Ahad, 29 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kereta Artis dicuri, jenayah menggila di Malaysia

Posted: 29 Aug 2010 07:58 AM PDT

Artis ni bukan saja kunci kereta, bukan saja guna kunci pendua, malah kunci ketiga, penggera keselamatan, pengawal keselamatan, masih juga kereta kena curi. Jenayah semakin menjadi jadi, penjenayah semakin bermaharaja lela di Malaysia. Malaysia tidak selamat untuk rakyatnya, takut rumah kena pecah masuk, kereta kena curi, ragut, rogol dan macam-macam bala jenayah lagi.

**************
Ilya hilang kereta

Harian Metro 29 Ogos 2010

KUALA LUMPUR: "Sebaik sampai di kawasan meletak kenderaan, saya melihat kereta saya tiada. Selepas puas mencari, saya mengesyaki ia dilarikan atau dicuri penjenayah," kata pelakon drama Kekasihku Seru dan 3 Janda, Raja Ilya Raja Mohamad.

Dia turut kehilangan peralatan penggambaran dan pelbagai jenis persalinan berkualiti tinggi yang disimpan di dalam kereta.

Menurut Ilya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi filem yang mengadakan penggambaran di Teluk Intan, Perak.

"Kereta saya dicuri pada 26 Ogos lalu ketika saya tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi penggambaran ke Teluk Intan.

"Saya meletakkan kereta itu di petak yang dikhaskan kepada saya. Saya juga memastikan kereta itu dikunci rapi, malah turut menggunakan kunci ketiga untuk mengelak ia dicuri.

"Bagaimanapun, apabila ingin menggunakannya keesokan hari selepas pulang daripada penggambaran untuk ke bazar Ramadan, ia sudah tiada," katanya sambil menunjukkan laporan polis yang dibuat berikutan kecurian itu.

Difahamkan, kawasan tempat kediamannya 'terkenal' dengan pelbagai jenis jenayah, terutama yang membabitkan kecurian harta benda.

Pelakon dan pengacara itu berkata, dia terkilan apabila mendapati pengawal keselamatan yang bertugas tidak memantau kawasan kediaman itu dan dengan sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasukinya.

"Setiap penghuni diberi pas kediaman dan jika saya mahu keluar atau memasuki bangunan itu, saya perlu menggunakan pas berkenaan. Yang peliknya, bagaimana orang luar boleh memasuki kediaman itu sesuka hati tanpa mendapat kebenaran pengawal?

"Malah, sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup yang melengkapi bangunan itu langsung tidak berfungsi. Rasanya, ia hanya sebagai syarat," katanya kesal.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ilyahilangkereta/myMA/myArticle

Tiada ulasan: