Khamis, 26 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bekas ADUN kena samun di Seremban, rakyat tak selamat

Posted: 26 Aug 2010 01:09 AM PDT

Nampaknya kes jenayah semakin menjadi-jadi di Malaysia, macam dah tak terkawal lagi dah.

26 Ogos, 2010 15:58 PM
Bekas Adun Disamun

SEREMBAN, 26 Ogos (Bernama) -- Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sejumlah wang tunai milik seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarikan tiga penjenayah dalam kejadian samun berhampiran Taman Dusun Nyiur di sini, pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Mohd Yusoff Awang berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi mangsa yang memandu SUV jenis Nissan X-Trail dikatakan disamun selepas menghantar anaknya ke sebuah sekolah menengah di sekitar Ampangan di sini.

"Sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki tiga lelaki dipercayai berumur sekitar 30-an menghalang kenderaan mangsa di lokasi kejadian.

"Dua suspek kemudian meluru keluar ke arah kenderaan mangsa, sebelum bekas ADUN itu dilarikan bersama kenderaannya menuju ke arah Kuala Pilah," kata Mohd Yusoff ketika mengesahkan kejadian itu di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa dicampak keluar dari kenderaan di satu lokasi sekitar Paroi dan semua penjenayah terbabit dipercayai meneruskan perjalanan menghala ke Kuala Pilah.

Selain SUV berkenaan, ketiga-tiga suspek turut melarikan wang tunai dianggarkan RM6,000 dan dokumen pengenalan diri milik mangsa.

Katanya pihak polis telah melancarkan gerakan memburu tiga penjenayah berkenaan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=524154

Adakah negara asing dalang krisis Malaysia Indonesia ?

Posted: 25 Aug 2010 11:25 PM PDT

Adakah pihak ketiga atau negara asing yang mendalangi tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Indonesia ? Tidak mustahilkan. Apakah tidak ada berlaku kes penganiayaan pembantu rumah dan pencerobohan nelayan di negara lain selain Malaysia ? Tidak mustahilkan.

Kenapa perlu provokasi, sedangkan ramai Melayu dari Malaysia yang menjadi rakyat Malaysia sebelum merdeka, sejak berkurun lama berasal dari Indonesia. Perdana Menteri sendiri berdarah Bugis rasanya. Ramai Jawa di Selangor, Minang di Gombak dan seterusnya.

Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus berhati-hati akan setiap provokasi. Akhbar di Malaysia pun ada unsur provokasi, iaitu akhbar berbahasa Inggeris.

Kita di Malaysia dan Indonesia ialah 1UMAT, Umat yang Satu, Umat Islam.

Melayu setakat main mercun je, Iran buat peluru berpandu

Posted: 25 Aug 2010 06:12 PM PDT

Budaya Melayu (bukan budaya Islam) apabila Ramadan kita hebat main mercun, dari yang tadika sampai yang dah berkahwin. Kononnya hebat, gagah, kalau bunyi kuat. Tapi tak ke mana kalau setakat meriam buluh, meriam tanah, mercun bola dan sebagainya. Yang pasti saban tahun ada yang mati, buta, putus jari, pekak, cacat dan macam-macam kecederaan lain.

Sebaliknya di Iran , mereka menghayati semangat perang Badar, di mana pada bulan Ramadan tahun ini Iran begitu banyak memperkenalkan persenjataan canggih yang kebanyakkanya di buat di tanah air mereka sendiri oleh bangsa mereka sendiri.

Antaranya ialah :
Peluru Berpandu Fateh pada 15 Ramadhan
Bot Penyerang Laju Seraj dan Zolfaghar pada 14 Ramadhan
Jet Pengebom Tanpa Pemandu pada 12 Ramadhan
Peluru Berpandu Balistik Qiam pada 10 Ramadhan
Kapal Penggempur Laju pada 1 Ramadhan

Wednesday, August 25, 2010
Improved Fateh ballistic missile test launch
http://uskowioniran.blogspot.com/2010/08/improved-fateh-ballistic-missile-test.html


Tuesday, August 24, 2010
Zolfaghar and Seraj-1 High-Speed Combat Boats
http://uskowioniran.blogspot.com/2010/08/zolfaghar-and-seraj-1-high-speed-combat.html

Sunday, August 22, 2010
Iran unveils the Karrar UCAV
http://uskowioniran.blogspot.com/2010/08/iran-unveils-karrar-ucav.html


Friday, August 20, 2010
Iran test fires new Qiam-1 ballistic missile
http://uskowioniran.blogspot.com/2010/08/iran-test-fires-new-qiam-1-ballistic.html


Wednesday, August 11, 2010
IRGCN launches fast attack craft in Persian Gulf
http://uskowioniran.blogspot.com/2010/08/irgcn-launches-fast-attack-craft-in.html

Nilai N.Sembilan dilanda musibah banjir

Posted: 25 Aug 2010 05:47 PM PDT


Penduduk di Taman Desaria , Nilai , Negeri Sembilan telah dilanda banjir kilat pada 16 Ogos 2010 yang lalu. Menurut laporan blog Desarianilai, banjir kilat ini berpunca dari kelemahan dan kecuaian beberapa pihak. Harap keluhan dan rintihan penduduk di Desaria Nilai ini mendapat perhatian pihak yang berwajib.

*****************************

SUSULAN BANJIR KILAT DI DESARIA
August 25, 2010

Kalau dilihat dari kesan2 lumpur yang ditinggalkan, limpahan air dari Nilai Utama ( kilang) turut masuk ke kolam takungan tersebut. Sepatutnya setiap kawasan pembangunan mempunyai kolam tahanan air sendiri kerana tiada pemaju yang akan menyediakan kolam tahanan air melebihi keperluan kawasan mereka ia melibatkan peng rizaban tanah yang bernilai.

1. Pihak Pemaju Nilai 3 – Gagal menyerahkan kolam tahan air kepada pihak JPS dan gagal menyelenggara kolam tahananan sehingga menyebabkan air hujan melimpah keluar.

2. Pihak pemaju Nilai Utama- Gagal atau tidak menyediakan kolam tahanan air yang sempurna dan gagal menyediakan perangkap lumpur dari kawasan pembinaan mereka. serta secara tidak sah mengalirkan air dari kawasan mereka ke saliran yang tidak sepatutnya.

3. Pihak MPN – gagal memantau dan menjalankan kerja2 pembersihan longkang di sepanjang Jalan Desaria 3 bagi membolehkan air dari sekitar jalan 1,2 dan 3 masuk ke kolam takungan Desaria ( aggravete the situation) serta gagal memantau kerja2 di Nilai Utama samada mereka mematuhi pelan2 yang diluluskan atau tidak.

4. Pihak JPS – kegagalan memastikan Pemaju Nilai 3 menyerahkan kolam tahanan air kepada mereka.

http://desarianilai.wordpress.com/2010/08/25/susulan-banjir-kilat-di-desaria/

BANJIR KILAT DI DESARIA
August 17, 2010

Sebahagian dari Jalan desaria 1 di landa banjir kilat kira2 jam 7.30 malam tadi apabila air dari Kolam takungan melimpah keluar . Lebih 11 buah rumah terlibat dan kebanyakannya mengalami kerosakan perabut dan perkakas elektrik akibat limpahan air secara tiba2 . Air dikatakan naik setinggi 1 1/2 kaki.

Terdapat juga kereta2 yang rosak di tenggelami air tersebut.

Nampaknya pihak MPN dan JPS perlu memberi perhatian serius terhadap kolam tahanan air dari kawasan Nilai 3 tersebut kerana laluan air yang tidak di selia dengann sempurnan akan mengakibatkan kejadian seperti ini berulang lagi.

http://desarianilai.wordpress.com/2010/08/17/banjir-kilat-di-desaria/

Jenayah menjadi gila di Seremban

Posted: 25 Aug 2010 05:46 PM PDT

Penjenayah lolos LEKAS

Berita Harian 26 Ogos 2010

PAROI: Pembukaan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) mempercepatkan perjalanan antara Kajang dan Seremban, tetapi kepada kira-kira 2,500 penduduk Taman Bukit Margosa di sini, hidup mereka tidak lagi tenang sejak lebuh raya itu dibuka kepada pengguna.

Ini berikutan kejadian jenayah, terutama pecah rumah yang kerap berlaku di taman itu sejak kemudahan LEKAS yang dibina melalui taman itu beroperasi awal bulan ini.

Sebahagian taman perumahan itu terletak di sebelah kiri lebuh raya empat lorong itu, manakala sebahagian lagi di sebelah kanan dengan laluan susur disediakan untuk membolehkan pengguna lebuh raya keluar masuk ke taman itu.

Keadaan ini dipercayai memudahkan penjenayah memasuki taman itu dan selepas melakukan pecah rumah atau mencuri, mereka segera melarikan diri dengan memasuki semula lebuh raya. Kejadian sering berlaku antara tengah malam hingga awal pagi dengan sasaran penjenayah ialah rumah di tepi lebuh raya itu.

Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Margosa, Azizul Rahman Md Yusof, 39, berkata peningkatan kejadian jenayah menyebabkan penduduk bimbang, terutama ketika keluar bekerja kerana ada yang bekerja di Lembah Klang pulang lewat hingga awal pagi.

Beliau mendakwa, sejak awal bulan ini, tidak kurang 12 kes jenayah berlaku dengan kes terbaru kira-kira jam 3 pagi Isnin lalu apabila sebuah kenderaan MPV mewah penduduk nyaris dicuri.

"Mangsa yang berniaga di Kuala Lumpur sedang tidur ketika kejadian dan tidak menyedari pintu pagarnya dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki.
"Mujur kejadian itu disedari anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman ini yang melakukan rondaan mulai tengah malam hingga awal pagi setiap hari," katanya.

Azizul Rahman berkata, sebelum ini beberapa kejadian pecah rumah berlaku di taman itu membabitkan kerugian wang tunai dan barang kemas bernilai antara RM500 hingga RM4,000.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kegiatan itu dilakukan orang luar, termasuk kemungkinan didalangi warga asing.

Sebelum ini, katanya, penjenayah merosakkan atau meloloskan diri melalui pagar taman, tetapi kini mereka lebih mudah bertindak dengan menggunakan laluan susur masuk LEKAS.

"Jadi, KRT terpaksa memperhebatkan aktiviti SRS setiap hari, termasuk sepanjang Ramadan bagi memastikan penjenayah terbabit tidak terus bermaharajalela.

"Setiap malam, seramai 10 anggota SRS meronda sekitar taman ini bagi memastikan kegiatan jenayah dapat dibanteras," katanya.

Sementara itu Setiausaha KRT, Jamuri Abdullah, 39, berkata ramai penduduk taman melahirkan kebimbangan terhadap kejadian jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Katanya, mereka terpaksa lebih berwaspada dengan memastikan ciri keselamatan kediaman masing-masing di tahap terbaik.

"Saya percaya lokasi taman ini yang terletak berhampiran lebuh raya memudahkan penjenayah mengambil kesempatan, tetapi KRT akan terus memainkan peranan demi memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap polis dapat membantu menangani masalah ini dengan mengadakan lebih kerap rondaan di taman ini sebagai langkah mencegah penjenayah, sekali gus mengambil tindakan segera jika mereka memasuki taman ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_PenjenayahlolosLEKAS/Article

Jeti nelayan uzur di Terengganu yang kaya hasil minyak

Posted: 25 Aug 2010 05:46 PM PDT

Berita Harian 26 Ogos 2010 - CHUKAI: Seramai 40 nelayan dari Kampung Tengah di sini, merayu kerajaan menggantikan jeti pendaratan ikan di Sungai Limbong yang berusia lebih 20 tahun kerana lantai kayunya sudah reput.

Tinjauan Edisi Timur ke jeti di Sungai Limbong yang terletak di belakang Pasar Chukai itu mendapati bukan saja lantainya reput, malah tiang dan rasuk kayu itu sudah banyak patah sekali gus seperti jerat menunggu mangsa kerana mungkin runtuh bila-bila masa.

Nelayan Mohd Ramli Muhammad, 56, berkata jeti kayu yang dibina pada pertengahan tahun 80-an itu masih digunakan lebih 40 nelayan dari Kampung Tengah, untuk mendaratkan hasil tangkapan, walaupun sedar ia merbahaya, namun mereka tiada pilihan lain. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Pak Atan, berkata kalangan nelayan di situ sudah tidak mampu menyumbang dana untuk membeli kayu bagi membaiki kerosakan kerana sudah terlalu banyak yang rosak.

"Kami memang ada menukar lantai reput, tapi oleh kerana kawasan jeti ini luas, kami tidak mampu menggantikan semua yang rosak. Lagipun kayu lantai jeti yang terdedah hujan dan panas, tidak tahan lama," katanya.

Rakannya, Tengku Mat Tengku Wook, 44, berkata walaupun belum ada kejadian tidak diingini berlaku, dia berharap kerajaan dapat menggantikan jeti itu dengan jeti konkrit yang lebih kukuh dan selamat digunakan oleh nelayan bot kecil.

"Ketika melalui jeti ini untuk sampai ke bot, kami terpaksa berjalan berhati-hati bagi mengelak tersalah langkah yang boleh menyebabkan kaki terjatuh lubang atau terpijak lantai reput," katanya.
Kahar Sulong, 57, berkata jeti yang sepanjang lebih 50 meter itu bukan saja dijadikan pusat pendaratan ikan oleh nelayan bot kecil, malah dijadikan tempat membuat bubu oleh nelayan yang menggunakan bubu untuk menangkap ikan.

"Keadaan jeti yang terlalu uzur ini dengan lantainya yang reput dan berlubang di sana sini menyukarkan pergerakan kami. Namun apa boleh buat kerana kami tiada pilihan lain lagi. Justeru, saya merayu kepada kerajaan menggantikan jeti kayu ini kepada jeti konkrit," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Jetiuzur/Article

Khairy tinggalkan Umno jika ramai sokong Perkasa

Posted: 25 Aug 2010 04:59 PM PDT

Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan yang beliau akan meninggalkan Umno jika ramai ahli Umno yang menyokong Perkasa menurut laporan akhbar The New Straits Times di bawah ini. Adakah ini merupakan satu ugutan kepada ahli Umno khususnya Pemuda Umno agar jangan menyokong Perkasa ?

***************************

Khairy: Support Perkasa and I leave
2010/08/25

KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin yesterday said he will walk away from Umno if the majority of party members supported Perkasa.
Refuting the claim by Pas Shah Alam member of parliament Khalid Samad that Umno was "hand in glove" as far as Perkasa activities were concerned, Khairy said not everyone in the party supported the Malay rights group.

"If there is a situation that they (Umno) would pick Perkasa over me, I will walk away," he said during a forum on the 10th Malaysia Plan Overview -- "Bridging the political Divide" at a hotel here.


Also participating in the forum organised by the Leaders magazine was Khalid. It was the second time that the MPs participated in a similar forum.

Khairy has spoken up against issues championed by Perkasa led by Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali on a number of occasions.

Khalid, who spoke earlier, had claimed that the government transformation programme would be hindered if extreme groups such as Perkasa was being supported by Umno.

Khairy, who is also Rembau member of parliament, criticised the group, adding that it only served to wedge a divide in the country.

Other topics discussed at the forum include the 10th Malaysia Plan and the National Key Economic Areas.

http://www.nst.com.my/nst/articles/06shu/Article

Tiada ulasan: