Selasa, 3 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bekas ADUN Selangor ditembak mati, jenayah menjadi jadi

Posted: 03 Aug 2010 12:10 AM PDT



Nampaknya kes jenayah semakin menjadi-jadi. Rakyat 1Malaysia semakin tak selamat. Yang selamat hanya PM dan VVIP lain yang ramai bodyguard, polis pengiring, escort. Tapi rakyat dibiarkan berhadapan dengan penjenayah, perogol, perompak, peragut. BANGKITLAH RAKYAT, MINTA KERAJAAN TINGKATKAN KESELAMTAN RAKYAT.

BUKAN SIBUK BERPOLITIK, ISU PASIR, KETUANAN MELAYU DAN TANGKAP ORANG BERHIMPUN SECARA AMAN.

JANGAN SAMPAI RAKYAT TERLALU BENCI DAN MELUAT KEPADA PEMIMPIN, KERAJAAN DAN PENGUASA.

*********************************
MStar , Selasa Ogos 3, 2010
Bekas ADUN Permatang Dan Pembantu Wanita Mati Ditembak
PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, mati ditembak ketika sedang memandu.

Kereta yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan. Polis menemui sepucuk pistol berisis peluru di dalam kereta berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira beberapa kilometer daripada hentian rawat dan rehat (R&R) Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan," katanya yang dipetik melalui status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/3/mstar_berita/20100803141841&sec=mstar_berita

Former Selangor assemblyman and female aide shot dead

Abdul Aziz: Former Permatang assemblyman
KUALA LUMPUR: Former Selangor assemblyman, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, and his aide Siti Norazah, 43, were shot in the head while driving at about 10am Tuesday near Sungei Buloh.

The ex-Permatang assembyman's car went out of control and crashed into the highway divider.

Police found a pistol in the car but do not think the duo were shot with it as it was fully loaded.

Selangor Datuk Khalid Abu Bakar confirmed the incident on Facebook.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/3/nation/20100803142434&sec=nation

Suami isteri dah bercerai pun di SAMAN EKOR

Posted: 02 Aug 2010 06:57 PM PDT

Tahniah buat YB Datuk Mahfuz Omar dan seluruh pimpinan PAS atas keprihatinan terhadap masalah saman ekor yang sedang melanda pemilik kenderaan sama ada penyokong PAS, Umno, PKR, DAP dan lain-lain parti yang disenarai hitam oleh pihak polis dan JPJ.

Situasi ini amat membingungkan pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor ini kerana saman ekor ini dibuat atas nama dan nombor kad pengenalan, bukan atas kenderaan.

Contohnya, seseorang yang memiliki dua kenderaan, salah satu mempunyai saman ekor (taraf bintang), maka kedua-dua kenderaan ini tidak dibenarkan memperbaharui roadtax jika saman ekor ini belum dijelaskan.

Contoh sebenar yang berlaku kepada rakan sekerja saya. Pada 2007, beliau membeli dua kenderaan, satu digunakan sendiri dan satu lagi digunakan suaminya. Pada awal Januari 2010, mereka bercerai dan kereta yang digunakan bekas suaminya telah dijual pada Mac 2010.

Pada minggu lepas, apabila beliau hendak memperbaharui roadtax kereta yang beliau gunakan sekarang di pejabat pos, kerani beritahu nama beliau disenaraihitam JPJ. Kemudian apabila dirujuk ke balai polis, alangkah terkejutnya apabila diberitahu ada 9 saman ekor taraf bintang ( RM300 : RM 300x9 = RM 2,700.00 ) yang perlu dibayar segera sebelum dibenarkan memperbaharui kenderaan beliau yang tidak terlibat dng saman ekor. Adilkah hukuman ini?

Saya rasa ramai lagi yang berada dalam situasi seperti ini, kepada siapa nak mengadu? Sudahlah harga barang naik, ditambah lagi masalah sebegini membuatkan kita tertanya-tanya apakah maksud 'rakyat didahulukan'?

Hal ini membuatkan saya semakin memahami kenapa masyarakat semakin memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membela rakyat.

Rakyat biasa

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27921:saman-ekor-tahniah-mahfuz-pas-prihatin&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Saman Ekor, Bom jangka buat BN

Posted: 02 Aug 2010 06:41 PM PDT

Dari Blog Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Hj Mohd Hayati Hj Othman
Bom jangka buat BN
Nampaknya bom jangka yang dipasang sendiri oleh mereka akan meletup bila-bila masa. Lebih 1.5 juta kenderaan telah dilibatkan dengan kes tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan kerana saman ekor. Ada yang mengeluh kepada ana dah 5 tahun peristiwa berlalu, baru sekarang mereka tahu bahawa kereta tersebut terkena saman ekor, padahal mereka dah jual kereta tersebut , bukan lagi milik mereka dan bukan mereka yang pandu, macamana nak bayar padahal mereka membeli kereta itu secara second hand dari orang lain.
Kes macam ini pernah berlaku dan dah dibawa kes tersebut didalam Mahkamah dan diputuskan oleh Mahkamah di Sarawak bahawa pihak JPJ tidak berhak menahan daripada kenderaan tersebut untuk diperbaharui cukai jalan.

Sebenarnya kerajaan akan menghadapi kekurangan hasil cukai jalan sebagai sumber pendapatan negara , bayangkan kalau 1.5 juta kenderaan tak boleh diperbaharui, berapa banyak sebenarnya yang kerajaan rugi hanya semata-mata nak kutip saman walhal ianya hanya satu kesalahan dan melanggar keputusan mahkamah. Kes itu boleh disemak disini.

Disamping itu, kerajaan juga mungkin akan mendedahkan pegawai atau mereka terlibat melakukan satu lagi kesalahan iaitu menggalakkan rasuah sekiranya tidak dapat diperbaharui dan kenderaan itu terpaksa juga berjalan dengan tiada cukai jalan, akhirnya akan bertemu pegawai dan disini berlakulah apa yang diperlakukan melalui bawah meja nanti.

Apa yang menyedihkan, banyak saman ekor ini kena pada jalan yang hanya menghadkan kelajuan 90 km/jam , yakni kalau pandu lebih daripada itu, kena saman ekor dan terpaksa bayar beratus ditambah dengan insuran dan kos road tax itu sendiri, maka sudah pasti ianya cukup membebankan rakyat marhaein sekarang ini, dah lah harga minyak pun dinaikkan baru-baru ini.

Memang kalau kita pergi kebawah, peringkat rakyat kebanyakan, memang perkara ini menjadi salah satu diantara bom jangka yang bakal meletup dalam masa terdekat ini.

Rakyat begitu terdesak dengan kos barangan yang meningkat disaman saman menyaman yang membebankan ini dalam suasana mereka terpaksa menggunakan kenderaan untuk kerja seharian.

Apakah ini dirasai oleh pak Menteri ? Sudah tentu tidak, mereka tak pernah pun tahu berapa harga baranagan runcit seharian kerana semua makanan mereka bahkan alat solek isteri mereka pun rakyat yang subsidikan, bahkan cuti mereka keluar negara pun rakyat yang tolong bayar melalui cukai yang dikenakan.

Diharap prihatinlah dan rationallah kepada rakyat terbanyak.

Ini lah agaknya yang sering dilaung-laung oleh PM 1 Malaysia ni, rakyat didahulukan dalam memerah duit dan mengenakan bebanan.

http://mppendang.blogspot.com/2010/08/bom-jangka-buat-bn.html

Bimbang runtuhan di Melaka

Posted: 02 Aug 2010 05:53 PM PDT

Berita Harian 3 Ogos 2010

Runtuhan dikhuatiri jejas kawasan perniagaan

AYER KEROH: Tebing sebuah longkang yang runtuh berdekatan deretan lot komersial dan kedai Ikan Bakar Malim di Taman Tasek Utama yang dibiar tanpa pembaikan sejak tiga bulan lalu, kini merisaukan golongan peniaga di situ. Tinjauan Berita Harian di kawasan berkenaan selepas menerima aduan orang ramai mendapati, runtuhan tebing longkang itu semakin melebar terutama tebingnya, dipercayai dihakis air susulan hujan lebat sepanjang seminggu lalu. Gelongsoran tanah di kiri kanan longkang itu kini didapati memasuki saliran berkenaan, sekali gus menyekat alirannya daripada memasuki longkang utama hingga memerangkap sejumlah sampah sarap di situ.

Selain itu, terdapat juga berapa runtuhan kecil dikesan di sebatang jalan mati berdekatan dengan kesan retak di permukaan bersambung ke jalan utama dapat dilihat jelas. Runtuhan tebing itu juga didapati merebak ke jalan berdekatan menyebabkan penduduk hidup dalam kebimbangan.

Seorang peniaga, Mokhtar Zamry, 49, mendakwa runtuhan berkenaan jika dibiarkan terlalu lama, berkemungkinan boleh menjejaskan keseluruhan kawasan perniagaan terbabit.

Beliau mengesyaki tanah di kawasan itu tidak padat ketika kerajaan negeri membenarkan sebuah syarikat swasta membangunkan kawasan perniagaan dan lot kediaman di Taman Tasek Utama, kira-kira 10 tahun lalu.
"Saya hairan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini yang lambat membuat tindakan membaiki runtuhan itu sehingga keadaannya semakin buruk pada masa ini.

"Sudah banyak aduan dilakukan, tetapi semakin hari runtuhan itu semakin besar, manakala kelibat pegawai yang bertanggungjawab untuk meneliti kerosakan itu belum kelihatan meninjau ke kawasan ini,'' katanya.

Seorang peniaga, Ramlan Yusop, 29, pula berkata, runtuhan struktur longkang berkenaan sudah lama berlaku sehingga melebihi lima meter dengan semua sisa runtuhan memasuki longkang utama menyebabkan alirannya tersekat bersama longgokan sampah sarap.

Katanya, akibat terlalu lama terbiar begitu, bau busuk daripada sampah selain bangkai haiwan yang terperangkap mula menimbulkan masalah kepada orang ramai yang berulang alik ke kawasan itu.

"Kita minta PBT dapat menangani masalah ini dengan segera sebelum ia bertambah teruk sehingga menyusahkan banyak pihak termasuk kami yang berniaga di kawasan ini," katanya.

Rakannya, Othman Bidin, 23, berkata, kawasan runtuhan itu juga sering dikunjungi kanak-kanak terutama pada setiap hujung minggu yang mungkin tertarik untuk menyauk ikan kecil di longkang berkenaan.

"Longkang berkenaan besar dan dalam. Saya bimbang tebing konkrit yang tidak kukuh itu akan menimpa kanak-kanak berkenaan seperti pernah berlaku di kawasan sama tidak lama dulu.

"Jadi, kami berharap tindakan segera dilakukan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_Bimbangruntuhan/Article

Saintis Malaysia BODOH IT agaknya, SPR, Saman Ekor

Posted: 02 Aug 2010 05:51 PM PDT

Nampaknya sistem komputer di Malaysia ini semakin caca marba. Tengok macam saman ekor, polis kata surat saman tak sampai sebab pemilik kenderaan tukar alamat. Takkan tak boleh link dgn JPJ dan JPN ? Yang ni SPR pula. Nak bazir duit RM3 untuk daftar pengundi baru. Takkan tak boleh link dengan JPN rakyat Malaysia yang ada MyKad dan yang dah meninggal dunia , daftar otomatik dalam SPR ?

Agaknya Malaysia ni ketandusan pakar-pakar IT. Malaysia hanya mampu impot pakar, impot senjata, impot kapal selam, impot jet Sukhoi, impot kereta kebal, impot guru Bahasa Inggeris, tumpang angkasawan.

*****************************

'RM3 daftar seorang pemilih membazir'

Berita Harian 3 Ogos 2010

BATU PAHAT: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menaikkan bayaran kepada penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 kepada RM3, bukan saja tidak praktikal malah membazirkan wang rakyat.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata SPR seharusnya menggunakan kaedah lain termasuk menambah baik pendekatan diguna sebelum ini dalam menarik pengundi baru mahupun merangka program bersepadu lebih berkesan bagi menyedarkan rakyat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran berkata, langkah itu hanya membazirkan wang rakyat, yang sepatutnya digunakan bagi projek pembangunan rakyat lebih penting. "Apakah mesej yang hendak diberikan SPR kepada rakyat?

Sepatutnya SPR mencari jalan lain termasuk mempertingkatkan pendekatan digunakan bagi menyedarkan rakyat yang belum mendaftar supaya mereka berbuat demikian dengan ikhlas, penuh kesedaran dan atas rasa tanggungjawab mereka bukannya dengan cara memberi imbuhan bagi berbuat sesuatu," katanya selepas lawatan di Kampung Sungai Ayam, di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, adalah lebih baik pendaftaran pengundi dan pemilih baru dilaksanakan menerusi sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi semua rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Bukan saja ia lebih menjimatkan kerajaan malah ia lebih praktikal dan mudah daripada terpaksa memberi insentif atau subsidi seperti dicadangkan SPR," katanya.

Beliau berkata, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seharusnya membantu menggerakkan usaha menarik lebih ramai rakyat supaya berbuat demikian dengan rela hati.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM3daftarseorangpemilihmembazir_/Article

Pakatan Rakyat perlu tumpu kes jenayah, FAHAM.

Posted: 02 Aug 2010 05:51 PM PDT

Pimpinan Pakatan Rakyat perlu ketengahkan isu jenayah yang semakin mengancam rakyat 1Malaysia. Ianya mengancam keselamatan setiap pengundi dan keluarga mereka di Malaysia ini. Pakatan Rakyat perlu desak kerajaan dan media jangan mendendangkan index jenayah yang rendah sebaliknya saban saat semakin banyak jenayah di mana-mana.

Rakyat tak ada masa nak tubuh Rukun Tetangga, semua sibuk nak kerja lebih masa, kerja part time bukan nak tambah pendapatan, tapi nak tambah duit bayar yuran, bil elektrik, minyak. Semua barang dah naik harga.

Jadi subsidi yang dijimatkan itu Pakatan Rakyat desak kerajaan tambah anggota polis ronda setiap kampung, taman perumahan, tanah perancangan 24 jam. Bukan tambah anggota polis escort orang kenamaan, tangkap peserta perhimpunan aman.

***************************

Utusan Malaysia 3 Ogos 2010

3 beranak rugi RM30,000 disamun

KUANTAN 2 Ogos - Tiga beranak melalui saat-saat mencemaskan apabila rumah mereka dimasuki tiga lelaki bersenjata sebelum menyamun keluarga terbabit di Taman Aneka Jaya, Kempadang di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.15 pagi itu, semua mangsa kerugian sebanyak RM30,000 selepas wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, jam tangan berjenama dan sebuah komputer riba dilarikan.

Ketika kejadian, sepasang suami isteri yang berusia 30-an dan seorang anak lelakinya sedang tidur di bilik utama.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, mangsa yang sedang nyenyak tidur tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan isterinya setelah ternampak dua lelaki berada di dalam biliknya.

Katanya, seorang lagi suspek berada di ruang tamu.

"Dua suspek itu bertindak mengacukan pisau, pemotong besi dan pemutar skru ke pasangan terbabit sebelum memberi arahan supaya tidak melawan.

"Dua daripada suspek tidak memakai penutup muka," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek kemudian mengikat ketiga-tiga mangsa dengan menggunakan dawai pagar sebelum menggeledah rumah mereka.

"Semua mangsa dikumpulkan di bilik tidur utama sebelum mereka menggeledah barang-barang di bilik tidur dan ruang tamu," katanya.

Selepas menggeledah rumah mangsa kira-kira 10 minit, kata Noor Asyikin, ketiga-tiga suspek yang dipercayai warga asing itu melarikan diri melalui pintu gelongsor bahagian tepi rumah yang diumpil.

"Sebelum itu, salah seorang suspek dipercayai berusia 30-an sempat memberi amaran keras supaya tidak membuat laporan polis," katanya.

Tambahnya, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm

Pakatan Rakyat tumpu pengangkutan awam, OK

Posted: 02 Aug 2010 05:50 PM PDT

NI apa cerita ni ? Minyak dah naik harga, tapi rakyat nak mampus jalan 5 km nak dapatkan bas awam. Bukannya di Hulu Perak, tapi di Johor Bahru. Dah naik harga minyak pun tak boleh tingkat mutu pengangkutan awam. Sibuk nak buat pondok bas cantik je macam di PD. Pakatan Rakyat perlu desak kerajaan baiki pengangkutan awam segera. Lebih 50 tahun BN perintah Malaysia, pengangkutan awam makin teruk.

Kes macam ni bukan di Johot saja, di mana-mana, Negeri Sembilan pun dua kali lima. Eloknya wajibkan semua wakil rakyat dan menteri naik pengangkutan awam seluruh Malaysia.

******************************

Johor : Jalan kaki 5km cari bas

Berita Harian 3 Ogos 2010

JOHOR BAHRU: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, Kangkar Tebrau, di sini mendakwa kecewa terhadap perkhidmatan bas di kawasan mereka yang tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.

Keadaan itu bukan saja menimbulkan masalah kepada sebahagian besar penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja, malah kepada anak mereka yang memerlukan perkhidmatan bas untuk ke sekolah. Sebagai alternatif, ada penduduk terpaksa berulang-alik berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari untuk mendapatkan perkhidmatan bas di Kangkar Tebrau, sementara anak-anak mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan van sewa.

Tinjauan Edisi Johor mendapati dakwaan penduduk itu ternyata berasas apabila tiada sebuah bas dilihat memasuki kawasan PPR berkenaan terutama pada waktu puncak antara jam 4 petang hingga 7 malam ketika penduduk pulang dari kerja.

Penduduk, Sarina Ismail, 32, berkata masalah perkhidmatan bas yang tidak mengikut jadual perjalanan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu sehingga menyusahkan ramai penduduk di PPR berkenaan yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

"Bukan tidak ada bas yang memasuki kawasan PPR ini, tetapi yang mengecewakan ialah ia tidak mengikut jadual perjalanan, " katanya.

"Sepatutnya mereka memasuki kawasan PPR ini ketika penduduk mahu pergi bekerja atau pulang dari bekerja, bukan pada jam 6 pagi atau 3 petang, " katanya.
Sarina berkata, kawasan PPR yang mempunyai lebih 8, 000 isi rumah itu mempunyai kemudahan dua pondok menunggu bas namun ia terbiar begitu saja sehingga mula dinaiki semak samun sekarang berikutan masalah berkenaan.

Penduduk, Kamarudin Mohd Yatim, 56, berkata masalah yang tidak berkesudahan itu bukan saja mengecewakan penduduk, malah turut meningkatkan perbelanjaan bulanan mereka kerana terpaksa menggunakan pengangkutan alternatif.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Jalankaki5kmcaribas/Article

Tiada ulasan: