Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Kerajaan Rosakkan Tasik Habitat Buaya di Port Dickson
- Kencing tikus mungkin serangan Senjata Biologi ?
- Polis jangan main sorok nak saman ekor, Berita Harian
- Jeti kayu uzur di Masjid Tanah, Melaka
- Kubah masjid Menanti roboh di Bota , Perak
Kerajaan Rosakkan Tasik Habitat Buaya di Port Dickson Posted: 13 Aug 2010 02:10 AM PDT Dari Blog Singalautmetro Friday, August 13, 2010 KERAJAAN NEGERI ROSAKKAN TASIK BUKIT KEPONG DI PORT DICKSON PORT DICKSON: Penduduk mukim Pasir Panjang, termasuk yang tinggal di Kampung Bukit Tembok, dekat sini mulai mempertikaikan tindakan kerajaan negeri merobohkan empangan lama yang membenteng air dari Tasik Bukit Kepong ke Sungai Raya. Ini kerana tindakan itu telah menyebabkan sebahagian tasik semulajadi berkeluasan lebih 1,000 hektar berkenaan semakin kering dan mengancam habitat ikan serta hidupan burung-burung liar seperti belibis dan helang. MALAH TASIK YANG TURUT MENJADI HABITAT BUAYA TEMBAGA ITU KINI DIBIARKAN TANPA PENYENGGARAAN. Seorang penduduk, Mat Rahim, mendakwa empangan yang dibina sejak zaman merdeka bertujuan mengalirkan air ke kawasan lebih 1,500 hektar sawah padi suatu ketika dulu tidak wajar dirobohkan. Ini kerana katanya, empangan itu berupaya mengelak air Tasik Bukit Kepong mengalir keluar menerusi Sungai Raya sebelum menganjur ke Sungai Linggi dan memasuki Selat Melaka. "Ini satu tindakan silap pihak kerajaan kerana merobohkan empangan. Sudahlah tiada apa-apa projek mahu dilakukan, empangan ini pula dirobohkan. Akibatnya air tasik menjadi kering. Banyak ikan dan hidupan lain mati!" katanya. Mat Rahim memberitahu, tasik semulajadi itu selama ini menjadi bekalan utama air bagi keperluan sawah penduduk tetapi selepas semua tanah sawah di situ dijadikan kebun pisang dan kelapa sawit, tasik berkenaan terbiar sahaja. "Dulu-dulu ada juga dengar nak buat projek pelancongan. Ada juga dibina lebih kurang 10 chalet atau rumah rehat di tepi tasik ini, tapi projek itu terus terbiar dan terbengkalai. Mungkin terbiar lebih 20 tahun dah," tambahnya. Kini, berdasarkan kerja merobohkan empangan dan menimbus kesemua parit konkrit yang dibina kerajaan lebih 30 tahun lalu, penduduk sekitar mulai tertanya-tanya. Ini kerana tiada papan tanda yang jelas menceritakan apa sebenar yang sedang dirancang oleh kerajaan negeri. Seorang pemancing, Johan Mahmud, 60, pula memberitahu tasik semulajadi itu sebelum ini penuh dengan pelbagai jenis ikan yang tidak kedapatan di tempat lain. Katanya, antara jenis ikan itu ialah Ikan Biji Nangka, Kepar, Bujuk, Belida dan pelbagai jenis yang lain. Bagaimanapun, katanya sejak empangan dirobohkan dan air semakin kering kebanyakan ikan itu mati. Malah katanya, kehadiran beribu belibis terbang ketika senja juga sukar dilihat dipercayai berpindah ke habitat lain selepas air tasik itu dikeringkan. "Kerajaan kena buat betul-betul kalau memang ada projek mahu dijalankan di sini. Kalau tidak membazir dan merosakkan alam sekitar sahaja," katanya. Difahamkan, Tasik Bukit Kepong adalah antara tasik semulajadi terbesar di Negeri Sembilan yang mempunyai kesan bersejarah kerana menjadi tempat berkubunya tentera Inggeri dan Jepun satu ketika dulu. Tasik ini bersempadan sehingga Linggi dan penempatan Orang Asli Kampung Bukit Kepong memang sesuai dijadikan kawasan pelancongan. Namun apalah yang boleh diharapakan daripada kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan kerana apa yang dilakukan di situ seperti perbuatan tikus mencuri beras di waktu malam. Samalah juga mengharapkan tikus membaiki labu. Habis jahanam alam sekitar ! Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/kerajaan-negeri-rosakkan-tasik-bukit.html |
Kencing tikus mungkin serangan Senjata Biologi ? Posted: 13 Aug 2010 01:33 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Wabak Melioidosis berpunca dari bakteria disebabkan air dan tanah, sementara Leptospirosis berpunca dari air kencing tikus. Kini tiga negeri dilaporkan ada kes Melioidosis dan Leptospirosis. Melioidosis dan Leptospirosis berkemungkinan boleh digunakan sebagai Senjata Biologi. Pada tahun 1797 dilaporkan Nepolean menggunakan Leptospirosis untuk menjangkiti penduduk Mantua di Itali. Melioidosis telah membunuh 10 orang di Australia tahun ini dan saintis di sana bimbang sekiranya ianya digunakan sebagai senjata biologi. Apakah ada kemungkinan kes Kencing Tikus di Kedah, Pahang dan Sarawak ada kemungkinan sebagai ujian senjata biologi ? Dilaporkan mereka yang menghidap Melioidosis boleh dijangkiti semula setelah sembuh. Adakah Malaysia mempunyai kepakaran, peralatan, perubatan, kawalan untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan senjata biologi ? ******************************** Melioidosis as a Biological Weapons Agent The Center for Disease Control (CDC) classified melioidosis as a Category B biological weapons agent. The United States and Soviet Union biological weapons programs both studied melioidosis as a possible biological weapons agent. Reports suggested that the Egyptian biological weapons program also researched melioidosis as a possible biological weapons agent. http://www.globalsecurity.org/wmd/intro/bio_melioidosis.htm Melioidosis (juga dikenali sebagai penyakit Whitmore atau penyakit pekebun Nightcliff) merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Gram-negatif, Burkholderia pseudomallei, yang terdapat pada tanah dan air. http://ms.wikipedia.org/wiki/Melioidosis Bioterrorism: Historical Prospective Nepolean in 1797, infected citizens of Mantua Italy with leptospirosis or swamp fever.13 http://www.ispub.com/journal/the_internet_journal_of_biological_anthropology/volume_1_number_2_8/article/bioterrorism_historical_prospective.html BIOLOGICAL WARFARE AND ITS CUTANEOUS MANIFESTATIONS Melioidosis has been called the 'Great Imitator' because the disease does not show any specific clinical features except perhaps the presentation of suppurative parotitis in children. http://www.telemedicine.org/biowar/biologic.htm Last Updated: August 13, 2010 Underground bioterror threat in Darwin spooks US scientists A DEADLY terrorist weapon could be buried in the backyards of Darwin's northern suburbs, US scientists fear. Australian and American scientists are now on the verge of a breakthrough in the early diagnosis of the disease which killed 10 people in the Northern Territory in the wet season. A fact sheet compiled by the US Department of Homeland Security lists melioidosis - scientifically known as Burkholderia pseudomallei - as a category B potential bioterror threat. While it is believed melioidosis has never been used in a biological attack, Dr Currie said the category B listing was justified. http://www.heraldsun.com.au/news/breaking-news/underground-bioterror-threat-in-darwin-spooks-us-scientists/story-e6frf7jx-1225881832543 Seorang lagi mangsa melioidosis KUANTAN 6 Ogos – Seorang ahli keluarga mangsa lemas di pusat rekreasi Lubuk Yu, Maran pada 26 Jun lalu meninggal dunia di Hospital Selayang selepas disahkan positif dijangkiti melioidosis semalam. Ini menjadikan jumlah kematian mangsa yang dijangkiti melioidosis dan leptospirosis selepas operasi di pusat rekreasi berkenaan kini lapan orang. Selasa lalu, wabak melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) dan leptospirosis (air kencing tikus) yang dikesan di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Maran diisytiharkan berakhir selepas tidak ada lagi kes baru dilaporkan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm |
Polis jangan main sorok nak saman ekor, Berita Harian Posted: 12 Aug 2010 05:33 PM PDT Pendekatan polis ketika ini bersembunyi di sebalik pokok atau di kawasan terlindung bagi merakam kesalahan memandu perlu diubah jika kita berhasrat mendidik pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya. sepatutnya, ia dilakukan di kawasan terbuka, sekali gus dapat mendidik pemandu supaya mematuhi peraturan ditetapkan, bukannya takut dengan kehadiran pegawai penguat kuasa. **************************** Minda Pengarang: Batal senarai hitam bukan penyelesaian atasi saman tertunggak Berita Harian 13 Ogos 2010 KEPUTUSAN Kabinet menarik balik tindakan menyenaraihitamkan pesalah trafik buat sementara, bermula serta-merta hingga 28 Februari tahun depan, tentunya melegakan mereka yang terbabit. Dengan keputusan itu, pesalah trafik yang mempunyai saman boleh membayarnya sama ada secara penuh atau ansuran dalam tempoh kelonggaran itu. Mereka juga boleh memperbaharui cukai jalan, tanpa dikenakan sekatan. Ramai yang menyifatkan langkah itu menggambarkan keprihatinan kerajaan dalam mendengar rayuan rakyat berhubung kesulitan kewangan yang dihadapi, terutama pada ketika rakyat sedang membuat persiapan menghadapi Ramadan dan musim perayaan tidak lama lagi. Namun, pesalah trafik perlu mengambil peluang dalam tempoh kelonggaran itu menyelesaikan tunggakan saman mereka kerana penarikan itu tidak bermakna saman mereka dihapus kira atau mendapat diskaun terhadap kesalahan yang dilakukan. Penarikan balik tindakan menyenarai hitam pesalah trafik itu tentunya melegakan, apatah lagi sambutan perayaan utama seperti Aidilfitri, Deepavali, Krismas serta Tahun Baru Cina dalam tempoh penangguhan itu. Sebelum mengambil tindakan itu, kita percaya kerajaan sudah menimbang pelbagai rungutan orang ramai dan kesan kepada setiap penganut agama dalam membuat persiapan menyambut hari kebesaran masing-masing. Sebelum ini, polis sudah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009. Daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pengguna lalu lintas melakukan kesalahan dan mengabaikan saman disenaraihitamkan sejak ia dikuatkuasakan pada 15 April lalu. Tidak dinafikan, tindakan saman ekor sedikit sebanyak memberi kesan dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya, terutama di laluan maut yang dikenal pasti. Bagaimanapun, sudah sampai masanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai mekanisme pelaksanaan saman ekor ini supaya ia benar-benar berkesan dalam mendidik pemandu berhemah di jalan raya. SAMAN EKOR TIDAK HARUS DILIHAT SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN KERAJAAN, SEBALIKNYA PERLU DILIHAT SEBAGAI TINDAKAN MENGHUKUM PEMANDU KENDERAAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN LALU LINTAS. TUNGGAKAN SAMAN BERNILAI BERJUTA-JUTA RINGGIT DAN MENINGKATNYA PENGELUARAN NOTIS SAMAN DARI SETAHUN KE SETAHUN MENUNJUKKAN ADA KELEMAHAN DALAM PROGRAM MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA (MKJR) MENDIDIK PEMANDU DI NEGARA INI. PENDEKATAN POLIS KETIKA INI BERSEMBUNYI DI SEBALIK POKOK ATAU DI KAWASAN TERLINDUNG BAGI MERAKAM KESALAHAN MEMANDU PERLU DIUBAH JIKA KITA BERHASRAT MENDIDIK PEMANDU SUPAYA MEMATUHI PERATURAN JALAN RAYA. SEPATUTNYA, IA DILAKUKAN DI KAWASAN TERBUKA, SEKALI GUS DAPAT MENDIDIK PEMANDU SUPAYA MEMATUHI PERATURAN DITETAPKAN, BUKANNYA TAKUT DENGAN KEHADIRAN PEGAWAI PENGUAT KUASA. Langkah sebegini sudah lama diamalkan di negara maju dan ia didapati berkesan mendidik pemandu mematuhi peraturan lalu lintas. Yang pasti, pemandu kenderaan di luar negara, terutama di Barat dan Jepun begitu mematuhi undang-undang jalan raya walaupun tanpa kehadiran polis, berbanding di negara ini yang mana rakyatnya mematuhi undang-undang jika melihat adanya polis. Jika budaya menghormati undang-undang dapat dipupuk sejak di bangku sekolah lagi, kita percaya tidak timbul lagi soal tunggakan bayaran saman ekor pada masa depan, selain berkurangnya kemalangan jalan raya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Batalsenaraihitambukanpenyelesaianatasisamantertunggak/Article |
Jeti kayu uzur di Masjid Tanah, Melaka Posted: 12 Aug 2010 05:33 PM PDT Berita Harian 13 Ogos 2010 MASJID TANAH: Pangkalan jeti nelayan di Kampung Ramuan China Kecil, Lubok China, dekat sini, yang digunakan oleh nelayan di situ sejak hampir sedekad lalu, kini hanya menunggu masa untuk rebah ke bumi. Ibarat pepatah, hidup segan mati tak mahu. Sehubungan itu, kira-kira 30 penduduk di sini yang mencari rezeki sebagai nelayan berharap pihak berkuasa dapat membantu memperbaiki kemudahan berkenaan. Ketika ini, mereka mendakwa tidak punya pilihan dan terpaksa terus menggunakan kemudahan itu untuk menjalankan aktiviti harian tanpa mempedulikan sama sekali bahaya yang menanti. Tinjauan Berita Harian mendapati kemudahan itu seperti sebuah pondok buruk yang lama ditinggalkan. Seorang nelayan di situ, Zainal Md Ali, 59, yang sudah 25 tahun bergelar nelayan berkata, jeti kayu itu dibina menggunakan wang mereka sendiri secara berkongsi selepas tidak mendapat bantuan mana-mana pihak. Sambil melahirkan rasa kesal dan sedih dengan nasib menimpa mereka, beliau berkata, nelayan di tempat lain di kawasan Parlimen Masjid Tanah sudah mendapat pembelaan menerusi pembinaan jeti baru. Bila melihat kembali kemudahan ini, kadang-kadang kami rasa seperti dipinggirkan daripada menikmati pembangunan yang dibawa kerajaan termasuk untuk nelayan luar bandar seperti kami. Tak bolehkah wakil atau agensi kerajaan berkaitan datang melihat sendiri kesukaran yang dihadapi. Pangkalan jeti yang kami gunakan setiap hari untuk mencari rezeki sekarang hanya menunggu masa roboh, katanya. Zainal berkata, nelayan di situ menggunakan kemudahan daif itu bagi meletakkan sampan dan peralatan menangkap ikan seperti jaring serta pukat. Sebelum ini ada sebuah bangunan dibina tidak jauh dari sini, kononnya bagi menggantikan bangsal jeti sedia ada tapi sampai sekarang tidak ada perkhabaran mengenainya. Saya difahamkan ia dibina dengan kos RM45,000. Benar atau tidak, itu kena tanya pihak berkuasa terbabitlah, katanya. Seorang lagi nelayan sungai, Derani Silong, 79, ketika ditemui berkata, pangkalan jeti berkenaan tidak lagi mampu menampung keperluan bagi tempoh jangka panjang jika terus aktif digunakan seperti sekarang. Katanya, lazimnya nelayan yang tiba di situ selepas balik dari menangkap ikan akan terus memunggah perolehan mereka tanpa menunggu lama di situ berikutan keadaannya yang sudah uzur itu. Saya bimbang juga hendak berdiri lama di atas jeti ini. Saya perhatikan lantainya pun sudah semakin mereput dan ada yang patah. Kadang-kadang ketika menaikkan ikan dari bot ke darat pun susah juga bila air surut, katanya Derani berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengemukakan cadangan bagi menggantikan kemudahan itu tapi sehingga sekarang tidak menerima maklum balas. Kalau kami hendak membina sendiri memang tak mampu, sebab itu kami memohon. Kami dengar peruntukan untuk nelayan seperti kami ada disediakan tapi tak tahu ke mana perginya. Kalau ada tentu kemudahan uzur ini sudah dibaiki, katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Jetikayuuzur/Article |
Kubah masjid Menanti roboh di Bota , Perak Posted: 12 Aug 2010 05:33 PM PDT Berita Harian 13 Ogos 2010 BOTA: Menanti masa untuk roboh. Begitulah yang boleh digambarkan keadaan kubah Masjid Fadzullah Telok Kepayang, Bota Kiri, dekat sini yang menanti masa untuk menyembah bumi. Ketua Kampung Teluk Kepayang, Meor Ismail Kamaruddin, 44, berkata masjid berkenaan sudah berusia 66 tahun dan perlu dibina baru berikutan strukturnya yang sudah reput. Selain kubah menanti masa untuk roboh, beliau berkata, bahagian lain rumah ibadat itu juga sudah reput dan kelihatan begitu uzur, selain merbahaya kepada jemaah. Usia masjid ini sudah terlalu tua. Kubahnya seberat 30 tan itu hanya menanti masa untuk roboh. Kami khuatir jika ia menimpa jemaah ketika bersembahyang, katanya ketika ditemui di sini. Beliau berkata, bumbung masjid juga sudah banyak bocor dan menyebabkan lantainya dipenuhi air apabila hujan. Bumbung masjid sudah banyak bocor dan setiap kali hujan pasti akan dipenuhi air. Melihat keadaan masjid ini maka sudah tiba masanya ia dibina baru, demi keselamatan orang ramai ketika menunaikan solat dan aktiviti agama di sini, katanya. Pengerusi masjid itu, Suruju Shaari, 61, berkata rancangan pembinaan masjid itu memang ada kerana ada tanah wakaf disediakan bagi tujuan itu yang terletak bersebelahan masjid sedia ada. Penduduk di sini juga sudah semakin ramai dan sewajarnya dibina masjid baru bagi memenuhi keperluan kariah, katanya. Beliau berkata, kampung terbabit juga memerlukan dewan baru kerana dewan sedia ada sudah tidak dapat memenuhi kapasiti penduduk yang semakin bertambah. Kini kami berkongsi dewan dengan penduduk Kampung Teluk Kepayang Hilir kerana kampung ini sendiri masih tidak mempunyai dewan sendiri. Masalahnya, Kampung Teluk Kepayang Hilir agak jauh dan kerana itu tidak ramai penduduk kampung ini dapat pergi ke sana untuk menyertai majlis atau program tertentu. Jika mempunyai dewan sendiri, kami dapat merancang aktiviti sendiri serta menambah pelbagai aktiviti lain untuk penduduk di sini, katanya. Meor Ismail berkata, pada masa ini jawatankuasa penduduk menyewa sebuah rumah untuk dijadikan Pusat Khidmat Kampung Teluk Kepayang. Kami terpaksa menyewa sebuah rumah untuk dijadikan pusat khidmat itu yang berfungsi sebagai tempat bagi penduduk kampung datang mengadu pelbagai perkara yang memerlukan perhatian kami, katanya. Jika kami mempunyai dewan sendiri lebih mudah untuk kami beroperasi untuk membantu pembangunan penduduk di sini, katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_Menantiroboh/Article |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan