka.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, memandangkan peranan guru Kafa tiada tolok bandingnya memberikan pendidikan kepada anak-anak Islam, maka kerajaan negeri sedia mengeluarkan peruntukan untuk menghiburkan hati golongan tersebut menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28421:kita-bertindak-dulu-najib-pun-ikut&catid=1:utama&Itemid=50

Iran rasmi kilang peluru meriam teknologi canggih

Posted: 29 Aug 2010 11:30 PM PDT


Iran memperhebatkan teknologi persenjataan di bulan Ramadhan ini. Kali ini Iran telah merasmikan kilang membuat peluru meriam jarak jauh bersaiz 130 mm yang boleh menjangkau jarak 42 km dengan menggunakan bahanapi pepejal yang bertindak seperti peluru berpandu balistik.

Sebelum ini Iran telah melancarkan beberapa persenjataan lain di bulan Ramadhan 1431 H seperti terdapat pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/08/melayu-setakat-main-mercun-je-iran-buat.html

Universiti di Iran adalah hebat dalam bidang kejuruteraan dimana ia menduduki tempat ke 112 dan ke 145 terbaik di dunia. Universiti dari negara umat Islam lain yang terbaik ialah di Indonesia menduduki tempat ke 80, Turki ke 108. Universiti Malaya menduduki tempat ke 201, UTM ke 236 dan USM ke 246.

Hanya 11 Universiti dari negara umat Islam yang menduduki 300 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan.

Maka tidak hairanlah ada pihak yang ingin mengeruhkan suasana antara Malaysia dan Indonesia, antara Sunni dan Syiah. Di Nusantara sentimen Sunni dan Syiah sukar untuk dimainkan, jadi sentiman Malaysia – Indonesia yang dimainkan.

Ketika negara Iran di kenakan pelbagai sekatan, mereka dapat menghasilkan pelbagai inovasi yang kreatif, apatah lagi kalau tidak ada sekatan.

Agak-agaknya lahkan lumba haram, mat rempit, penagihan dadah, buang bayi, zina, rogol, pecah rumah, buang ibu bapa dan 1001 gejala sosial di Malaysia terutama di kalangan orang Melayu adakah terdapat sama hebatnya di Iran ?

*****************************
Monday, August 30, 2010
Iranian long-range artillery ammo (130 mm HERA)

Iranian Defense Minister Brigadier General Ahmad Vahidi has inaugurated the production line of Iran's longest-range artillery ammunitions.

Speaking at the inaugural ceremony of the mass production of Base bleed projectiles in the capital Tehran, General Vahidi said the new 130 mm base bleed rocket assisted (HERA) artillery shells will provide the longest range of such for the Islamic Republic's army, Iran's Defense Ministry said on its website.

"These munitions use solid propellants that behave like ballistic missiles," the Iranian defense minister noted.

He also lauded Iranian experts at the arms production division of the country's defense industries for their efforts to modify the base bleed system in order to further enhance the range of the ammunitions from 27 to 42 kilometers.

The defense minister also said such achievements demonstrate that sanctions against Iran have been ineffective.

Base bleed is a system used on some artillery shells to increase their range, typically by about 30%.

Reshaping some artillery shells can significantly reduce the drag on the shells' nose when soaring at supersonic speeds.

Engineers have come up with certain aerodynamic re-patterning of suitable artillery shells to give them proper ballistics through boosting thrust and diminishing airflow pressure.

http://uskowioniran.blogspot.com/2010/08/iranian-long-range-artillery-ammo-130.html

THE - QS World University Rankings 2009 - Engineering/Technology

No 80 BANDUNG Institute of Technology (ITB) Indonesia
No 108 ISTANBUL Technical University Turkey
No 112 University of TEHRAN Iran
No 129 BILKENT University Turkey
No 145 SHARIF University of Technology Iran
No 193 CAIRO University Egypt.
No 201 University of MALAYA (UM) Malaysia
No 233 GADJAH MADA University Indonesia
No 236 University of Technology, Malaysia (UTM)
No 246 University of Science, Malaysia (USM)
No 248 SABANCI University Turkey

http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/2009/subject-rankings/technology

JKKK kecewa gangguan air di N9, hutang RM2 Billion

Posted: 29 Aug 2010 09:41 PM PDT

Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan SAINS sudah di korporat/perbadan/swasta menjadi Syarikat Air Negeri Sembilan SAINS. Hutang kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 ialah RM 2.14 Billion, dimana RM 1.6 Billion ialah untuk Rancangan Bekalan Air. Dah swasta, dah hutang RM 1.6 Billion masih teruk bekalan air di beberapa tempat di N.Sembilan.

Hutang RM 2.14 Billion ini, kira dah bankrap ke belum ? Kakitangan kerajaan Negeri Sembilan dapat tak duit raya ? Kakitangan SAINS dapat tak duit raya ?

Mana pergi RM 1.6 Billion untuk Rancangan Bekalan Air tu ?

************************
Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010

PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung Parit Tinggi, Juasseh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselama-tan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

"Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, dekat sini.

"Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering terputus," katanya

Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

"Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air tiada. Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan keluarga mereka.

"Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk memperbetulkan keadaan. Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya.

"Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam musim perayaan," katanya.

Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.

"Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air. Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah kehabisan.

"Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail, sudah dimaklumkan perkara itu akan mengambil tindakan sewajarnya memanjangkan perkara berkenaan kepada pihak berkaitan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8120193.asp


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html

Sekeluarga tahan lapar setiap hari di Melaka kerna miskin

Posted: 29 Aug 2010 08:33 PM PDT


Eloklah akhbar Sinar Harian siar berita keluarga yang melarat macam ni, semoga ada pihak yang dapat membantu. Cumanya kalau boleh dapat disertkan nombor telefon mereka yang boleh dipercayai untuk menyalurkan sumbangan. Ramai yang di luar sana yang ingin menyumbang , tetapi tidak tahu untuk disalurkan kepada mereka yang dipercayai. Benda macam ni kena sama-sama tolong, jangan harap wakil rakyat, Pengerusi JKKK semata-mata.

Kalau nak tolong , tolong, Tak nak tolong jangan bising-bising. Jangan nak cari kesalahan orang lain. Wakil rakyat tak turun padanglah, Pengerusi JKKK tak turun padanglah dan sebagainya. Larat ke wakil rakyat nak ziarah 5000 keluarga setahun, 200 masjid dan surau setahun dalam kawasan mereka ?

Wakil rakyat pun janganlah marah kalau siar dalam media dan akhbar berita macam ni, sebab di akhirat nanti bukan wakil rakyat saja kena tanya, jiran tetangga akan di tanya, saudara mara pun akan ditanya.

Ubahlah sikit minda politik orang Melayu ni.

******************************
Sinar Harian 30 Ogos 2010. PENGKALAN BALAK - Kesempitan hidup yang dialami empat beranak di sini menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut setiap hari untuk meneruskan hidup.

Mereka yang menyewa di sebuah pondok kecil itu terpaksa melalui hidup yang getir selepas ditinggalkan suami dan hanya terpaksa bergantung kepada pendapatan anak sulung dengan mengambil upah membasuh pinggan di sebuah kedai makan berhampiran.

Bagi Anazukmawati Hashim, 32, nasib ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak anak bongsu dilahirkan sememangnya mengubah hidupnya.

Namun, anak-anaknya, Imran Mohamed Sabibullah, 15, Mohd Syed Iskandar, 12, dan Putri Nur Pairah, 8 bulan, perlu menghadapi dugaan itu biarpun agak pedih.

"Suami saya mula menghilangkan diri sebaik sahaja saya melahirkan Putri tanpa memberikan sebarang khabar berita, mahupun pesanan," katanya.

Akibat nasib malangnya itu, dia terpaksa 'menebalkan muka' menumpang di rumah ibunya buat sementara, namun disebabkan adik beradiknya yang ramai tinggal bersama ibunya, akhirnya dia tiada pilihan lain kecuali terpaksa mencari rumah sewa.

Bagaimanapun, keadaannya keluarga itu semakin meruncing selepas berpindah di pondok berkenaan dua bulan lalu apabila terpaksa membayar sewa sebanyak RM150 sebulan.

Anazukmawati yang berasal dari Kampung Padang Kemunting, dekat sini hidup serba kekurangan dan hanya mengharapkan ihsan masyarakat setempat prihatin.

"Hidup kami sekeluarga susah. Nak makan pun kena tengok-tengok dulu apa yang boleh dijadikan lauk. Kadang-kadang anak pergi memancing dapatlah ikan untuk dimasak. Anak saya yang bongsu ni terpaksa diberikan susu cair kerana tak mampu beli susu tepung," katanya.

Menurutnya, anak-anaknya seperti memahami apa yang dihadapi olehnya sehingga memaksa anak sulungnya itu mengambil upah membasuh pinggan di kedai makan berdekatan pada sebelah malam selepas bersekolah di siang hari.

Manakala, anak keduanya pula tidak lagi bersekolah sejak tahun empat lagi kerana masalah kewangan selain masalah kehilangan sijil kelahiran.

"Hidup kami anak-beranak semakin tertekan sekarang, nasib baiklah anak lelaki saya sanggup bekerja dengan pendapatan RM15 satu malam. Sedikit sebanyak dapat membantu membeli barang keperluan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Dia bagaimanapun mengakui kasihan melihat anak-anak yang terpaksa menahan lapar setiap hari.

"Nak buat macam mana, kami tak mampu mendapatkan wang belanja lebih. Hendak meminta-minta, saya juga segan pada penduduk yang dah membantu.

"Tengok saja anak saya yang kecil ini demam panasnya pun sudah berhari-hari. Nak bawa ke klinik saya tak mampu sebab duit upah yang anak saya dapat setiap malam digunakan untuk membeli keperluan seharian, itupun masih tidak mencukupi juga," katanya.

Mengenai persiapan Aidilfitri, dia yang kesedihan memberitahu baju anak-anaknya sememangnya tidak berganti dan mengharapkan ihsan penduduk setempat yang ikhlas menghulurkan pakaian baru.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8119714.asp

Pusat Judi Internet di Matahari Height Senawang ?

Posted: 29 Aug 2010 07:25 PM PDT


Pemerhatian pada jam 10 pagi Sabtu 28 Ogos 2010 di kedai 8 dan 9 di Taman Matahari Height, Senawang agak mencurigakan. Kedai seolah ditutup, tetapi banyak motosikal di luar. Sekejap-kejap datang pemuda Melayu ada yang bermotosikal, ada yang berkereta masuk kedai. Pada waktu lain kedai ni macam separuh buka, bercermin gelap tertulis internet. Adakah ini pusat perjudian internet ?

Penduduk setempat dan pihak berkuasa tempatan harus lebih peka apa yang berlaku sekeliling mereka. Kalau pusat siber sepatutnya mereka mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan seperti di bawah ini. Penduduk setempat juga harus peka, jangan pekak dan buta, kerana ianya berlaku di lokaliti mereka, mungkin suami dan anak-anak mereka akan terlibat sama , jika benar ini pusat perjudian internet.

Rugi teramat rugi kalau orang Islam bukan sahaja mensia-siakan Ramadan tetapi menambah dosa.

Kalau ianya Pusat Siber , pastikan mereka ikut garis panduan seperti di bawah.

Ingat penduduk setempat harus peka. Polis dan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban dan Jabatan Agama tidak mempunyai cukup anggota dan kelengkapan. Bantulah mereka mencegah maksiat dan jenayah.

GARISPANDUAN PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

1. Pengusaha Pusat Siber dan Kafe Siber adalah bertanggungjawab untuk memastikan tiada sebarang aktiviti kurang sihat berlaku di Pusat Siber dan Kafe Siber.

2. Pusat Siber dan Kafe Siber hanya dibenarkan beroperasi di dalam premis dengan sistem pencahayaan yang terang dan penggunaan cermin gelap adalah dilarang.

3. Kedudukan komputer bagi melayari internet hendaklah berasingan daripada aktiviti sampingan yang lain dan hendaklah diletakkan dalam ruang terbuka iaitu tidak berbilik dan tidak berpintu.

4. Masa operasi bagi Pusat Siber dan Kafe Siber adalah sehingga jam 1.00 pagi bagi hari biasa dan pada hari cuti umum/ awam.

5. Bagi pengunjung yang berumur di bawah 18 tahun adalah dibenarkan mengunjungi Pusat Siber dan Kafe Siber sehingga jam 6.00 petang sahaja.

6. Pelajar yang berpakaian seragam sekolah adalah dilarang memasuki Pusat Siber dan Kafe Siber.

7. Permohonan Pusat Siber dan Kafe Siber hanya dibenarkan beroperasi di bawah dan aras satu sahaja jika bangunan yang digunakan melebihi satu tingkat.

8. Pekerja rakyat asing adalah tidak dibenarkan bekerja di Pusat Siber dan Kafe Siber.

9. Pusat Siber dan Kafe Siber tidak dibenarkan beroperasi berhampiran kawasan sensitif seperti masjid dan lain-lain kawasan yang dirasakan tidak wajar oleh Pihak Berkuasa Melesen (PBM).

10. Aktiviti utama ataupun core business Pusat Siber dan Kafe Siber adalah dihadkan kepada penyebaran maklumat internet sahaja. Kegiatan-kegiatan lain adalah tidak dibenarkan sama sekali, khususnya hiburan, seperti berikut :
a. Permainan video;
b. Perjudian;
c. Gambar lucah;
d. Muzik (pipe music);
e. Jualan bahan-bahan cetak khususnya yang berunsur negatif; dan
f. Lain-lain aktiviti yang berbentuk hiburan.

11. Pengusaha Pusat Siber dan Kafe Siber hendaklah menyediakan buku rekod kemasukan pelanggan untuk tujuan semakan oleh Pihak Berkuasa pada bila-bila masa. Butiran maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
a. Nama pengguna;
b. Nombor kad pengenalan;
c. Umur; dan
d. Masa penggunaan ( mula dan tamat).

Sumber : http://ocps.mpsj.gov.my/cms/documentstorage/com.tms.cms.document.Document_bfa1eaec-a020f414-449afc00-ec3b8c45/GARISPANDUAN%20PUSAT%20SIBER%20DAN%20KAFE%20SIBER.pdf

Drama Loji Nuklear Port Dickson ?

Posted: 29 Aug 2010 06:50 PM PDT

Dari Blog http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/drama-sebabak-loji-nuklear-negara.html

DRAMA SEBABAK LOJI NUKLEAR NEGARA

Maka terdengarlah cerita lagi fasal loji nuklear nak dibuat di Tasik Bukit Kepong. Dari mulut kakitangan pejabat Daerah Port Dicson ketika berhenti di koridor pejabat berbual sesama kawannya.

"Kau ingat tak siapa yang janji kata nak wujudkan 5,000 peluang pekerjaan di Port Dickson?" tanya si A yang mengepit fail setebal kulit buaya.

"Aku dengar gak. Masa pilihanraya Bagan Pinang dulu kan?" kawannya si B, bertanya balik.

Balas si A pula. "Itulah tu. Kat sini kalau nak buka peluang kerja sebanyak itu, jadi nelayan ajelah. Mana nak cekau peluang banyak macam tu kalau tak ada industri besar!"

Si B punyalah gatal mulut, menyampuk terus. "Aku dah lama tau dah. Kan dia orang nak buat loji nuklear kat tasik sana tu kan..betullah kalau ada orang tulis dalam blog baru-baru ni. Blog tu pun lambat pick-up,"

Saya tinggalkan terus perbualan itu sebab nak 'window shopping' ke pejabat JPS! Nak belilah mana-mana meja yang dibiarkan kosong tak bertuan. Yalah...masing-masing sibuk cerita fasal duit raya yang Perdana Menteri umumkan. Tentu fikir saya, banyak meja akan kosong, sebab orang akan bersembang fasal raya dan elaun raya yang RM500 itu. Betul juga tekaan saya. Ada dua tiga meja kosong dan saya buat keputusan, tak payah berurusan. Tak ada gunanya nak bertanya pada meja yang tak bertuan!

Tapi Tuhan memang selalu mahu menunjukkan sesuatu kepada hambaNya. Dalam perjalanan ke tempat letak kereta, dua kakitangan JPS sama seperti di pejabat daerah sebelumnya. Mereka berbual di tepi kereta, di sebelah kereta Mercedez mahal yang dihadiahkan oleh abang saya itu.

Satu Malaya nak tahu apa bual mereka? Fasal loji nuklear tasik Bukit Kepong juga! Kata si baju biru lebih kurang begini. "Bos, pening tu! Lunyai dia nak jawab fasal roboh kunci air Bukit Tembok!"

Si baju putih pula sedikit sengal, mungkin kurang faham. "Apsal lak?"

Terus si baju biru jelaskan. "Orang dah bising. Pejabat MB pun dah bising. Bos kena cari jawapan paling baik jelaskan fasal kunci air tu!"

Barulah si sengal kawannya itu reti. "Ohhh..yang kata nak buat nuklear tu!...jawab ajelah. Memang nak buat. Nak sorok apa lagi!"


Si baju biru, rupanya lebih berhati-hati. Dia memperlahankan suara. Mungkin takut saya mendengarnya walaupun dia tak tahu sayalah sebenarnya yang menulis isu itu dalam blog berkenaan!

"Bos kata mana jadi lagi. baru peringkat nak tengok-tengok aje." ujar si baju biru.

Si baju putih pun menoktahkan perbualan dengan berkata. "Ala...jawab ajelah. Memang niat dah ada!" dan mereka pun masuk ke dalam kereta. Saya terpaku, menggosok muka. Dalam hati bertanya. Aku mimpikah?

Kemudian saya semak-semak sikit. Terjumpa pula laporan mengetakan kerajaan pusat ada menyediakan RM25 juta peruntukan bagi kerja mengenalpasti tapak, kajian teknikal asas dan lawatan sambil belajar termasuk kepada pemimpin politik ke negara-negara luar yang telah ada loji nuklear!

Akhirnya malam ini, saya pun tertanya-tanya lagi. Apalah lambat sangat JPS nak jawab pertanyaan banyak orang tentang isu konon Tasik Bukit Kepong antara lokasi dicadangkan untuk tapak loji nukelar negara! Kalau tidak katakan tidak, tidak hamba ternanti-nanti.

Kempen Bantah Saman Ekor kini mudah Melalui Internet

Posted: 29 Aug 2010 05:50 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang menjalankan suatu kempen mendapatkan tandatangan orang ramai bagi membantah saman ekor yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Mereka yang ingin meyokong Kempen Membantah Saman Ekor ini sila layari pautan berikut http://www.petitiononline.com/saman/

Kami merasakan saman ekor yang dilaksanakan sekarang ini bakal membebankan rakyat. Meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkannya sehingga bulan Februari 2011, ia tidak bererti saman ekor telah dihapuskan terus.

Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011.

Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut.

Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan saman ekor, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari.

Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan kerajaan akan sedar bahawa rakyat membantah pelaksanaan saman ekor dan seterusnya bakal mengubah keputusan kerajaan untuk meneruskan saman ekor.

Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.

Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

Ratu England, Ratu Norway, Paderi Besar masuk Masjid

Posted: 29 Aug 2010 05:11 PM PDT


Sila baca berita-berita di bawah ini lawatan orang kenamaan seperti Ratu England, Ratu Norway dan Paderi Besar Kristian Pope ke masjid-masjid sekitar Eropah dan Timur Tengah. Pope dengan pakaian rasminya melawat masjid. Ratu England mengenakan tudung kepala, Ratu Norway menanggalkan Mahkotanya dan mengenakan tudung. Sudah sampai masanya JAKIM mengeluarkan panduan untuk orang Islam beramah mesra dengan umat Islam dalam masjid dengan semangat 1Malaysia , 1Bapa iaitu Nabi Adam as.

Agak-agaknya apa doa yang dibaca oleh imam atau khatib apabila orang kenamaan bukan Islam ini datang melawat masjid, melaknat mereka, mengutuk mereka atau mendoakan agar mereka dapat memerintah dengan adil ?

****************

Queen Elizabeth in Mosque, Veiled

IslamOnline.net & Newspapers

"...it would be nice if leaders respected each other's religions like this more often," said one Turkish woman.(Reuters)

CAIRO — A visit by Queen Elizabeth II to one of Turkey's most important mosques, where she took off her shoes, donned a head-cover and listened to verses from the Noble Qur'an made headlines in the British press on Thursday, May 15.
"Queen wears headscarf at Turkish mosque," read the headline of Britain's The Telegraph.

"Her Majesty, who had been wearing a wide-brimmed hat and white shoes, adhered to the Islamic dress code, which requires women to cover their heads and all visitors to remove their footwear, during the visit to the 15th century Green Mosque in the eastern city of Bursa."

The Times ran a story with the similar headline, "Queen dons a headscarf for Mosque visit."

"The Queen made a rare visit to a mosque yesterday, donning a headscarf alongside the wife of Turkey's President."

It noted that the monarch was helped to remove shoes by an assistant at the mosque entrance.

She toured the 15th-century Green Mosque, built while Bursa was still capital of the Ottoman Empire, in the company of Turkish First Lady Hayrünnisa Gül.

They listened as Imam Ayhan Polat recited verses from the Muslim holy book and explored the mosque minarets.

Queen Elizabeth also visited the tomb of Sultan Mohmed, the fifth of 39 sultans who ruled Turkey during the 624-year Ottoman Empire, inside the mosque.

The monarch and her husband Prince Philip, the Duke of Edinburgh, are on a four-day visit to Turkey, her first visit in nearly 37 years.

Message

Queen Elizabeth's visit to the Green Mosque, one of a tiny number she visited during her 55-year reign, was appreciated by many Turks.

"This sends an important message to the world," Nurten Ilgrin, a veiled housewife who travelled to the northwestern city for the visit, told The Times.

"It makes me happy and proud, and it would be nice if leaders respected each other's religions like this more often."

Ironically, women in Turkey have been barred from wearing hijab, a mandatory code of dress in Islam, in public buildings, universities, schools and government buildings since shortly after a 1980 military coup.

Hawkish secularists, including army generals, judges and university rectors, view any emblem of Islam as a threat to secularism.

Gulay Ozdemir, a secretary passing by the Green Mosque with her young daughters, lamented people were not able to interact with the monarch.

"We have not seen the Queen much, which is a shame," she told The Times.

"She is welcome to come around to my house for a coffee any time."

Soon after, the Queen emerged from the mosque and departed for Istanbul, to the sounds of a beautiful call to prayer.

"Turkey is uniquely positioned as a bridge between east and west at a crucial time for the European Union and the world in general," the monarch said a day earlier.

"For us, Turkey is as important now as it has ever been."

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1209357625265&pagename=Zone-English-News/NWELayout

Pope visits Jordan's biggest mosque
By David Willey in Amman


Posted Sat May 9, 2009 8:01pm AEST

Jordan's Queen Rania welcomes Pope Benedict upon his arrival at the royal palace in Amman. ( AFP: Alberto Pizzoli )
On the second day of his trip to the Middle East, Pope Benedict is visiting Jordan's largest mosque.

The move is part of his continuing efforts to mend relations with the Muslim world.

After an early morning visit to Mount Nebo, a pilgrimage site where one of the earliest churches in the Middle East was built commemorating the prophet Moses, the Pope has now turned his attention to mending relations with the Islamic world.

He has has laid the foundation stone of a new Catholic-run university which will be open to both Muslims and Christians.

He is also visiting the gleaming new King Hussein Mosque in the grounds of the royal palace, which was completed only three years ago and is the largest Mosque in the kingdom.

Meanwhile, Jordan's Queen Rania has posted on online social network Twitter about Pope Benedict XVI's first ever visit to an Arab country, as the pontiff kicked off his Holy Land tour.

"Just choppered to airport to receive the Pope. Husband piloting, he got acrobatic to quiet butterflies in stomach... told u he was action man!" the young queen said of her husband, King Abdullah II.

Her office said in a statement that the queen decided to register on Twitter at the address http://twitter.com/QueenRania to mark Pope Benedict's first Middle East pilgrimage.

The King and Queen gave the German pontiff a red carpet welcome at Queen Alia Airport as he began his eight-day pilgrimage, which will on Monday take him to Israel and the Palestinian territories.

http://www.abc.net.au/news/stories/2009/05/09/2565548.htm

Royal mosque visit sparks criticism


Queen Sonja donned a head scarf, opened an exhibit at the Islamic Cultural Center (ICC) and visited its newly opened mosque in Oslo this week. The ICC is ideologically tied to a fundamentalist Islamic organization, and now some politicians and human rights activists are questioning the royal visit.

Queen Sonja traded her crown for a head scarf this week and visited a mosque. PHOTO: Det Kongelige Hoffet

Newspaper Aftenposten reported Thursday that the ICC confirmed that it gets its ideological inspiration from the fundamentalist group Jamaat-e-Islami. The group advocates an Islamic state in Pakistan, among other things, and is widely viewed as an extremist organization.

Laila Bokhari, a researcher at the Norwegian foreign policy institute NUPI, described Japaat-e-Islami as a fundamentalist and conservative movement. The ICC itself has advocated a man's right to have four wives, says Hege Storhaug of Human Rights Service.

"Queen Sonja can hardly have been aware over which ideological platform ICC stands on when she spoke to the gender-divided gathering on Monday," Storhaug told Aftenposten.

Per Sandberg of the Progress Party, which normally defends the royal family, said the queen can of course visit anyone she wants. "But having said that, I would have wished that the queen hadn't legitimized a mosque with radical views," Sandberg told Aftenposten. "She could just as well have visited a mosque with more moderate views." Header
See photos of Queen Sonja at the mosque Palace spokesman Sven Gjeruldsen said the queen visited the ICC and its mosque after having received an invitation to open an exhibit there. "In general, I can say that the royal court doesn't comment on the background or reasons for a royal presence," he said.

Queen Sonja's visit marked the first time a member of the royal family had visited a mosque in Norway. She met with Imam Mehboob ur-Rehman at the ICC and several muslim women, was shown around the mosque and officially opened an exhibit featuring Islamic art and culture.

She also held a brief speech, saying that the exhibit "undoubtedly offers insight into Islamic history, art and culture, and I hope it can help build understanding, tolerance and mutual respect."

The ICC itself claims it works towards "understanding and cooperation among various religions and cultures through dialogue and knowledge."

(Story written May 28, 2009)

http://www.newsinenglish.no/News/mosquevisit.html


Tiada ulasan: