Rabu, 18 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Naib Ketua Cawangan UMNO Mengeluh Tiada Air

Posted: 17 Aug 2010 07:36 PM PDT


Tanggung beban tiada air
Sinar Harian 18 Ogos 2010. TAMAN ANGKASA JAYA, Kuala Pilah , N.Sembilan – Masalah gangguan air di Taman Angkasa Jaya yang semakin meruncing sejak kebelakangan membebankan penduduk taman itu terutama ketika Ramadan. Difahamkan masalah itu sudah berlarutan sejak 25 tahun sehingga menyebabkan penduduk marah dan tidak tahan dengan permasalahan tersebut.

Naib Ketua UMNO cawangan taman berkenaan, Rusli M Shariff, berkata, penduduk sering mengeluh apabila air tiada dan kolah rumah kini kering sejak bekalan air putus beberapa hari lalu.

Menurutnya, beliau dan beberapa penduduk sudah menghubungi pihak berkaitan untuk memaklumkan perkara itu.

"Memang mereka mengambil tindakan menghantar lori tangki untuk menampung kekurangan air di taman ini.

"Namun, sampai bila kami terpaksa menanggung masalah ini yang berlarutan lebih 20 tahun," katanya.

Rusli berkata, lebih mengecewakan, kakitangan berkaitan memberikan alasan bahawa masalah yang dihadapi berpunca kekurangan bekalan air kerana jumlah penduduk meningkat dan tekanan air rendah.

"Saya difahamkan, Taman Angkasa Jaya sahaja yang sering mengalami masalah air dan rasa cemburu timbul apabila bertanya kepada penduduk di taman lain yang sentiasa ada bekalan air.

"Pada musim sebegini yang sentiasa berubah, air merupakan sumber penting dalam kehidupan. Jika air berkurangan, maka kehidupan tidak akan selesa," katanya.

Beliau berharap pihak berkaitan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan selarin visi dan misi jabatan berkenaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8073649.asp

Hamper Sumbangan Produk Kohilal Seremban

Posted: 17 Aug 2010 05:57 PM PDT

Kini KOHILAL telah membuka kedai jualan barangan KOHILAL dan juga produk Muslim di Seremban yang beralamat di No. 425 Jalan Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, Seremban

KOHILAL menyediakan hamper yang mengandungi barangan HILAL dan produk Islam untuk disumbangkan oleh individu atau kumpulan kepada yang berhak menerimanya.

Mereka-mereka ini yang akan menyumbang kepada mana-mana pihak bolehlah mendapatkan dari KOHILAL dengan harga yang berpatutan.

Masa untuk menyediakan hamper sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh pengambilan.

Sila hubungi 017-8893004 (Hj. Yahya) atau 013-6904885 (Muhammad Firdaus) untuk tempahan atau pertanyaan

Dibawah saya sertakan dua senarai barangan yang terkandung didalam hamper tersebut:

A. HAMPER YANG BERHARGA RM58.00
1) Sabuh cuci kain
2) Sos cili
3) Sos tomato
4) Kicap
5) Minuman malt
6) Kordial mangga
7) Soya crispy
8) Ubat gigi hilal
9) Chips mil cookies
10) Krim rambut
11) Kurma

B. HAMPER YANG BERHARGA RM38.00
1) Kurma
2) Minuman Malt
3) Kordial mangga
4) chips mail cookies
5) Cili sos
6) Tomato sos
7) Kicap
8) Krim rambut

Iftar Bersama Pimpinan Turun ke Kawasan N.Sembilan

Posted: 17 Aug 2010 05:56 PM PDT

SEREMBAN 13 Ogos 2010 Jumaat , Rumah Hj Mustapha

JELEBU 21 Ogos 2010 Sabtu , Markas PAS Cawangan Geylang

RASAH 22 Ogos 2010 Ahad , di Labu , Ceramah Us Nasarudin Md Isa

KUALA PILAH 28 Ogos 2010 , PASTI Fatimah az-Zahrah, Kg Paya, Renggoh, Johol

TAMPIN 29 Ogos 2010 , Markas PAS Tampin Bandar , Ceramah Mazlan Aliman

TELOK KEMANG 31 Ogos 2010 Selasa , Pusat Tahfiz at-Tohirin , Ceramah Ust Azman Shapawi

JEMPOL 3 Sep 2010 Jumaat , Muassasah Darul Syarif

REMBAU 4 Sep 2010 Sabtu , Teratak Amal , Rembau

Maklumat lanjut hubungi :
Shamsul 019-6532973 SUBPPNS
Us Ghani 012-6761187 Ketua Lajnah Tarbiyyah N.Sembilan
Us Nazri 019-3457690 SU Tarbiyyah N.Sembilan
Us Hassan 019-3597540 Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan

Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?

Posted: 17 Aug 2010 05:13 PM PDT

Kenapa isu buang bayi tiba-tiba dimainkan di dada-dada akhbar dan media elektronik ? Apa selama ni tak ada gejala buang bayi ? Adakah ianya bertujuan untuk menjadikan Pendidikan Seks atau nama lain untuk Pendidikan Reproduktif sebagai sabjek wajib untuk mengajar pelajar macamana nak berzina tanpa berlaku kehamilan ?

Kenapa semua pihak terutama Mufti, JAKIM, Menteri JAKIM, Pengerusi Majlis Agama Islam, Jawatankuasa Fatwa masih membisu dalam perkara Pendidikan Seks di sekolah yang mungkin akan dilaksanakan di seluruh sekolah mulai tahun depan ?

PUTRAJAYA, 4 Ogos 2010 (Bernama) -- KEMENTERIAN PELAJARAN SEDIA MENGKAJI CADANGAN MEMASUKKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) DALAM KURIKULUM SEKOLAH ATAU SEBAGAI MATA PELAJARAN TERAS, KATA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebuah jawatankuasa teknikal terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518803

Juga baca artikel berkaitan di bawah :

Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil
http://amkns.blogspot.com/2010/08/objektif-utama-pendidikan-seks-ialah.html

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-sex-di-sekolah-untuk-kurang.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/jom-ajar-pelajar-kita-berzina-cara.html

Bala Wabak Kencing Tikus di Kem PLKN

Posted: 17 Aug 2010 04:50 PM PDT


Kenapa Banyak Kem PLKN di Malaysia sekarang ini dilanda Bala Wabak Kencing Tikus ? Selamatkan anak-anak tuan-tuan . anak-anak kita dari Bala ini ? Kosmo 18 Ogos 2010 melaporkan 3 kem PLKN di Perak wujud bakteria Kencing Tikus. Juga baca artikel Kencing tikus mungkin serangan Senjata Biologi ? pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/08/kencing-tikus-mungkin-serangan-senjata.html

**************************
Kolam tiga kem PLKN tercemar

Kosmo 18 Ogos 2010

IPOH – Tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak yang menempatkan lebih 1,500 pelatih Kumpulan 3 Siri 7 2010 diarah menghentikan serta-merta semua aktiviti rekreasi air selepas hasil analisis sampel dari kolam-kolam kem berkenaan mendapati wujud bakteria leptospirosis atau kencing tikus.

Tiga kem tersebut ialah Kem Nilam Ehsan di Bidor, Kem Kepimpinan Gemilang, Gopeng dan Kem Desa Rimba di Kuala Kangsar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, arahan itu dikeluarkan selepas ujian Jabatan Kesihatan negeri mendapati sampel air di ketiga-tiga kem telah dicemari bakteria itu.

"Kakitangan jabatan berkenaan telah membuat pemeriksaan ke atas kesemua 12 kem PLKN di Perak dan hasil ujian mendapati tiga kem itu mempunyai bakteria tersebut,'' katanya selepas menghadiri taklimat mengenai penyakit itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Baiki segera pondok bas

Posted: 17 Aug 2010 04:49 PM PDT


Mohd. Firdaus Armasih (depan) bersama rakannya, Misriadi Sanusi menunjukkan pondok bas yang roboh sejak lebih lima bulan lalu di Kampung Semanggar Dalam, Kota Tinggi, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

Utusan Malaysia 18 Ogos 2010

KOTA TINGGI 17 Ogos – Penduduk sekitar Kampung Semanggar dekat sini meminta agar pihak berkaitan segera membaiki sebuah pondok bas yang roboh sejak lebih lima bulan lalu.

Seorang penduduk, Mohd. Firdaus Armasih, 45, berkata, sejak pondok itu roboh ia terus terbiar tanpa sebarang usaha diambil hingga menyusahkan penduduk menunggu bas.

"Kami agak kesal kerana sehingga hari ini tiada tanda-tanda atau usaha membaiki pondok itu dilakukan oleh pihak berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, struktur pondok yang telah roboh itu juga menjejaskan pemandangan dan persepsi orang ramai yang melalui kawasan sini kerana sesetengahnya menganggap kawasan itu seolah-olah terbiar.

"Lebih-lebih lagi, pondok bas tersebut adalah satu-satunya tempat menunggu bas bagi penduduk di sekitar kawasan ini," katanya.

Justeru Mohd. Firdaus berharap, pihak berkenaan dapat menyegerakan pembinaan tempat menunggu bas yang baru untuk keselesaan orang ramai.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_07.htm

Tiada ulasan: