Selasa, 31 Ogos 2010

Aminuddin Harun

Aminuddin Harun


Sebahagian Aktiviti Bulan Ramadhan 2010

Posted: 31 Aug 2010 03:28 AM PDT

Jejak Asnaf-Ziarahi Penerima Dari Rumah ke Rumah - 100 keluarga penerima pada tahun ini telah dapat dikunjungi. Bantuan berupa barangan keperluan dapur dan sedikit kewangan untuk keperluaan Ramadhan dan persiapan Syawal. Terima kasih buat semua penyumbang barangan, kewangan dan tenaga dari rakan rakan budiman. Semoga Allah membalas jasa semua yang terlibat serta kepada penerima sentiasa dalam doa semoga Allah akan merubah nasib kalian satu hari nanti... Amin



Ziarahi adik OKU yang telah berumur 16 tahun




Melawat peniaga di Bazar Ramadhan Di Taman Seri Pulai 3dan berbuka bersama peniaga disana bersama YB John Fernandez (Ahli Parlimen Seremban) dan YB Ng Thin Shai (ADUN Temiang). Pengalaman berbuka bersama peniaga yang tidak mampu dilupakan. Merasai pengalaman bagaimana dalam keadaan sibuk peniaga ini berbuka dengan cukup ala kadar dan tergesa gesa untuk menunaikan solat maghrib.




Majlis berbuka puasa DUN Sikamat - bersama penduduk dalam persiapan menyediakan juadah berbuka & bubur lambuk






Merdeka Merdeka Merdeka !

Posted: 30 Aug 2010 10:43 AM PDT


Kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53, pada usia yang sebegini matang kita harus bermuhasabah diri kita adakah kemerdekaan ini sebenarnya telah mematangkan kita ataupun sebenarnya kita makin kebelakang dari segi pemikiran, penghayatan, pendemokrasian, ekonomi, ideologi ataupun pada semangat kita hari ini.

Kemerdekaan negara harus diisi dengan semangat patriotik dengan meninggalkan segala bala yang akan menghancurkan negara seperti rasuah , salah guna kuasa dan perpecahan. Kekuatan jati diri setiap insan rakyat negara ini haruslah memastikan supaya mereka bebas dari terjajah minda dengan rasuah, salah guna kuasa dan perpecahan. Hanya mereka yang tidak terjajah inilah yang layak untuk mengungkapkan perkataan MERDEKA pada jiwa mereka.

Justeru, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada rakyat Malaysia yang jiwanya merdeka.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tiada ulasan: