Rabu, 11 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


BN kekal teraju N.Sembilan PRU13 TAPI majoriti tipis

Posted: 10 Aug 2010 08:49 PM PDT


Bahang Pilihanraya Umum ke 13 semakin terasa , samada tahun 2010, 2011 atau mungkin 2012. Di Negeri Sembilan, BN hampir tumbang semasa pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. Jangkaan awal mendapati Pakatan Rakyat akan menghadapi laluan sukar utk PRU 13.

Sila rujuk artikel sebelum ini , Mohamad Hasan akan terus menerajui Negeri Sembilan dan mejadi Menteri Besar selepas PRU 13 di http://amkns.blogspot.com/2010/07/pakatan-rakyat-sukar-tawan-nsembilan.html

BN mungkin akan menang dengan majoriti yang lebih sedikit dari PRU 12.

Untuk BN menang dengan majoriti yang lebih besar atau landslide majority, BN khususnya UMNO perlu melakukan perubahan dengan menampilkan muka-muka baru.

Sekiranya UMNO menampilkan muka baru sebagai menteri besar, muka baru sebagai EXCO. Muka baru yang berpendidikan agama sebagai EXCO agama, muka baru yang professional, kemungkinan BN dan UMNO akan menang besar di Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu Pakatan Rakyat jangan leka dengan berita yang mengatakan Pakatan Rakyat boleh menawan Negeri Sembilan dalam PRU 13 nanti.

Jangan terkejut jika sekiranya nama-nama seperti YB Dato' Dr Awaludin Said ADUN Kota akan dilantik menjadi Menteri Besar. Jangan terkejut juga ustaz-ustaz akan dilantik sebagai calon UMNO, di mana sebelum ini golongan berpendidikan agama tidak diberi peluang memegang kerusi EXCO.

Tiada ulasan: