Khamis, 12 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Biar tak ada bekalan air, asal ada Jalur Lebar

Posted: 12 Aug 2010 01:06 AM PDT



Dikhabarkan rancangan Aduan Rakyat TV3 malam tadi menyiarkan masalah penduduk di Jelebu yang masih menggunakan air perigi kerana tiada bekalan air paip. Sedangkan kawasan berhampiran ada bekalan air paip. Mungkin Rais Yatim sibuk dengan Menjalur Lebarkan Jelebu , sebab tu terlepas pandang masalah air di parlimen beliau sendiri.

Atau mungkin Malaysia dah ada teknologi baru, air boleh dibekalkan melalui Jalur Lebar ?

Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri.

Kisah mengenai penduduk Kampung Durian Gasing di Jelebu yang menggunakan air perigi di http://kudaranggi.blogspot.com/2010/08/perbezaan-ketara-antara-dua-buah.html


Artikel berkaitan masalah air di Negeri Sembilan :

Rakyat terseksa masalah air menjelang puasa dan raya
http://amkns.blogspot.com/2010/08/rakyat-terseksa-masalah-air-menjelang.html

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Muhyidin kena ajak ahli PEKIDA bersatu ikut Al Quran

Posted: 11 Aug 2010 10:57 PM PDT

Nampaknya banyak benda perlu dilakukan sebelum ajak Melayu bersatu. Mufti, JAKIM nampaknya mempunyai tugas yang berat dalam proses isu pemutihan PEKIDA dan Tiga Line. Semuanya membabitkan orang Melayu. Sebelum ajak UMNO dan PAS bersatu, perbetulkan kesatuan dalam UMNO, dalam PEKIDA.

Muhyiddin jangan sibuk sangat pasal isu ketuanan Melayu, selesai dulu masalah PEKIDA di Johor ni.

Ceritanya di Blog personaliti TV3 Mazidul Akmal Sidek di
http://mazidulakmal.blogspot.com/?zx=319c26da582b6cdc

Juga kisah ADAKAH PEMUTIHAN PEKIDA SUDAH DILAKSANAKAN ? Di http://bapak-gulagula.blogspot.com/2010/08/adakah-pemutihan-pekida-sudah.html

Saman Ekor, Polis perlu jalani ujian mata

Posted: 11 Aug 2010 08:25 PM PDT

Walaupun kerajaan menangguhkan sementara menyenaraihitam kenderaan yang ada saman ekor daripada memperbaharui cukai jalan , saman ekor tetap kena bayar kalau tak hendak ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Tengok saja kisah dibawah , dahlah kena bayar RM 10 nak dapatkan gambar saman ekor, ternyata no plet kenderaan salah. Ada ke KBV dibaca KBK.

Nasib baik pemuda tadi BELI gambar saman ekor, kalau tak melayang RM 300. Patutnya pemuda tadi saman balik kerajaan dan PDRM kerana mendatangkan kesusahan padanya untuk ambil cuti, bayar RM 10, habis duit minyak , mendatangkan gangguan emosi dan macam-macam lagi lah.

Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang ditubuhkan PAS harus membuat tindakan susulan, iaitu mendesak kerajaan melaksanakan perkara berikut :

1. Polis menyemak semula semua saman ekor agar rekodnya sama dengan JPJ, contoh nombor plet merujuk pada jenis dan no plet yang sama pada gambar saman. Kalau gambar saman ialah kereta tapi rekod JPJ ialah motosikal , maka saman tadi terbatal.

2. Menghantar semua saman kepada pemilik kenderaan melalui pos beserta dengan gambar tanpa bayaran tambahan RM 10.

3. Menyediakan kemudahan mendapatkan gambar saman ekor di semua balai polis tanpa sebarang bayaran.

4. Menyemak semula saman yang dikeluarkan dengan rekod tukar milik kenderaan dengan pihak JPJ, kerana terdapat aduan kenderaan telah ditukar milik dalam rekod JPJ, tetapi saman pemilik lama telah dihantar kepada pemilik baru.

5. Memastikan anggota trafik yang mengeluarkan saman ekor tidak rabun jauh dan rabun dekat.

**********************************

Lagi kes saman ekor tidak betul

SUNGAI PETANI -, 11 Ogos : Akibat tersilap rekod satu huruf, seorang pemuda di sini disenaraihitamkan dari membayar cukai jalan motosikalnya yang baru kerana mempunyai rekod saman berjumlah RM300 ketika dia berurusan di pejabat pos 3 Ogos lalu.

Hassan Hussain, 26, berkata, sejurus selepas dimaklumkan bahawa dia mempunyai rekod saman dan tidak dapat membayar cukai jalan, dia terus ke balai polis trafik di sini, untuk menyemak saman yang dikatakan itu.

Menurutnya, setelah diperiksa, saman itu direkodkan di atas kesalahan had laju melalui motosikalnya jenis Honda EX5, bernombor plat yang dimulakan dengan huruf KBK di Kilometer 49 Jalan Alor Setar- Butterworth pada 22 Ogos 2008.

"Akibat tidak berpuas hati memandangkan saya tidak pernah melalui jalan itupada tarikh berkenaan kerana pada masa itu saya menetap di Alma Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan baru sahaja berpindah ke sini pada 1 Februari 2009, saya membuat laporan polis pada hari itu.

"Sehinggalah hari ini (9 Ogos), saya pergi semula ke balai polis trafik untuk mendapatkan bukti bergambar saman ekor terhadap motosikal saya pada tarikh berkenaan dengan membeli gambar itu dari simpanan trafik dengan harga RM10," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Taman Sejati Indah, kelmarin.

Hassan berkata, dia terkejut kerana motosikal yang dirakamkan dalam gambar terbabit bukan miliknya berdasarkan nombor plat motosikal itu yang dimulakan dengan huruf KBV yang ternyata bukan nombor plat motosikalnya.

Menurutnya, saman RM300 itu kemudiannya dibatalkan secara automatik setelah dia mengesahkan kesalahan pihak trafik merekodkan saman motosikal lain ke atas motosikalnya dengan hanya tersilap merekodkan nombor plat yang sepatutnya KBV dan bukannya KBK.

"Akibat salah satu huruf dari V menjadi K, saya menjadi mangsa keadaan dan nasib baik saya tidak terus membayar saman RM300 itu pada 3 Ogos lalu di atas kesalahan yang dilakukan orang lain.

"Kini walaupun saya dapat membayar cukai jalan namun, saya mahu dedahkannya kepada orang awam sebagai pengajaran dan mahu pihak trafik lebih berhati-hati ketika merekodkan saman agar tidak lagi melakukan kesilapan seperti yang terjadi kepada saya," katanya.

Hassan berkata, dia kini bimbang akan terjadi perkara sama pada masa depan memandangkan motosikal itu dicuri pada 18 Oktober 2008 lalu.

http://paspb2.blogspot.com/2010/08/lagi-kes-saman-ekor-tidak-betul.html

Pasaraya Promosi Arak sempena Ramadhan di N.Sembilan

Posted: 11 Aug 2010 07:52 PM PDT


Pasaraya mana yang kurang ajar sangat ni ? Sonang jo. Jom umat Islam semua , BOIKOT pasaraya ini dan juga rangkaiannya seluruh negara. Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.

Tak mati umat Islam kalau tak pergi pasaraya ni, berlambak lagi kedai lain.

***********************************
Pasar raya tidak peka sensitiviti umat Islam

NILAI, 12 Ogos: Sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai, dekat sini tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa apabila mempromosikan jualan minuman keras dengan sambutan hari raya.

Seorang pengunjung ke pasar raya berkenaan pada malam semalam melahirkan rasa terkejut apabila mendapati pihak pengurusan pasar raya itu meletakkan tanda harga promosi istimewa pada minuman keras (Tiger) dengan menggunakan ayat yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama".

"Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras," ujarnya menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam terutama pada bulan Ramadan dengan mempromosikan 'Tiger beer' dengan mempamerkan tanda harga yang bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger", seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger.

"Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?" soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adakah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka yang lain di Malaysia.

"Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?" tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28097:pasar-raya-tidak-peka-sensitiviti-umat-islam&catid=1:utama&Itemid=50

PAS perlu kempen RUMAH KU, PENJARA KU

Posted: 11 Aug 2010 05:51 PM PDT

Setelah usaha PAS mengenai Isu Saman Ekor menampakkan hasil dengan hari ini kerajaan mengumumkan kenderaan tidak disenaraihitam lagi untuk memperbaharui cukai jalan sehingga 28 Februari 2011. Maka selepas ini PAS perlu pula mengetengahkan isu Jenayah yang semakin serius di negara ini. Desak kerajaan pastikan keselamatan rakyat di seluruh pelusuk negara, bukan di tempat tertentu sahaja.

Desak menteri turun padang tengok sendiri kelemahan kelengkapan polis, anggota peronda yang kurang, kenderaan peronda yang kurang, balai polis yang kurang dan sebagainya.

Lancarkan KEMPEN RUMAH KU, PENJARA KU, kerana rakyat dah rasa tak selamat lagi bukan sahaja di luar rumah , malahan dalam rumah, pasang grill tebal, kunci mangga banyak, alarm system, pengawal, dah macam penjara dah rumah, RUMAH KU , PENJARA KU, bukan lagi RUMAH KU , SYURGA KU

Banyak tempat Skim Rukun Tetangga tak praktikal , kerana ramai yang sekarang ini tiada masa untuk rondaan , kerana kerja lebih masa, kerja part time untuk menampung kos sara hidup yang makin melambung tinggi.

Tengok sahaja laporan akhbar di bawah, dalam masa sehari macam-macam yang dilaporkan. Itu yang dilaporkan, yang ditapis, yang tidak dilaporkan entah berapa banyak lagi.

**************************

Asal logam, semua dicuri
Utusan Malaysia 12 Ogos 2010

HULU SELANGOR 11 Ogos – Ibarat jatuh ditimpa tangga. Mungkin itulah pepatah yang paling sesuai bagi memberi gambaran tentang nasib malang pasangan suami isteri, M. Vanie, 33 dan E. Shankar, 37.

Ini kerana kehidupan yang dilalui mereka pada hari ini jauh lebih teruk daripada apa yang dibayangkan sebelum ini.

Walaupun kadar sewa rumah tiga bilik itu sebanyak RM100 cukup melegakan tetapi ada beberapa perkara yang menimbulkan rasa terkilan pasangan itu.

Dia yang menyewa di pangsapuri Seri Semarak sejak lebih setahun lalu berkata, sudahlah terseksa dengan kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kehidupan mereka juga didakwa diancam bahaya.

Menurut Vanie, keadaan persekitaran pangsapuri yang agak jauh dari jalan besar, tiada kemudahan pengangkutan awam menyebabkan hanya 10 peratus daripada 100 unit pada setiap blok yang didiami.

Selebihnya terbiar kosong menjadikan kawasan pangsapuri itu agak sunyi dan adakalanya menyeramkan.

"Keadaan itu juga menyebabkan pangsapuri ini sering menjadi sasaran individu tertentu yang mencuri apa sahaja yang boleh dijadikan wang seperti besi buruk, logam wayar bumi serta penutup lubang utiliti. Apabila ini berlaku kami di sinilah yang menjadi mangsa,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm

Rabu Ogos 11, 2010
Objek Menyerupai Bom Jangka Ditemui Berdekatan Pasar Raya Di Serdang

KUALA LUMPUR: Satu objek menyerupai bom jangka yang turut disertakan dengan nota amaran berbunyi "you have one hour" ditemui di tempat meletak motosikal sebuah pasar raya di Serdang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan Abd Razak Elias berkata objek itu yang diletakkan dalam sebuah kotak kasut dan dibalut dengan suratkhabar ditemui oleh pihak keselamatan pasar raya itu pada pukul 11 malam.

Beliau berkata 10 anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK)Selangor menggunakan robot khas untuk mengangkat kotak yang mengandungi objek itu ke kawasan lapang berhampiran untuk diperiksa.

Objek itu kemudian dimusnahkan, katanya ketika dihubungi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/8/11/mstar_jenayah/20100811170513&sec=mstar_jenayah

Ogos, 2010 17:39 PM

Mayat Wanita Separuh Bogel Ditemui Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 11 Ogos (Bernama) -- Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di sebuah ladang getah berhampiran Taman Kelisa Ria di sini pagi Rabu.

Mayat yang tidak dikenali itu hanya berbaju T manakala seluar dalamnya terlondeh sehingga paras lutut dengan muka tersembam ke tanah dan tangan kirinya diikat dengan dawai, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali.

Mayat itu yang dipercayai berketurunan Melayu atau Siam berumur awal 20-an dijumpai oleh seorang penoreh getah kira-kira 10 pagi.

"Polis masih menyiasat punca kematian mangsa dan belum boleh memastikan sama ada mangsa telah dirogol, dibunuh di tempat lain atau di tempat mayatnya ditemui," kata Hashim.

S. Shanmugam, 50, yang menemui mayat itu berkata badan mayat ditutup dengan daun semasa ditemui.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mengetahui tentang kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Teh Boon Keong di talian 012-3284837.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=520555

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

unlock iphone 4
how to unlock iphone 4

I believe you've posted in the wrong section, however.. http://en.wikipedia.org/wiki/Retrovirus
unlock iphone 4 how to unlock iphone 4 unlock iphone 4
Alright, today it seems like my mom's computer has a virus attack... so I just try to find a way to fix it, but i can't, why? BECAUSE EVERY SINGLE PROGRAM IS INFECTED. I found it hard to believe that everything could be infected and thought it was just an antivirus plot for us to buy something. We don't have really have an antivirus (Just the standard free scan only that come installed every computer) but a thing that keeps popping up is antivirus live or something along the lines of that. Also, the webpage porno.com or .org or something like keeps popping up. I ran it in safe mode but guess what? It isn't safe, we tried installing an antivirus but after it installed, we couldn't use it, it had been affected as well. Before we ran a sweep with spy sweeper and only cookies showed up. Malware bytes antimalware couldn't find anything either? Another thing to note, you know that one spyware/malware that tries to perform a fake virus scan in your web browser and tries to get you to buy it? That's been popping up too. unlock iphone 4

how to unlock iphone 4 unlock iphone 4 [url=http://theunlockiphone4.com]how to unlock iphone 4 [/url] unlock iphone 4