Selasa, 10 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Demi Melayu, JOM BOIKOT SURIA KLCC

Posted: 10 Aug 2010 08:10 AM PDT

Nampaknya UMNO, PERKASA, PAS, PKR , PETRONAS, TV3, TV1 dan lain-lain tak berminat hendak membela nasib peniaga Melayu di SURIA KLCC. Hanya satu cara untuk mengajar pihak pengurusan SURIA KLCC dan lain-lain tempat yang menindas peniaga Melayu. Orang Melayu sendiri harus memboikot SURIA KLCC dan lain-lain tempat yang telah menghalau peniaga Melayu.

Kisah peniaga Melayu di SURIA KLCC ditindas pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/08/peniaga-melayu-ditindas-di-suria-klcc.html

SUARA RAKYAT , SUARA KERAMAT !

SELEPAS SAMAN EKOR , KITA BELA PENIAGA MELAYU !

SURIA KLCC HANYA UNTUK PENIAGA BUKAN MELAYU DAN PENGUNJUNG BUKAN MELAYU

Jenayah di Malaysia dah MENGGILA, CULIK

Posted: 10 Aug 2010 03:00 AM PDT

APA NAK JADI ? APA NAK JADI ? APA NAK JADI ? Media sibuk kata Indeks Jenayah Negara Menurun. Depan rumah pun nak diculik. APA NAK JADI ? APA NAK JADI ? APA NAK JADI ?

10 Ogos, 2010 18:08 PM

Tindakan Nekad Ibu Dan Bapa Selamatkan Anak Perempuan Daripada Diculik

MELAKA, 10 Ogos (Bernama) -- Tindakan nekad dan pantas sepasang ibu bapa berjaya menyelamatkan anak perempuan mereka berusia 11 tahun daripada diculik di depan kediaman mereka di Taman Malim Jaya, di sini, awal pagi Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian pukul 6.50 pagi, ibu berusia 40-an dan anak perempuan berada di dalam kereta untuk ke sekolah apabila didatangi oleh sekumpulan empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

"Mereka masuk apabila pintu pagar rumah terbuka dan bertindak memecahkan cermin kereta sementara seorang daripada lelaki itu menarik anak perempuan, yang ketika itu duduk di kerusi penumpang hadapan, ke dalam sebuah kereta Toyota Harrier berwarna hitam yang menunggu di depan rumah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontingen negeri di sini pada Selasa.

Mohd Adnan berkata ibu kepada kanak-kanak itu, yang merupakan seorang petugas kerajaan, bertindak membunyikan hon kereta yang disedari oleh suaminya dan dua anak lelaki mereka berusia belasan tahun, lalu keluar rumah dan memberikan bantuan.

"Berlaku pergelutan antara ahli keluarga itu dengan lelaki berkenaan dan ketika itu anak perempuannya berjaya keluar dari kereta penculik dan masuk ke dalam rumah," katanya.

Keempat-empat lelaki itu melarikan diri setelah menyedari tindakan mereka cuba melarikan budak perempuan itu gagal.

Akibat pergelutan, bapa mangsa, berusia 40-an yang merupakan seorang pengurus sebuah syarikat swasta di Batu Berendam di sini mengalami kecederaan di lutut manakala ibunya luka di bahagian siku ketika terjatuh, kata Mohd Adnan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu cuba melarikan orang daripada jagaan sah dan polis percaya perbuatan itu sudah dirancang berdasarkan waktu kejadian," katanya.

Beliau meminta orang ramai serta jiran yang yang melihat kejadian itu tampil memberikan maklumat.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=520296

Rakyat terseksa masalah air menjelang puasa dan raya

Posted: 10 Aug 2010 01:24 AM PDT

Dari Blog Singalautmetro. BUKAN SEHARI, bukan sebulan. Telah lama sebenarnya penduduk Kampung Taman Sri Gelugor di Kuala Pilah terseksa kerana SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan) tidak ambil peduli masalah yang membelenggu penduduk terbabit. Kini puasa menjelang, masalah bekalan air yang sering terganggu boleh membuatkan penduduk kampung menjadi berang.

Bukan sekali dua aduan. Beribu kali aduan dibuat supaya SAINS faham dan cepat-cepat menyelesaikan masalah air yang sering terganggu ini. Tapi semuanya hampa.

Mahu dikatakan badak yang pekak, semua pengurusan SAINS terdiri daripada manusia yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu sebagai manusia, pengurusan SAINS ada hati dan perasaan. Sudah tentulah juga satu penyelesaian dibuat bagi memastikan masalah ini tidak lagi membebankan penduduk.

Cubalah pengurusan SAINS faham bahawa hampir kesemuanya penduduk di situ adalah mereka yang beragama Islam yang memerlukan air untuk bersolat. Hampir kesemua penduduk mempunyai anak kecil yang masih bersekolah dan memerlukan air untuk membersihkan diri setiap pagi. Bayangkanlah kesusahan ini.

Saudara menteri besar juga haruslah membuka mata melihat masalah mereka dengan hati lapang dan fikiran yang jauh. Tergamakkah pengundi yang mengundi saudara dan puak-puak saudara untuk terus berkuasa dibiarkan mencari telaga dan menunggu lori bekalan air seperti rakyat di negara Afrika?

Bukankah selalu saudara katakan Negeri Sembilan telah berjaya mengatasi masalah air di negeri itu. Saudara juga pernah katakan, selagi BN berkuasa, masalah rakyat akan menjadi perkara paling utama.

Sekarang ini bagaimana pula? Kekerapan berlakunya gangguan air telah membuat penduduk semakin hilang hormat pada janji-janji BN. Saudara bayangkan, ada di antara penduduk di taman itu pulang dari Kuala Lumpur dengan membawa air mineral penuh di bonet kereta. Kerana apa? Kerana terlalu letih berdepan masalah air yang sering terganggu di negeri saudara.

Saya rasa telah tiba masanya saudara menteri besar turun sendiri melihat masalah itu kerana ia tidak hanya melibatkan Taman Sri Gelugor tetapi turut melibatkan penduduk kampung berdekatan. Dan kalau saudara berhasrat untuk melawat eloklah bawakan timba yang banyak supaya mudah penduduk mengisi air dari telaga yang semakin kering!

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/08/menteri-besar-buat-apa-taman-sri.html

Malaysia beli jet pejuang enjin second hand ?

Posted: 09 Aug 2010 07:04 PM PDT



Wartawan isu ketenteraan negara Marhalim Abas yang sebelum ini menimbulkan kontroversi kapal selam negara tidak boleh menyelam, kali ini menimbulkan kontroversi dan tanda tanya apabila mendakwa kemungkiinan Malaysia membeli jet pejuang baru tetapi menggunakan enjin second hand. Enjin second hand ini adalah dari jet pejuang TUDM yang lama yang dibaik pulih atau refurbish.

Apakah ada kemungkinan tersebut ? Jika ini berlaku, tiada negara lain di dunia yang menggunakan rangka jet baru tapi menggunakan enjin lama dakwa artikel tersebut lagi.

Jet pejuang yang dimaksudkan ialah jenis Aermacchi MB-339A yang telah dihantar satu ke Muzium TUDM Sg Besi. Ianya digantikan dengan Aermacchi MB-339CM. Malaysia telah membeli 8 buah jet ini pada harga 88 Juta Euro.

***********************************
First Macchi MB339A at RMAF Museum
Written on August 9, 2010 by Marhalim Abas

SHAH ALAM (Aug 9, 2010): The first of the last remaining batch of the Aermacchi MB-339As was put on display at the RMAF Museum at the Sg Besi Airbase last week. The plane serial number M34-12 is pictured here courtesy of NST journalist Sager Ahmad, who has a long history working with the museum.

Sager reported that the aircraft was transported to the museum on a low-loader with the wing taken out. The appearance of the M34-12 I believed marked the retirement of the As following the delivery of the 8 MB339CM last year. However there is no official confirmation from the RMAF just yet. But since the engines of the As had been taken out to be refurbished before they were fitted on the CMs, the argument is purely academic of course.

Only in Malaysia, so claimed DHEagle to me. He said such thing has never happen anywhere else. No other airforce he claimed would put an old engine into a new plane! How did this thing happened one may asked?

Well the short answer, based on conversations I had with DHEagle and confirmed by other sources, the RMAF had been planning to replace the As since 2000. But due to long negotiations plus an added requirement from the Ministry of Transport – extra landing rights to Malaysia Airlines for Rome – the deal was finally struck in 2006. However, by that time the allocation to purchase the new CMs had been fixed at around RM600. That means RMAF can only purchase 4 new CMs with new engines and eight, if they used the old engines from the As. We all know what happened next.

I was told that RMAF did not pursue the option of refurbishing the As into the CM version as it was expensive as buying new airframes. I am told that the As were retired prematurely as the airframes and engines had still half of their service lives when the deal to purchase the CMs was finalised, which was a pity of course…

The LOI for the 8 CMs was signed at DSA2006 while the contract was signed a few months later. The deal to refurbished the engines of the As (Viper Mk623.43) for the CMs was signed at Lima 2007. All of us (reporters) , including myself, missed out on that small print as we were always looking for bigger, newer things at such functions. Oh well, at least the museum got a new toy for display….

http://www.malaysiandefence.com/?p=1202

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
Wednesday, 26 March 2008
SEJARAH

No 15 Skuadron
di tubuhkan asalnya mengambil perjawatan Pusat latihan Terbang 3 (Pulatibang 3). PULATIBANG 3 talah ditubuhkan dengan kekuatan 12 x pesawat pejuang ringan jenis Aermacchi MB 339A telah diletakkan dibawah tanggungjawab Komandan. Ianya telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun dan berjaya melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang yang ada pada masa ini. Unit ini telah melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang yang ada pada masa ini. Unit ini telah dipindahkan ke Pangkalan TUDM Butterworth pada 15 Dis 93.

http://www.airforce.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=78&Itemid=94

Alenia Telah Kirimkan 8 Jet Latih MB-339CM Ke TUDM
Saturday, December 5, 2009

5 Desember 2009 -- Alenia Aermacchi Italia telah mengirimkan 8 jet latih MB-339CM ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sesuai kontrak senilai 88 juta euro pada akhir 2006.

Dua pesawat pertama diterima TUDM pada Maret 2009, diterbangkan langsung dari Italia oleh pilot Alenia kepala pilot penguji Cdr. Quirino Bucci dan pilot penguji Cdr. Matteo Maurizio.

Sedangkan dua pesawat terakhir juga diterbangkan langsung dari Venegono Italia 28 November.

Versi MB-339CM dibuat berdasarkan versi MB-339CD yang digunakan AU Italia, berkursi tandem dan bermesin tunggal serta dilengkapi peralatan pengisian bahan bakar di udara.

TUDM telah menggunakan versi MB-339A selama 20 tahun.

http://beritahankam.blogspot.com/2009/12/alenia-telah-kirimkan-8-jet-latih-mb.html

Peniaga Melayu ditindas di Suria KLCC, mana Pejuang Melayu

Posted: 09 Aug 2010 05:13 PM PDT

Ni apa cerita ni, peniaga Melayu ditindas lagi di Suria KLCC ni ? Dulu tahun 2007 Restoran Melayu yang termaju di Suria KLCC Kelantan Delight pun tersingkir. Kalau peniaga Melayu di tengah ibu kota, sebelah Menara Berkembar Petronas pun tak terbela, apatah lagi Melayu di Pulau Pinang, Selangor, N.Sembilan, Melaka dan lain-lain tempat.

Kalau nak bela Melayu, nak tunjuk Melayu ditindas, jadi tajuk utama TV3 dan Utusan buatlah untuk semua negeri, jangan tumpu di Pulau Pinang dan Selangor saja, KESIAN Melayu tempat lain.

JANGAN SAMPAI MELAYU MELUAT DENGAN TV3 dan UTUSAN

***************************************

Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang'

Utusan Malaysia 10 Ogos 2010

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?

Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.

Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH

Dengkil

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

MERDEKA ! Lagi kes peniaga Melayu disisih diKLCC

Selamatkan peniaga Melayu. Utusan Malaysia 9 Julai 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi's/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab.

Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun.

Beberapa pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) telah melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pengurusan Suria KLCC.

Hanya dengan campur tangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barulah pengurusan Suria KLCC menarik balik tindakan asalnya.

Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC. Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera.

Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.

Pengusaha bumiputera minta agar pihak berwajib mengambil tindakan munasabah untuk membela kepentingan mereka yang berniaga di situ.

Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.

Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:

"Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).

"Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).

Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk 'menghalau' perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.

Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk kegawatan ekonomi (1998-2001), SARS dan selesema burung (2002-2004) serta persaingan dari restoran-restoran lain, saya masih mampu menjalankan perniagaan yang menguntungkan.

Perniagaan saya mempunyai track record yang baik. Restoran Kelantan Delights mendapat sambutan baik daripada pelanggan tempatan serta luar negara dan antara yang paling sesak setiap bulan Ramadan.

Antara milestones restoran ini adalah menerima jemputan pengurusan Harrods London untuk mengadakan pameran makanan di Harrods London selama seminggu pada 1998 dan dipilih sebagai 'Best Halal Malay Restaurant' bagi tahun 2005-2006 oleh Halal Journal.

Restoran Kelantan Delights juga mendapat liputan dalam media massa tempatan dan asing termasuk Australia, Jepun, Rusia dan Arab Saudi. Terbaru, restoran ini dipilih untuk program pembangunan francais di bawah Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Untuk berniaga di lokasi berprestij seperti Suria KLCC memerlukan keberanian. Namun sewa yang terlampau tinggi atau syarat yang menyesakkan boleh membunuh sesuatu perniagaan.

Sebagai peniaga, saya memahami jika sewa perlu dinaikkan tetapi peningkatan sewa yang begitu mendadak dan tidak munasabah amat membebankan.

Pada waktu ini pun, saya beroperasi sebagai restoran Melayu terakhir di Suria KLCC. Kita bangga dengan ketinggian bangunan ini, tetapi berapa orang yang sedar bahawa dalam bangunan ini hanya tinggal satu sahaja restoran Melayu dalamnya.

Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.

Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.

Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.

Berilah peluang untuk kami terus berniaga di Suria KLCC dengan kadar sewa yang munasabah. Janganlah semangat, perniagaan dan pelaburan kami dimusnahkan dengan sewa yang terlalu tinggi.

Kami tidak mohon bantuan kewangan atau wang ringgit, cuma mohon peluang dan meminta agar kebajikan kami dibela.

Matlamat saya berniaga di Suria KLCC ialah untuk membangunkan jenama restoran Melayu yang kukuh dan berpotensi untuk dibuka di luar negara dan difrancaiskan.

Saya ingin menyahut cabaran pemimpin negara dan tuntutan semasa untuk membuktikan saya boleh berjaya.

Hasrat dan matlamat kami berjihad dalam bidang ekonomi hanya akan berhasil andainya diberi ruang untuk bernafas dan berpeluang untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

– JUHAIDI ABDULLAH,

Kelantan Delights Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0709&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

http://pasns.blogspot.com/2007/07/merdeka-lagi-kes-peniaga-melayu-disisih.html

Tiada ulasan: