Selasa, 17 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tazkirah Us Syarhan 20 Ogos 2010 Seremban

Posted: 17 Aug 2010 12:47 AM PDT


TAZKIRAH RAMADHAN
Tarikh : 20 Ogos 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas Isya
Tempat : Surau Al-Muttaqin, Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban
Penyampai : Ustaz Syarhan Humaizi bin Abdul Halim , Penyelaras Masjid Daerah Gombak

Semua Dijemput Hadir

Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil

Posted: 16 Aug 2010 05:03 PM PDT

Wahai Umat Islam di Malaysia. Tolong PEKA sikit, JANGAN buat PEKAK. Matlamat utama Pendidikan Seks atau Pendidikan Reproduktif di Malaysia ialah untuk Mencegah Kehamilan Apabila Melakukan Hubungan Seks Dengan Teman Lelaki bukan Untuk Mengelakkan ZINA ! Sila baca kenyataan di bawah dari akhbar The Star 17 Ogos 2010.

"Talking to women who had unwanted pregnancies, (we found) it was never about pornography but BECAUSE THEY WERE UNABLE TO TALK OR COMPROMISE WITH THEIR BOYFRIENDS ABOUT CONTRACEPTIVE USE," she said in an interview yesterday.
( Terjemahan : Masalah kehamilan luar nikah bukan disebabkan oleh pornografi , TETAPI DISEBABKAN REMAJA WANITA TIDAK PANDAI BERKOMPROMI DENGAN TEMAN LELAKI MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN ALAT PENCEGAH KEHAMILAN !!!)

******************************
The Star
Tuesday August 17, 2010

Need for sex education to combat social ills, says council

PETALING JAYA: Sex education should not be treated as a taboo but introduced to combat problems like baby dumping, said Malaysian Council for Child Welfare honorary secretary Ismail Majid.

He said that since many teenagers were badly informed about the issue, such education should not be treated as a taboo.

"They must be made aware of the repercussions of their actions," he told The Star yesterday.

Ismail said that during joint road shows with the Social Welfare Department, the council had always educated young adults on pregnancy, AIDS and other diseases as well as taught them to be responsible.

Women's Aid Organisation executive director Ivy Josiah said there was no correlation between a rise in baby dumping and pornography.

In the organisation's 27-year experience, she said girls with unwanted pregnancies had never spoken about pornography being a factor in their predicament.

"Talking to women who had unwanted pregnancies, (we found) it was never about pornography but because they were unable to talk or compromise with their boyfriends about contraceptive use," she said in an interview yesterday.

Josiah said the organisation disagreed with Federal CID director Datuk Seri Bakri Zinin's statement yesterday that pornography and weakened family ties led to an increase in baby dumping.

However, Josiah agreed that families which were not supportive were part of the cause of baby-dumping.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F17%2Fnation%2F6869674

Keluarga daif di Johor

Posted: 16 Aug 2010 05:02 PM PDT

Berita Harian 17 Ogos 2010

ENDAU: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya sudah tidak tahu lagi ke mana hendak mengadu,"kata seorang ibu yang juga orang kurang upaya (OKU), Iadayati Ahmad, 37, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya sembilan tahun lalu.

Lebih menyayat hati, kejadian pada 2001 di persimpangan Jalan Kota Tinggi-Kulai meragut nyawa suaminya, Md Amin Marsat. Beliau yang koma selama dua tahun enam bulan terlantar di hospital tanpa mengetahui nasib suaminya. Selepas pulih daripada kecederaan, beliau berulang-alik ke mahkamah untuk proses tuntutan insurans beliau dan suaminya.

Katanya, syarikat insurans hanya memberikan pampasan sebanyak RM4,000 dan sebahagiannya digunakan untuk membayar khidmat peguam.

"Dengan RM2,000, apa sangat yang boleh dilakukan, sedangkan kos berulang-alik ke mahkamah lebih daripada itu, " katanya kepada Edisi Johor.

Beliau yang mempunyai dua anak, masing-masing berumur sembilan dan 15 tahun hanya bergantung hidup dengan elaun OKU yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
Kini, beliau berumahtangga dengan Abdul Lani Mohamad, 47, suami barunya yang hanya bekerja sebagai buruh dan masa yang sama menghidap asma.

Katanya, atas ihsan ibu mentua, mereka sekeluarga menumpang berteduh di rumah yang serba daif.

"Saya memohon kepada sesiapa yang boleh membantu supaya kes itu dibuka kembali kerana saya berhak untuk memohon pampasan daripada syarikat insurans berikutan kejadian berkenaan.

"Saya menerima notis daripada peguam supaya menandatangani dokumen untuk menutup kes itu tanpa alasan kukuh, " katanya.

Katanya, beliau pernah meminta khidmat Biro Bantuan Guaman Johor Bahru tetapi diarahkan merujuk perkara berkenaan di ibu pejabat biro di Kuala Lumpur.

Iadayati berkata , baru-baru ini doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit jantung akibat kemalangan sembilan tahun lalu.

"Kini, saya terpaksa berulang-alik ke hospital untuk rawatan sakit jantung dan sedang menunggu tarikh untuk temu janji dengan doktor pakar di Johor Bahru," katanya.

Beliau yang cedera parah dan dimasukkan besi pada kaki dan tempurung lutut yang pernah terkeluar, hanya berdaya membuat kerja ringan.

"Saya berharap ada pihak sudi membantu untuk membuka semula kes berkenaan.

"Sekiranya syarikat insurans membayar pampasan yang sepadan dengan kecederaan yang saya alami dan kematian Allahyarham suami, dapatlah saya membesarkan dua anak yang masih bersekolah," katanya yang tidak mampu bekerja.

Sesiapa yang ingin menghulurkan pertolongan dan mendapatkan penjelasan lanjut boleh menghubungi beliau di alamat Nombor 54, Jalan Masjid, Felda Endau, 86900 Endau, Mersing, Johor atau telefon 017-7656447.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Keluargadaif/Article

Tiada ulasan: