Khamis, 5 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Saman ekor, Kase mahu menteri guna kuasa

Posted: 05 Aug 2010 06:34 AM PDT

PUTRAJAYA, 5 Ogos: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mahu Menteri Pengangkutan menggunakan kuasanya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menyekat pembaharuan lesen kenderaan kepada mereka yang disaman ekor.

Selain itu, mereka juga mahu menteri mengarahkan JPJ menarik balik arahan menyenarai hitam selagi mereka yang diberi notis saman tidak dibukti bersalah.

Ini kerana tindakan JPJ itu bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Negara.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana tidak dapat bertemu menteri sendiri dan hanya menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya.

Turut serta pada serahan itu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria, Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27973:saman-ekor-kase-mahu-menteri-guna-kuasa&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Minyak naik harga, keselamatan rakyat makin teruk

Posted: 05 Aug 2010 06:33 AM PDT

Suram, menakutkan dan membahayakan. Itulah yang dialami segelintir peniaga dan pengguna bas ekspres di Stesen Bas Kuala Dungun, di sini, terutama pada waktu malam, apabila kebanyakan mereka sering diganggu orang kurang siuman, selain berdepan ancaman peragut yang sentiasa memerhatikan mangsanya.

*****************
Timur: Suram, seram
Berita Harian 5 Ogos 2010

Pengguna Stesen Bas Kuala Dungun diganggu orang kurang siuman, peragut

DUNGUN: Suram, menakutkan dan membahayakan. Itulah yang dialami segelintir peniaga dan pengguna bas ekspres di Stesen Bas Kuala Dungun, di sini, terutama pada waktu malam, apabila kebanyakan mereka sering diganggu orang kurang siuman, selain berdepan ancaman peragut yang sentiasa memerhatikan mangsanya.

Stesen bas yang baru beroperasi sejak lima bulan lalu di Kuala Dungun diakui sudah dilengkapi kemudahan mencukupi dan selesa untuk orang ramai terutama pengguna pengangkutan awam, namun ketiadaan pondok polis di situ membimbangkan mereka berikutan stesen itu kadangkala sunyi. Tinjauan Edisi Timur di stesen bas berkenaan mendapati, kawasan itu agak sunyi pada waktu senja hingga malam, sebelum ia rancak apabila banyak bas tiba dalam waktu hampir sama untuk mengambil penumpang.

Keadaan itu membimbangkan pengguna yang menunggu ketibaan bas, terutama apabila jumlah penumpang agak sedikit pada hari biasa, berbanding hari minggu yang dipenuhi penumpang, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi berhampiran.

Seorang peniaga runcit, Mohd Fauzi Mamat, 48, berkata, masalah orang kurang siuman yang sering berlegar di kawasan itu menimbulkan rasa takut dan kurang senang peniaga serta pengguna pengangkutan awam.

Malah, katanya orang kurang siuman pernah beberapa kali masuk ke kedainya dan mengganggu serta mengugut anak gadisnya ketika menjaga kedai di siang hari, bagaimanapun mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
"Orang kurang siuman yang berkeliaran menakutkan wanita dan anak gadis di sini. Selain itu, keadaan stesen yang agak sunyi pada waktu tertentu juga mendorong penjenayah seperti meragut untuk melakukan kegiatan jenayah di sini.

"Oleh itu, rasanya tidak salah ditempatkan sebuah pondok polis yang memantau serta mengawal keselamatan kawasan ini," katanya yang mengakui pernah membuat laporan polis mengenai ancaman orang kurang siuman.

Pekerja Am yang mahu dikenali sebagai Pak Ali, 63, berkata, walaupun tidak pernah berlaku sebarang kes jenayah, namun, langkah berjaga-jaga harus diutamakan.

"Dengan adanya pondok polis di sini, ia dapat mengelak berlakunya kes jenayah seperti mencuri serta dalam masa sama menjaga keselamatan pekerja dan pengguna bas ekspres", katanya stesen bas itu hanya sesak ketika tiba musim cuti penggal institusi pengajian tinggi di kawasan itu.

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara Dungun, Nurazwani Ridhuan, 21, berkata, suasana sunyi itu menimbulkan rasa takut terutama apabila bas ekspres lewat daripada masa yang ditetapkan.

"Saya pernah diganggu sekumpulan mat rempit dan diganggu orang kurang siuman yang meminta wang serta memaki hamun dengan perkataan kesat", katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Suram_seram/Article

Terlalu miskin sampai dah runtuh rumah usang

Posted: 05 Aug 2010 06:33 AM PDT

Sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas ditinggalkan suami kira-kira dua tahun lalu, nasib malang terus menimpa Sabariah Jamali, 40, dari Kampung Sungai Midin, Jalan Semariang dekat sini, apabila rumah didiami sejak 16 tahun lalu pula runtuh akibat terlalu usang, minggu lalu.

*******************************
Ditinggal suami, rumah didiami roboh
Berita Harian 5 Ogos 2010

KUCHING: Sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas ditinggalkan suami kira-kira dua tahun lalu, nasib malang terus menimpa Sabariah Jamali, 40, dari Kampung Sungai Midin, Jalan Semariang dekat sini, apabila rumah didiami sejak 16 tahun lalu pula runtuh akibat terlalu usang, minggu lalu.

Berikutan kejadian itu, Sabariah yang juga menghidap penyakit buah pinggang dan dua anaknya kini terpaksa menumpang di rumah jiran. Dua anaknya, Nasri Fazrin Ismail, 17, dan Adib Shazwan, 12, masing-masing akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Nasib malang menimpanya bukan saja menyebabkan beliau buntu memikirkan masa depan anak-anaknya, tetapi pada masa sama perlu mencari wang bagi mendirikan semula rumahnya yang runtuh kerana penyakit dihidapi membataskan beliau untuk melakukan kerja berat. Malah, beliau tidak menerima sebarang bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan sudah menerima bantuan perubatan RM5,000 daripada jabatan itu untuk kos perubatannya sebulan.

Justeru, katanya, sejak ditinggalkan suami dua tahun lalu, beliau terpaksa mencari sayur-sayuran hutan untuk dijadikan lauk dan pada masa sama berterima kasih dengan penduduk kampung yang sudi meringankan beban keluarganya.

"Saya mengharapkan ada pihak yang sudi memberi bantuan kepada kami sekeluarga untuk membina semula rumah ini kerana kami tidak mahu menumpang di rumah jiran buat selamanya. Sekurang-kurangnya dengan rumah baru nanti, akan memberi peluang kepada kami membina semula kehidupan baru.

"Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih dengan jiran kerana sudi menghulurkan bantuan dengan membenarkan kami menumpang di rumahnya," katanya kepada Berita Harian.
Menceritakan kejadian rumahnya runtuh, Sabariah berkata, ia runtuh secara tiba-tiba kerana terlalu usang, bagaimanapun mereka tiga beranak sempat menyelamatkan diri.

"Saya tidak sempat menyelamatkan ubat-ubatan buah pinggang kerana keadaan menjadi kelam kabut ketika itu. Saya tidak menyangka kejadian malang itu akan menimpa kami," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ditinggalsuami_rumahdidiamiroboh/Article

Saman Ekor, apa Menteri dah Pekak, Buta, Bisu ?

Posted: 05 Aug 2010 06:32 AM PDT

BARU-BARU ini dua kawan saya bercerita mengenai saman ekor. Mereka terkejut apabila gagal memperbaharui cukai jalan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dikatakan ada 10 saman ekor berjumlah hampir RM2,100 dan seorang lagi dikatakan ada lima saman ekor kira-kira RM850 yang perlu dibayar sekali gus jika mahu memperbaharui lesen.

**********************************
Pengguna pertikai kesahihan saman ekor
Berita Harian 5 Ogos 2010

BARU-BARU ini dua kawan saya bercerita mengenai saman ekor. Mereka tidak pernah menerima sebarang surat saman seperti prosedur sebelum ini.

Mereka terkejut apabila gagal memperbaharui cukai jalan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dikatakan ada 10 saman ekor berjumlah hampir RM2,100 dan seorang lagi dikatakan ada lima saman ekor kira-kira RM850 yang perlu dibayar sekali gus jika mahu memperbaharui lesen.

Dalam keadaan sukar pada zaman harga barang serba naik ini, mereka terpaksa mengeringkan poket membayar saman kerana kenderaan perlu digunakan setiap hari ke tempat kerja. Saya berharap pihak berkenaan iaitu polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi penjelasan adakah saman ekor sah dari segi undang-undang kerana pengguna tidak dimaklum secara rasmi melakukan suatu kesalahan sebaliknya seperti dipaksa mengaku bersalah dan membayar denda?

Merujuk kes seorang peguam menyaman JPJ di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu beberapa tahun lalu yang dilaporkan secara meluas melalui akhbar; mahkamah memutuskan JPJ tiada bidang kuasa untuk menolak memperbaharui cukai jalan kerana kegagalan membayar saman kesalahan trafik yang dikenakan oleh polis dan JPJ sendiri.

Didapati selepas itu JPJ tidak lagi menahan pembaharuan cukai jalan pesalah trafik, namun melaksanakan semula tidak lama selepas itu.

Ramai yang tidak memahami perundangan isu yang dibangkitkan ini serta tidak mempunyai kewangan selesa untuk melantik peguam bagi mencabarnya di mahkamah, melainkan membayar saman yang tidak pernah dilihat kerana keperluan hidup yang perlu diteruskan.

INSAN SIMPATI,
Jalan Klang Lama,
Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penggunapertikaikesahihansamanekor/Article

Minda Pengarang: Polis perlu permudah semak, bayar saman ekor di setiap balai
Berita Harian 5 Ogos 2010

ISU saman ekor sekali lagi mendapat perhatian kerajaan kelmarin, apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan supaya ia dikaji semula berikutan banyak rungutan diterima daripada orang ramai mengenai kaedah pelaksanaannya. Adalah wajar jika kajian semula itu tidak bermaksud untuk memansuhkan saman ekor, sebaliknya meningkatkan penguatkuasaannya dengan lebih tegas kerana setiap kesalahan perlu dikenakan hukuman setimpal supaya ia memberi pengajaran.

Kita amat bersetuju jika kelemahan pelaksanaan dan penyampaian saman ekor diperbaiki agar ia adil dan tidak dipertikai mana-mana pihak. Oleh itu, apabila ada pemandu merungut mereka tidak bersalah atau teraniaya dengan saman itu, pihak polis perlu menelitinya.

Sesiapa pun tidak boleh menafikan, saman yang dikenakan adalah langkah berkesan untuk mendidik pemandu agar lebih berhemah dan memandu secara selamat. Memandu melebihi had laju, tidak berhemah atau melanggar peraturan lalu lintas menyumbang kepada meningkatnya kemalangan setiap hari.

Saman ekor adalah notis saman dikeluarkan bagi kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui kamera kerana memandu melebihi had laju, tidak mematuhi peraturan meletak kenderaan atau saman polis tanpa menahan pesalahnya.

Antara rungutan berhubung saman ekor ialah dakwaan nombor plat kenderaan mereka dipalsukan pihak lain dan kesalahan dilakukan pemandu lain yang meminjam kenderaan berkenaan. Berdasarkan kelemahan ini, pelaksanaan dan penyampaian saman ekor perlu dikaji semula, dikemas kini dan dipermudahkan jika mahu ia diteruskan.

Pihak polis juga harus mengambil kira bagaimana pemandu boleh mengakses maklumat untuk mengetahui mereka mempunyai saman ekor atau tidak. Mereka yang tiada komputer dan capaian internet, sudah tentu terkejut diberitahu senarai panjang saman ekor yang perlu dijelaskan ketika mahu memperbaharui cukai jalan.

Dari aspek lain, kajian juga harus dilakukan bagi mempermudahkan semakan dan pembayaran saman ekor, termasuk di pondok atau balai polis setempat. Ketika ini, pembayaran saman hanya dibuat di kaunter Ibu Pejabat Polis Daerah dan negeri. Kerajaan juga harus menyelesaikan masalah notis saman tidak diterima pemilik berdaftar kerana tidak menetap di alamat berkenaan atau sudah berpindah. Isu saman ekor timbul semula berikutan tindakan JPJ menyekat pemilik kenderaan yang disenaraihitamkan memperbaharui cukai jalan.

Hakikatnya, menyekat pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan bukan langkah bijak kerana ia akan menimbulkan pelbagai implikasi perundangan. Sewajarnya JPJ atau polis memastikan tindakan ketika ini tidak menyalahi peruntukan undang-undang, sekali gus dapat mengelak kerajaan disaman. Ketika ini sudah timbul dakwaan bahawa JPJ dan polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian, sehingga ia diputuskan di mahkamah.

Walaupun hasrat kerajaan memperkenalkan saman ekor bertujuan mendidik pengguna berhemah di jalan raya dan mengurangkan kes kemalangan, mekanisme penentuan prosedurnya perlu dikemas kini bagi memastikan langkah yang dibuat benar-benar berkesan. Kita percaya pendekatan 'mesra pengguna' jika diamalkan pihak polis akan dapat mengurangkan jumlah saman ekor tertunggak, khususnya memperkenalkan kemudahan bayaran saman di setiap balai polis.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Polisperlupermudahsemak_bayarsamanekordisetiapbalai/Article

Kereta tak bergerak pun kena SAMAN EKOR

Posted: 05 Aug 2010 02:24 AM PDT

He he he. Kereta dalam traffic jam tak bergerak pun dapat Saman Ekor. Tapi bukan di Malaysia tapi di Eropah. Pengguna jalanraya di sana cabar kes ini di mahkamah dan mereka menang. Kamera perangkap laju ada banyak kelemahan, menyebabkan pemandu yang tak bersalah mendapat saman.

Gegaran dari lori atau enjin lori yang lalu berhampiran kamera perangkap laju boleh menyebabkan kamera ini flash, nasiblah kena kereta yang mana dituju, walaupun kereta tadi tak bergerak dalam traffic jam, dapatlah saman ekor.

Ketepatan kamera perangkap laju ini juga boleh dicabar di mahkamah. Kamera ini perlu dikalibrasi atau diuji ketepatan setiap 3 atau 6 bulan. Pihak polis perlu menunjukkan bukti tiket saman yang dikeluarkan merujuk kepada kamera yang mana dan disertakan sijil kalibrasi. Kalau pihak polis tiada bukti kalibrasi dan dikaitkan dengan kamera yang bersiri maka saman akan terbatal.

Sudut tembakan juga memberi kesan kepada ketepatan kamera.

Tindakbalas pada dinding atau simen juga menyebabkan bacaan kamera meningkat dua kali ganda.

AMACAM.
Kamera-kamera perangkap laju di Malaysia ini di kalibrasi setiap berapa bulan ?
Tiket saman boleh kesan balik tak kamera siri nombor mana yang digunakan ?
Gambar boleh tak dikirim bersama dengan notis saman ekor ?
Bila jurutera trafik di Malaysia nak semak ketepatan kamera perangkap laju ni ?

JENG JENG JENG. Rakyat makin celik, nak tahu , apa kelemahan saman ekor dan kelemahan kamera perangkap laju.

RAKYAT DIDAHULUKAN UNTUK BAYAR SAMAN EKOR, PENCAPAIAN KUTIPAN HASIL SAMAN EKOR DIUTAMAKAN

SEMANGAT 1MALAYSIA !

******************************

Speed Camera Problems: Trucks Can Cause Speeding Ticket Errors
WASHINGTON -- Drivers who get speeding tickets in the mail and claim they were not speeding have plenty of evidence that they may be right, according to a recent report that heavy trucks passing speed cameras cause false readings.
http://www.clickpress.com/releases/Detailed/5644005cp.shtml

Each of these radar gun every 3 or 6 months are checked for accuracy. A test will be conducted and the police officer will sign off on the test that it was done properly. This certificate allows the radar results to be used in court otherwise this type of information would be considered hearsay as the officer is not an expert on the workings of a radar gun. These test papers are only viable for a certain time before they expire.
http://c1spublishing.com/tickets/how-to-beat-radar-speeding-ticket-strategies-to-challenge-the-radar-gun.php

How to get booked for speeding in a traffic jam
Motorists who think they are wrongly accused of speeding have been urged to demand photographic evidence after a freak flaw was discovered in traffic cameras.
Vibration from slow-moving and even stationary lorries has caused static roadside Gatso cameras to flash innocent motorists stuck in traffic jams - and record them at speeds of up to 80mph.
http://www.mailonsunday.co.uk/news/article-367951/How-booked-speeding-traffic-jam.html

Some cameras were getting reflections off walls and resulting in the speed being doubled. The ACPO Guide even touches on this: "Objects can act as radio mirrors and reflect signals from moving vehicles outside the area of the coverage. For example, the signal could be reflected around a bend in the road and measure the speed of a vehicle not visible to the radar."

But the biggest problem was the angle that they were set at, a small deviation in the azimuth and direction created a variety of incorrect readings. This is always in favour of the driver however giving a lower speed.

This problem has become a national scandal with both the police and engineers agreeing that there is a massive problem. Cameras have been covered and turned off in some places while they sort out the problem.

There is no official press announcement on this in the UK and its not known what the full effect will be.

The cameras used in the UK are less accurate according to the specifications and this link explains how to check the accuracy of the evidence.

http://www.pepipoo.com/Inaccurate_speed_cameras.htm

Lagi Budak DiCulik, Malaysia tak selamat dah

Posted: 04 Aug 2010 09:14 PM PDT

Lagi kes budak diculik, kali ni di Perak. Malaysia dah tak selamat dah. Polis sibuk diarah tangkap peserta perhimpunan haram, halang ceramah pembangkang, menyorok balik semak untuk saman ekor. Malaysia makin banyak penjenayah, penculik, gila sex, perogol. Anak-anak kita dah tak selamat dah dalam dan luar rumah, dalam van, dalam bas.

*******************
Noratikah ditemui semula 3 jam selepas diculik

Berita Harian 5 Ogos 2010

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Noratikah Muzawir, yang dilarikan penculik dengan kereta Myvi hijau dari Taman Meru 3C jam 8 malam tadi, ditemui kira-kira tiga jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Noratikahditemuisemula3jamselepasdiculik/Article

ADUN PKR Seremban masuk UMNO ?

Posted: 04 Aug 2010 05:46 PM PDT


Menggemparkan ! Itulah angin ribut sepoi-sepoi bahasa yang melanda DUN Ampangan di Seremban. Tapi khabarnya bukan ADUN Ampangan, katanya pembantu pejabat atau mungkin pemandu atau mungkin pembantu peribadi kepada ADUN Ampangan YB Rashid Latiff (PKR) atau lebih dikenali sebagai Cikgu Rashid http://rashidlatiff.blogspot.com/

Dengar cerita namanya Sdr Ahmad Fuad, tak tahu betul ke tidak. Boleh rujuk sini
http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/08/bekas-pa-keluar-parti.html

Kalau benar berita ribut sepoi bahasa pantai buaya Port Dickson ini, apa salahnya. Bolehlah dia menyambung karier sebagai pembantu pejabat atau mungkin pemandu atau mungkin pembantu peribadi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan. Dapat juga duit raya, atau duit untuk bayar saman ekor kalau adalah saman ekor.

Maklum sajalah. ADUN-ADUN Pakatan Rakyat ni pokai-pokai macam cerita berikut
http://amkns.blogspot.com/2010/07/wakil-rakyat-kita-pokai.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?

Posted: 04 Aug 2010 04:44 PM PDT

Nampaknya Pendidikan Sex akan diajar di sekolah-sekolah di Malaysia ini. Tapi dia tak panggil Pendidikan Sex, tukar sikit nama, dipanggil Pendidikan Reproduktif dan Sosial. Sudahkah Mufti, JAKIM, Jawatankuasa Fatwa mengkaji modul Subjek Pendidikan Reproduktif dan Sosial ini ? Jangan lengah, lakukan segera sebelum terlambat.

Adakah salah satu topik Pendidikan Sex di sekolah ialah macamana hendak melakukan hubungan sex tanpa melahirkan anak luar nikah ? Guna kondom, guna pil perancang keluarga, sex ringan-ringan dan sebagainya ?

Tak cukup lagi ke macam-macam bala dah turun di Malaysia ini ? Denggi, H1N1, Chikungunya, Malaria, KENCING TIKUS (Pahang, kini di Kedah) yang susah nak sebut nama saintifiknya dan macam-macam lagi ?

Tak payah sibuk pendidikan Sex lah. Remaja kita di sekolah tak dididik dengan solat wajib 5 waktu tepat pada masanya. Macamana mereka nak tahu dosa dan pahala ? Usahkan sembahyang, mengucap dua kalimah syahadah pun ramai remaja kita yang kantoi.

Pelik bila Ketua Menteri Melaka nak tubuh sekolah pelajar termengandung agar mereka diasingkan dan tidak terlibat dengan dosa membunuh, ramai yang membantah, termasuk segelintir pimpinan PAS peringkat negeri. Bila Ketua Menteri Melaka nak galakkan pelajar yang tak boleh kawal nafsu untuk berkahwin pun ada suara yang membantah.

Tapi bila Pendidikan SEX nak dilaksanakan di sekolah dan diberi nama Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) SEBAGAI MATAPELAJARAN TERAS semua pihak senyap. JAKIM masih sibuk dengan ESQ, Mufti pula sibuk dengan Perpaduan Melayu sedangkan Puteri dan Wanita UMNO tak berpadu dengan Ketua Menteri Melaka juga UMNO isu pelajar kahwin secara halal, PKR sibuk dengan Altantuya, PAS sibuk nak , entahlah.

*******************************
KEMENTERIAN KAJI CADANGAN JADIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF MATA PELAJARAN

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebuah jawatankuasa teknikal terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518803

WABAK KENCING TIKUS: TIGA KAWASAN PERKELAHAN DI KEDAH TUTUP SEMENTARA


ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup untuk sementara bagi mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau kencing tikus yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini.
Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518905

Tiada ulasan: