Jumaat, 20 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rakyat N.Sembilan Bakal Berdepan Bom Jangka ?

Posted: 20 Aug 2010 01:20 AM PDT


Ahli Parlimen Desak JPS Beri Jawapan

Dari Blog YB Dato' Kamarul Bahrin Bin Abbas Ahli Parlimen P132 Telok Kemang dari Pakatan Rakyat (PKR). Beliau merupakan Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan.

Pengumuman yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat bahawa ingin membina sebuah loji nuklear di negara ini pada masa akan datang bagi menampung sumber tenaga yang ada sekarang mendapat reaksi positif walaupun mendapat tentangan dari pemimpin Pakatan di setiap negeri yang serta bantahan daripada rakyat apabila seorang Menteri Besar dari Barisan Nasional (BN) mula melakukan kerja-kerja melobi yang menyatakan kesudian membina loji tersebut di negeri bawah pemerintahannya.

Pendedahan ini mula terbongkar apabila sebuah blog 'Singalautmetro' menjelaskan mengapa Tasik Bukit Kepong yang berdekatan dengan Kampung Bukit Tembok di Port Dickson Negeri Sembilan sengaja dirosakkan oleh Kerajaan Negeri, selain itu juga terdapat beberapa maklumat yang menguatkan lagi kenyataan tersebut bahawa Negeri Sembilan akan menjadi tempat pembinaan loji nuklear pertama dinegara ini.

Laporan blog itu juga memberitahu semakan dan siasatan yang dilakukan berdasarkan maklumat diperolehi adalah amat mengejutkan kerana tasik berkenaan rupanya telah dilobi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dijadikan tapak loji nuklear pertama negara.

Malah, kenyataan yang dipetik daripada Ketua Pengarah Agensi Nuklear, Datuk Dr Daud Mohamad, sebelum ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Mohamad Hassan dalam diam membelakangkan kepentingan penduduk dengan melobi tasik itu sebagai tapak 'bom jangka'. Dalam pada itu beliau Daud juga memberitahu Negeri Sembilan adalah antara negeri yang melobi kepada kerajaan pusat untuk menawarkan tapak bagi pembinaan loji nulear berkenaan.

Blog itu juga mengesahkan Tenaga Nasional Berhad akan dilantik sebagai pihak yang bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan.

Berikutan dari laporan blog tersebut, Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas yang ditemui ketika meninjau kawasan tersebut memberitahu pihaknya tidak dapat memberi pengesahan terhadap dakwaan blog dan pada masa sekarang beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung laporan itu.

Buat masa ini beliau tidak akan membuat apa-apa andaian terhadap dakwaan yang telah dikeluarkan oleh blog terbabit, selain itu juga kita tidak mahu melakukan apa-apa spekulasi yang boleh mendatangkan kemarahan pihak-pihak tertentu.

Apa yang pasti sekarang beliau mahukan jawapan daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) berhubung dengan tindakan mereka merobohkan pintu air di kawasan berkenaan. Bagi saya pintu air ini digunakan untuk mengawal kawasan yang berada di sebelah bawah dari dilanda banjir apabila tibanya musim hujan ataupun ketika hujan lebat.

Kita mahukan jawapan yang jelas dari JPS kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian iaitu meroboh pintu air yang mengawal air dari melanda kawasan-kawasan yang rendah. Dalam keadaan hujan sekarang ini pun beberapa kawasan di sebelah bawah seperti ladang sawit sudah mula dibanjiri oleh air apatah lagi bila tibanya musim hujan nanti pada bulan Disember yang jelas kita tahu musim tengkujuh di negara ini.

Tambahnya lagi segala persoalan mahupun dakwaan seperti di dalam blog itu akan terjawab apabila kita mendapat jawapan dari JPS tujuan sebenar tindakan yang diambil oleh mereka, selain itu tindakan susulan bakal diambil oleh pihaknya bagi memastikan adakah betul atau hanya spekulasi seperti apa yang dikata oleh penulis blog terbabit.

Dato' Kamarul mengambil tindakan melawat kawasan tersebut apabila timbul dakwaan yang mengatakan kawasan itu bakal menjadi tapak kepada loji nuklear pertama di negara ini.

Sementara itu menurut blog itu lagi keistimewaan Tasik Bukit Kepong yang berbentuk kawah kira-kira 15 meter di bawah paras tebing, turut mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer serta mampu menyediakan tapak sekurang-kurangnya 80 hektar seperti disyaratkan.

Malah keseluruhan tasik itu sahaja melebihi 1,000 hektar, menjadi kawasan yang cukup luas bagi tujuan pembinaan loji nuklear. Semua ciri-ciri yang ada inilah yang dikatakan telah menarik minat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib berbanding lokasi lain.

Menerusi semakan dan siasatan juga, memang tidak boleh ditolak bahawa tasik itu sebenarnya adalah antara lima lokasi yang telah dilobi oleh dua kerajaan negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Perak kepada kerajaan persekutuan untuk diuruskan oleh TNB.

Namun kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan. Kehadiran stesen janakuasa itu menepati jarak dan keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina.

Walaupun kerajaan negeri masih berahsia, namun bau 'nuklear' itu seolah-olah semakin terhidu. Ia hampir pasti menjadi kenyataan dengan keadaan tasik yang semakin kering airnya. Sudah tentulah kerajaan negeri mahupun JPS tidak akan meruntuh dan merobohkan sebuah empangan yang sebegitu besar yang dibina sejak merdeka, kalau tiada tujuan besar di sebaliknya.

Bagaimanapun, tindakan Mohamad Hassan yang terlalu berahsia dijangka akan dibalas dengan tindakan luar duga penduduk yang pasti menentang pembinaan loji itu.

Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib pada 2012, pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan satu isu baru di peringkat nasional. Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk menjadi faktor utama kenapa nanti ia akan mendapat tentangan besar-besaran.

Kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 hingga 18,000 MW.

Oleh : Ahli Parlimen Telok Kemang

http://telokkemang.blogspot.com/2010/08/rakyat-negeri-sembilan-bakal-berdepan.html

Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN

Posted: 19 Aug 2010 09:18 PM PDT

Cadangan telah dihantar ke Majlis Latihan Khidmat Negara untuk memperkenalkan Pendidikan Seks kepada pelatih PLKN. Keputusan belum dibuat samada menerima cadangan tersebut. Jika diterima adakah pelatih PLKN akan diajar cara-cara untuk mengelakkan kehamilan luar nikah ? Adakah cadangan ini dari JAKIM , MUFTI atau persatuan yang memperjuangkan hak kebebasan manusia ?

Adakah kondom akan dijual di kem PLKN ?

**************************
Camps to run course on sex education?
New Straits Times 20 August 2010

KUANTAN: The National Service Training Council has not decided whether to introduce sex education in its programmes. National Service Training director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said the council had received a proposal on the matter but no decision had been made.

"This is a policy matter which can be decided only by the council," he said when asked to comment on the rise in the number of baby-dumping cases, especially involving youth.

http://www.nst.com.my/nst/articles/6nstc/Article

Industri Pertahanan Gagal jika Ada Korupsi

Posted: 19 Aug 2010 09:17 PM PDT

JAKARTA - Wakil Presiden Boediono mengingatkan, revitalisasi industri di bidang pertahanan jangan sampai terperangkap dan terjerumus dalam proses serta praktik korupsi, kolusi, dan nepotisme atau KKN.

"Jika ada KKN, apa pun yang dilakukan dalam programnya pasti akan gagal," kata Wapres Boediono saat memberikan pembekalan di hadapan peserta Program Pendidikan Reguler Angkatan (PPRA) XLIV Lembaga Ketahanan Nasional (Lemhannas) di Istana Wapres, Jakarta, Kamis (19/8).

Menurut Wapres, jika hal itu terjadi, program apa pun yang akan dilakukan pasti tidak akan berjalan sehingga yang akan menjadi korban adalah rakyat.

Dalam acara itu hadir Menteri Koordinator Politik Hukum dan Keamanan Djoko Suyanto dan Gubernur Lemhannas Muladi serta 100 peserta PPRA yang berasal dari sejumlah kalangan dan negara.

Di industri pertahanan negara maju, tambah Wapres, saat ini dikenal dengan fenomena atau sindrom military-industrial complex atau semacam persekongkolan kepentingan militer dan industri. "Jadi, apa pun harus bersih dari KKN. Jangan sampai kita masuk dalam situasi dan fenomena persekongkolan kepentingan militer dan industri tersebut," ujarnya.

Boediono menambahkan, dalam industri pertahanan, yang harus disiapkan dan dijalankan adalah memperkuat industri pertahanan, menyeleksi alat pertahanan yang sesuai dengan kebutuhan dan kemampuan, serta harus menyesuaikan diri dengan program soft power atau ideologi dan visi bangsa serta program hard power, seperti teknologi dan industri.

"Catatan saya agar revitalisasi industri pertahanan juga berupaya untuk mewujudkan satu mata rantai dalam mendukung industri pertahanan secara sistematis," kata Wapres.

Korvet Nasional

Dalam pertemuan di Istana Wapres itu juga dilakukan tanya-jawab peserta PPRA dengan Wapres dan Menko Polhukam.

Menjawab pertanyaan peserta PPRA XLIV mengenai nasib program nasional korvet untuk TNI, yaitu pengadaan empat buah korvet—dua akan dibangun di Belanda dan dua lainnya akan dibangun di PT PAL, PT Pindad, dan PT Dirgantara Indonesia—Djoko Suyanto mengaku, program itu berhenti di tengah jalan karena ketidaksiapan BUMN strategis dan bukan dari pihak luar.

"Pada waktu sekitar enam tahun lalu, selain soal dana, manajemennya mungkin kebetulan juga kurang baik di PAL, Pindad, dan Dirgantara Indonesia karena situasi saat itu tengah dilanda krisis," katanya.

Namun, lanjut Djoko, dengan kebijakan baru satu atau dua tahun terakhir ini, program nasional korvet diharapkan bisa berlanjut mengingat kebijakan pendanaan ditetapkan dalam jangka panjang dengan dukungan perbankan nasional. "Saya kira prosesnya akan terus dilanjutkan. Tidak hanya di PAL, Pindad, tetapi juga di Dirgantara Indonesia. Bahkan, bukan cuma korvet, melainkan juga pesawat dan senjata lainnya," kata Djoko.

Sumber : KOMPAS

http://alutsista.blogspot.com/2010/08/industri-pertahanan-gagal-jika-ada.html

Antara Ali Rustam dan Mohamad Hasan UMNO

Posted: 19 Aug 2010 08:33 PM PDT

Ali Rustam ialah Ketua Menteri Melaka, Mohamad Hasan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan. Dua-dua dari UMNO. Tapi Ali Rustam dikatakan lebih berfikiran terbuka. Bandingkan sektor pelancongan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Dalam isu buang bayi Ali Rustam telah meluluskan cadangan remaja kahwin awal, sumbangan kewangan perkahwinan dan asingkan pelajar yang terhamil.

Melaka juga akan mengadakan solat hajat mohon petunjuk pada Allah macamana nak atasi gejala buang bayi. Semoga Melaka akan kembali kepada zaman kesultanan Islam Melaka silam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya.

Dalam isu kebebasan media, Melaka juga seakan tidak menyekat media menyiarkan berita kesusahan rakyat, kemiskinan rakyat dan sebagainya.

Tapi dikhabarkan di Negeri Sembilan, pihak media dan wartawan seakan berhati-hati untuk mengeluarkan berita yang memaparkan kesusahan rakyat.

Kalaulah orang seperti Ali Rustam yang menerajui Negeri Sembilan, kemungkinan besar UMNO akan menang dengan majoriti besar atau landslide victory dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dan kalaulah juga orang seperti Ali Rustam yang menerajui Malaysia, kemungkinan juga UMNO akan menang dengan majoriti besar atau landslide victory dalam pilihanraya umum yang akan datang.

***********************************
Lapan beranak tinggal di stor
Sinar Harian 20 Ogos 2010

MELAKA - Lapan sekeluarga yang dikatakan baru menetap di negeri ini sejak tiga bulan lalu, hanya mampu tinggal di sebuah bilik kecil yang layak dipanggil stor setelah dia gagal mendapatkan sebarang pekerjaan bagi menampung kehidupannya bersama isteri dan enam anak.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8082652.asp

Solat Hajat tangani masalah buang bayi
Sinar Harian 20 Ogos 2010

JASIN – Negeri ini akan mengadakan solat Hajat selepas solat Jumaat hari ini bagi menghindar berlakunya peningkatan gejala sosial dan kes pembuangan bayi daripada terus berleluasa di Melaka.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8082514.asp

Tiada ulasan: