Isnin, 2 Ogos 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


40 tahun teroka tanah, Melayu tak dapat GERAN

Posted: 01 Aug 2010 11:33 PM PDT

Bayangkan, ada kes rakyat negeri ini (Pahang) telah meneroka dan memajukan tanah sekian lama sehingga 30 ke 40 tahun, namun tiada penyelesaian dibuat atau permohonan ditolak tanpa alasan dan sebagainya. Salah satu daripadanya ialah di Ulu Gumbai, Kampung Batu 13, Chenor yang diusahakan sejak daripada tahun 1970-an namun sehingga kini masih belum diluluskan walaupun dijanjikan dengan penyelesaian pada tiap-tiap kali pilihan raya umum.

************************
Penduduk rayu kerajaan segera lulus tanah

Dari Blog http://selamatkanpahang.blogspot.com

MARAN: Negeri Pahang meskipun dianggap berpotensi untuk menjadi pusat aktiviti pertanian terbesar negara kerana keluasan tanahnya, namun soal pemilikan atau kelulusan permohonan tanah masih merupakan isu besar.

Bayangkan, ada kes rakyat negeri ini telah meneroka dan memajukan tanah sekian lama sehingga 30 ke 40 tahun, namun tiada penyelesaian dibuat atau permohonan ditolak tanpa alasan dan sebagainya.

Ini membuatkan banyak kes-kes permohonan tanah yang sekian lama diusahakan, tertunggak dan terbengkalai sehingga menjadi rungutan ramai.

Salah satu daripadanya ialah di Ulu Gumbai, Kampung Batu 13, Chenor yang diusahakan sejak daripada tahun 1970-an namun sehingga kini masih belum diluluskan walaupun dijanjikan dengan penyelesaian pada tiap-tiap kali pilihan raya umum.

Tanah berstatus milik kerajaan itu telah diusahakan secara berkelompok oleh 194 peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tanaman buah-buahan dusun, getah dan kelapa sawit seluas tiga ekar seorang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak pemohon tanah berkenaan, Mohd Nor Keria, sudah lima kali pengusaha membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Daerah Maran sehinggalah pada tahun 2005 Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Adun Chenor Datuk Tan Aminuddin Ishak, mengadakan dialog dengan peserta dan memberi jaminan masalah tanah tersebut akan diluluskan.

Tambah Mohd Nor, hasil daripada dialog tersebut penduduk telah membuat permohonan rasmi dan membayar tidak kurang RM1,000 bagi setiap lot iaitu seluas tiga ekar seorang namun tiada jawapan kelulusan diberikan.

"Pada 2006 diadakan pula dialog dengan Felcra, juga tidak berhasil. Akhirnya pada 2007 penduduk menyerahkan memorandum kepada Pegawai Daerah Maran bagi mempertimbangkan kelulusan yang telah diusahakan berpuluh tahun itu, namun keputusannya tetap belum ada."

"Alangkah kecewanya kami. Bagi saya birokrasi melampau pejabat tanah dan mungkin pertimbangan politik menyebabkan tanah-tanah yang sudah dijayakan sejak sekian lama itu terlalu lambat untuk meluluskannya."

"Ini untuk kepentingan rakyat. Sepatutnya kerajaan kena sedar bahawa di situlah tempat orang kampung memperoleh pendapatan untuk hidup. Kita hairan, jika sekiranya pihak kerajaan mempercepatkan proses kelulusan, kerajaan juga yang dapat menambah hasil melalui premium dan cukai tanah," ujarnya.

Mohd Nor selanjutnya mendesak Kerajaan Negeri Pahang memberi fokus untuk meluluskan permohonan tanah kepada rakyat luar bandar dalam masa tiga tahun dengan melakukan perubahan dalam sistem dan sikap pegawai kerajaan yang terlibat sendiri.

"Dalam sistem sekarang terlalu banyak karenah birokrasi yang terpaksa ditempuh sehingga menjadi lembab. Ini ditambah lagi tiada akses kepada kemudahan dan di peringkat bawah pula pemberian tanah kadangkala berdasarkan kepentingan politik menyebabkan berlaku ketidakadilan," jelasnya.

Katanya, perubahan perlu agar permasalahan yang berpanjangan selama setengah abad dapat dirungkai sesuai dengan usia kemerdekaan negara di samping mempraktikkan slogan rakyat didahulukan.

Seorang lagi pengusaha di tanah kelompok berkenaan, Yaakob Sulaiman, 70, kecewa tanah sawit dan dusun durian diusahakan sejak 22 tahun lalu sehingga kini masih gagal mendapat geran.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut beliau kerap berulang alik ke Pejabat Tanah Daerah Maran dan seingatnya sudah lima kali menghantar permohonan.

"Saya hairan kenapa yang susah sangat nak diluluskan, pada hal orang pejabat tanah pun kerap datang makan durian ke sini. Jadi memang rasa tak seronok sangat mengusahakan tanah yang belum dapat hak milik sebab bimbang bila-bila masa boleh dirampas."

Yaakob yang mendakwa memperolehi antara RM5 ribu hingga RM10 ribu setiap musim durian itu, berharap sebelum beliau 'pergi' biarlah tanah yang diusahakannya sejak waktu mudanya itu dapat diwariskan kepada anak-anak.

Pesara tentera, Saari Mat Salleh, 57, berkata beliau telah mengusahakan tanaman getah dan buah-buahan dusun seperti durian, rambutan, duku, cempedak dan petai sejak tahun 1996 dan kecewa sehingga kini tanah tersebut masih gagal mendapat geran.

"Saya bekerja tentera tidak ada pencen jadi harapkan dusun inilah yang menjadi sumber pendapatan. Tanah di sini ialah kampung lama, datuk nenek kami berasal dari sini. Di sini bukannya ada perancangan bagi projek dan rizab kerajaan, jadi kenapa yang susah sangat.

"Saya masih ingat YB berjanji ketika berdialog dengan kami di Balai Raya Kampung Batu 13 pada tahun 2005 yang janji nak luluskan sebelum pilihan raya 2008. Tapi sampai sekarang semuanya senyap sahaja. Jadi nak tunggu janji berapa kali pilihan raya lagi?," soalnya.

Seorang lagi pengusaha tanah berkelompok berkenaan, Mohd Nor Abdullah, 40, berkata beliau mengusahakan tanah tersebut sejak tahun 1980-an iaitu ketika masih bujang dan kini sudah memiliki anak lima.

"Saya dah banyak kali berulang-alik naik turun ke Pejabat Tanah Maran, permohonan berulang kali dibuat tapi jawapannya masih berdolak-dalik.

"Kenapa susah sangat nak luluskan permohonan tanah kami... kami ni anak jati Pahang, malah ayah saya pengasas Kampung Kelit ini. Kalau tak luluskan, susahlah... samalah macam kami ini merempat di tempat sendiri," ujarnya.

Bagi Mohd Nor, perisytiharan kerajaan daerah Maran sebagai daerah pertanian yang beridentitikan buah-buahan dusun memang tepat. Namun sehingga kini agensi-agensi kerajaan masih gagal merealisasikan daerah ini sebagai pengeluar utama buah-buahan tempatan itu.

"Jadi apa salahnya jika peranan pengeluar itu dipikul sama oleh anak tempatan, sebab kami dah biasa. Kerajaan boleh membantu secara sistematik dan penduduk pula boleh mengusahakannya. Hasrat kerajaan boleh tercapai asalkan pemimpin tidak menjadikan geran tanah sebagai umpan politik," katanya.

Sumber :
http://selamatkanpahang.blogspot.com/2010/08/penduduk-rayu-kerajaan-segera-lulus.html

Ust Azman Syapawi 9 Ogos 2010 di Seremban

Posted: 01 Aug 2010 09:13 PM PDT


CERAMAH MENJELANG RAMADHAN
Tempat : Surau An-Naim, Bandar Seremban Selatan
Tarikh : 9 Ogos 2010 / ISNIN
Masa : 7.30 malam
Penceramah : Ustaz Azman Shapawi bin Abdul Rani

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi ufo_ips@yahoo.com

Pemandu kereta kerajaan pun di Saman Ekor

Posted: 01 Aug 2010 05:56 PM PDT

Pemandu yang memandu kereta kerajaan pun kena saman ekor. Mereka kata boss yang suruh bawa laju, bila sampai surat saman, pemandu kena bayar atau tolak gaji. Satu saman RM 300. Berapa sangat gaji pemandu kereta kerajaan. Kan ke haru.

Kisah Saman Ekor Pemandu Kereta Kerajaan Jadi Mangsa di http://sisibukit.blogspot.com/2010/08/saman-ekor-pemandu-kereta-kerajaan-jadi.html

Kumpulan remaja 14 tahun aktif pecah rumah

Posted: 01 Aug 2010 05:56 PM PDT

Akhbar The Star 2 Ogos 2010 melaporkan polis menahan tujuh orang remaja termasuk seorang anak anggota polis kerana 10 kes pecah rumah di Kota Tinggi, Johor. Kata Indeks Jenayah di Malaysia ni makin menurun, apa cerita ? Remaja tadi hanya berumur antara 14 ke 16 tahun. Apa remaja Malaysia ni dah malas belajar, malas bekerja ? Hanya tahu hendak menyamun, mencuri, merompak, meragut ?

Apa dah jadi dengan program PLKN yang sepatutnya membentuk peribadi remaja ?

Mungkin tak cukup konsert dan hiburan di Malaysia ini. Perlu dibanyakkan lagi hiburan dan konsert agar remaja leka berhibur dan tak minat nak belajar dan bekerja. Leka dengan hiburan supaya mereka tak melakukan jenayah dan maksiat.

Masjid dan surau perlu dipantau betul-betul, jangan ada penceramah yang tiada tauliah, Takut akan dipengaruhi remaja ini dengan ajaran sesat atau dakyah pembangkang.

Teks khutbah pun satu Malaysia mesti ikut teks JAKIM. Jangan ada khatib pandai-pandai nak bincang isu remaja setempat sesuka hati.

Kalau remaja nak dengar khutbah tanpa ikut teks , agaknya kena pergi gereja. Baru boleh tengok khatib bebas bercakap apa yang difikirkan perlu untuk masalah masyarakat setempat.

************************
Monday August 2, 2010
Seven boys held over break-ins

KOTA TINGGI: Police have detained seven boys including a police personnel's son for 10 house break-in cases here.

The juveniles are believed to have broken into houses, public buildings and restaurants over the past two months.

Kota Tinggi Deputy OCPD Deputy Supt Muhammad Sham­sudin said the boys had confessed to more than 10 break-ins, including the latest at a restaurant in Jalan Pantai, Sungai Rengit, on Saturday night.

He said his men apprehended the boys at a jetty near Sungai Rengit at 4.30am yesterday.

After the restaurant break-in, the boys, aged between 14 and 16, had attempted to break into an office at the Sungai Rengit bus and taxi stand but failed, DSP Muhammad said.

"We have seized stolen items including DVD players and fans from the suspects' homes," he added, saying the police would apply for a remand order for the juveniles today.

http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F2%2Fnation%2F6779098

Rumah kami di Johor retak

Posted: 01 Aug 2010 05:08 PM PDT

Berita Harian 2 Ogos 2010

Penduduk Kiara Hill, Taman Nusa Indah dakwa kerja letup tanah projek pembinaan tangki air, rumah pam jadi punca

NUSAJAYA: Kira-kira 100 rumah di Perumahan Kiara Hill, Taman Nusa Indah, di sini mendakwa terjejas dan mengalami keretakan akibat kerja pembinaan tangki air dan rumah pam di satu kawasan berbukit seluas kira-kira 7.2 hektar yang bersempadan dengan taman berkenaan sejak lebih setahun lalu. Difahamkan, projek pembinaan tangki air untuk pembangunan sebuah projek mewah di sini yang didapati tidak mempunyai kelulusan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) itu sudah diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan pada awal Februari lalu tetapi disambung semula kira-kira sebulan lalu. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kiara Hill, Khairul Anwar Jahuri, 40, berkata pada mulanya, penduduk tidak membantah projek berkenaan kerana menyangka ia satu lagi projek kerajaan dan mendapat kebenaran melakukan pembangunan di atas tanah yang sebelumnya diluluskan untuk Taman Wilayah.

Bagaimanapun, katanya, kerja meletupkan tanah keras menggunakan bahan letupan pada Disember tahun lalu serta pencemaran udara akibat kerja meratakan tanah dan aktiviti lori keluar masuk di tapak pembinaan itu menyebabkan penduduk bimbang dengan keselamatan masing-masing sebelum menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertua MPJBT, Fuzi Ahmad Shahimi pada 26 Januari lalu.

Katanya, berikutan itu, MPJBT menjalankan siasatan dan mendapati pemilik projek terbabit tidak memiliki kelulusan kebenaran merancang di atas tanah Taman Wilayah yang sepatutnya dikekalkan untuk penduduk menikmati persekitaran kehijauan alam semula jadi.

"MPJBT kemudian mengeluarkan Borang E kepada pemilik projek iaitu notis menghentikan kerja dan memulihkan semula tanah dan bangunan kepada keadaan asal kerana kegagalan pemilik projek terbabit mendapatkan kebenaran merancang pada 3 Februari lalu," katanya di sini, semalam.
Khairul Anwar berkata, dalam pertemuan dengan MPJBT dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) sebelum ini, penduduk dijanjikan bahawa projek pembinaan tangki air itu tidak akan diteruskan sehinggalah mendapat kebenaran penduduk.

"Namun, nampaknya projek pembinaan itu beroperasi semula kira-kira sebulan lalu walaupun penduduk belum memberikan persetujuan untuk mereka meneruskan projek berkenaan," katanya yang sudah menghuni kawasan perumahan itu lebih dua tahun lalu.

Projek yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan kediaman Kiara Hill itu menyebabkan penduduk sering mengalami gegaran melampau, keretakan pada pelbagai bahagian rumah dan keadaan udara berdebu akibat kerja meratakan tanah dan aktiviti keluar masuk lori di kawasan pembinaan itu.

Bagaimanapun, tiada kerja membaik pulih rumah yang terjejas akibat kerja pembinaan tangki air itu dilakukan pemilik projek terbabit, setakat ini.

Seorang jawatankuasa penduduk perumahan itu, Nur Faizal Abdullah, 37, berkata kerja pembinaan tangki air bukan saja menyebabkan kebanyakan rumah di sini mengalami retak, ia juga menyebabkan harga rumah di sini jatuh berikutan kedudukannya bersebelahan kawasan perumahan berkenaan.

Beliau berkata, kawasan berbukit bersebelahan taman yang dulunya indah kini bertukar botak akibat pembinaan tangki air berkenaan selain kemusnahan yang berlaku pada tanah dan alam sekitar, topografi dan landskap.

"Kedudukan kawasan perumahan yang dulunya cukup bernilai kerana mempunyai kelebihan bersebelahan Taman Wilayah kini jatuh disebabkan adanya kawasan tangki air di atas bukit itu," katanya.

Selain itu, Zulhaidi Alias, 30, berkata pihaknya tertanya-tanya mengapa pemilik projek berkenaan memilih kawasan berkenaan untuk membina tangki air untuk kemudahan pembangunan itu sedangkan kedudukannya terletak jauh dari kawasan pembangunan itu.

Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang jaminan daripada pihak berkenaan pembinaan tangki air itu selamat kepada penduduk yang tinggal di bawahnya serta wujudnya pelan bantuan keselamatan jika penduduk berdepan dengan sebarang bencana.

"Oleh itu, kami membantah sekeras-kerasnya pembinaan tangki air berkenaan dan berharap MPJBT dapat menarik balik kelulusan yang diberikan demi keselamatan penduduk serta memulihkan semula kawasan berkenaan menjadi kawasan rekreasi dengan menanam pokok selaras tujuan asal kawasan itu sebagai Taman Wilayah," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor___8216_Rumahkamiretak__8217_/Article

Tiada ulasan: