Selasa, 24 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Remaja Melayu yang Simbah Cat di Seremban ?

Posted: 23 Aug 2010 11:06 PM PDT

Laporan terkini akhbar The Star menyatakan 4 orang suspek telah ditangkap berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian, Seremban. 4 orang remaja berumur antara 16 ke 18 tahun sebelum itu telah dimarahi oleh AJK Surau kerana bermain mercun berhampiran surau.

YANG MAIN MERCUN BULAN PUASA NI MELAYU KE CINA ? MELAYU KE INDIA ?

AJARAN SESAT MANA YANG AJAR BULAN PUASA KENA MAIN MERCUN ?

JIKA BENAR BERITA INI , YANG MEROSAKKAN , MENGHINA , MENCEMAR MASJID DAN SURAU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI.

KERAJAAN DAN MEDIA HENTIKANLAH ISU PERKAUMAN DAN AGAMA.

CERMIN DIRI SENDIRI, TENGOK BETAPA ROSAKNYA MELAYU SEKARANG !!! BUANG BAYI , BUAT BOM , ZINA , REMPIT , MINUM ARAK , BERJUDI !!!

PAKATAN RAKYAT, JANGAN LAYAN MEDIA KERAJAAN. TUMPUKAN TUGAS MEMULIHKAN MASYRAKAT TERUTAMA ORANG MELAYU YANG MAKIN PARAH.

***********************

Red paint on surau: 4 nabbed appear to have acted on impulse, says CPO (Updated)
By CHITRA NATHAN

Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong: 'This is a serious matter, but as it is believed to be an impulsive act by youngsters, I hope no one takes the opportunity to stir up racial sentiments.'

SEREMBAN: Four people have been detained in connection with the splashing of red paint on a new surau in Taman Pulai Impian, Sikamat, near Seremban.

Negri Sembilan CPO SAC1 Datuk Osman Salleh said Tuesday the four, aged between 16 and 18, were nabbed in the early hours of the morning.

He said that initial investigations revealed that the four had been playing with firecrackers near the surau on Sunday and had been told off.

In retaliation, the four appeared to have decided to splash paint on the surau.

"It appears to have been an act of impulse," he said, adding that they would be remanded for four days to see if there was enough evidence to charge them with defiling a place of worship.

Vandals splashed red paint on the surau and left broken bottles there early Monday.

The surau, which is unfenced, was opened on July 24.

Meanwhile, Deputy Home Minister Datuk Lee Chee Leong, who visited the surau on Tuesday, said that "we are taking this very seriously."

"An incident like this should not have taken place. We will not hesitate to take stern action against any individual or group that threatens the peace of our country."

However, he said, the incident was believed to have been "an impulsive act" by youngsters and hoped that no one would take the opportunity to stir up racial sentiments.

"Investigations are ongoing. I hope the issue is not played up," he said

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/24/nation/20100824112037&sec=nation

Johor : ‘Kami tak tahan’

Posted: 23 Aug 2010 05:29 PM PDT

Berita Harian 24 Ogos 2010

BATU PAHAT: Penduduk beberapa kampung di Jalan Tanjong Laboh-Senggarang di sini, sudah tidak boleh bertahan lagi berikutan terpaksa hidup dalam persekitaran udara yang tercemar setiap hari sejak kewujudan sebuah kilang plastik yang mula beroperasi empat bulan lalu, di kawasan berhampiran mereka.

Beberapa penduduk yang ditemui baru-baru ini mendakwa kilang berkenaan juga tidak mempunyai lesen sah di samping menjalankan operasi pelupusan plastik secara haram serta tidak mengikut prosedur ditetapkan, sehingga mereka terpaksa menanggung derita. Malah, tinjauan Edisi Johor ke kawasan berkenaan mendapati wujud sebuah sekolah rendah kira-kira 300 meter daripada kawasan kilang berkenaan yang sudah tentu menjejaskan tumpuan guru dan murid menelaah pelajaran mereka setiap hari. Sejak kilang berkenaan beroperasi, penduduk di situ terpaksa menghirup udara tercemar yang bertoksik serta beracun akibat aktiviti pelupusan plastik di samping menyebabkan mereka mengalami masalah kulit termasuk kegatalan.

Ketua Kampung Tanjung Labuh, Mohamad Mian, berkata beberapa penduduk di situ terutama yang menetap di Kampung Batu Tujuh, di sini datang bertemunya bagi mengadukan masalah yang mereka hadapi dan beliau melakukan pemeriksaan bagi memastikan kesahihan aduan berkenaan.

"Selepas melakukan beberapa pemantauan bersama penduduk, ternyata dakwaan mereka mengenai masalah pencemaran terutama bau busuk serta bunyi bising dihasilkan dari kilang berkenaan adalah benar dan dialami setiap hari.

"Oleh itu, saya menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya mengumpulkan tandatangan setiap penduduk yang terjejas iaitu berjumlah 160 orang dan menyerahkannya kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya tindakan lanjut dapat diambil" katanya.
Penduduk Kampung Batu Tujuh, Lau Kok Chai, 62, berkata, selain penduduk tertekan dengan pencemaran, kilang terbabit didapati beroperasi 24 jam sehari menyebabkan kualiti hidup penduduk di situ semakin terjejas.

"Sudahlah terpaksa membataskan aktiviti di luar rumah kerana tidak tahan menghirup udara yang tercemar dan beracun itu sedangkan kebanyakan kami adalah petani yang perlu selalu berada di luar rumah, malah kami juga bimbang ia akan menjejaskan tanaman.

"Itu belum dikira lagi bunyi bising yang membuatkan kami tidak tidur lena di sebelah malam berikutan penggunaan mesin pelupusan plastik yang digunakan oleh kilang berkenaan mengeluarkan bunyi yang kuat, " katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Jaffar Hashim turut melakukan tinjauan terhadap aktiviti kilang berkenaan selepas mendapat salinan surat aduan penduduk kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penduduk di situ mahu kilang berkenaan ditutup dan dipindahkan operasinya di kawasan lain kerana kedudukannya hampir dengan kawasan penempatan penduduk, selain didakwa tidak mempunyai lesen.

"MPBP serta JAS sebenarnya sudah membuat lawatan ke kilang berkenaan sebanyak tiga kali dan sudah mengarahkan kilang berkenaan mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk mengurangkan secara maksimum pencemaran bunyi dan bau yang dihasilkannya.

"Saya berharap penduduk mampu bersabar kerana MPBP dan JAS sedang melakukan pemantauan rapi terhadap operasi kilang berkenaan supaya ia mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kekal beroperasi," katanya meminta penduduk kampung sekitar bersabar.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor___8216_Kamitaktahan__8217_/Article

Tiada ulasan: