Jumaat, 2 Julai 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


WCK: MELUTUT JUGAK ANWAR

Posted: 02 Jul 2010 09:01 AM PDT

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan lapuran mengenai komen YB Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju)* yang disiarkan oleh agendadaily.com mengenai DSAI yang terpaksa menuntut maaf kepada Yahudi Amerika baru-baru ini.

Saya lampirkan dibawah lapuran tersebut untuk renungan bersama:

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
20 Rejab 1431
02 Julai 2010


"YB Wee Choo Keong-Akhirnya Anwar kena melutut…

Sepatah kata Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Keong, "Macam cacing kepanasan…" Mengulas lanjut tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 'terpaksa' terbang ke Amerika Syarikat untuk 'melutut' kepada 'kawan-kawan'nya bagi memperjelaskan beberapa kenyataan lantangnya yang dilihat anti Yahudi, Chee Keong berkata, "bukankah ini namanya politik dua alam atau cakap tak serupa bikin".

Menurut Chee Keong, beliau (Anwar) bercakap lantang di Parlimen tapi akhirnya turun melutut meminta maaf pada Zionis, apa yang diperkatakan itu semata-mata untuk tujuan politik ke Putrajaya sahaja. Soal kepentingan negara dan bangsa tidak penting. Chee Keong berharap rakyat jelata membuat penilaian terhadap Anwar yang dianggapnya hanya mahu mempertahankan kepentingan dirinya sahaja.

"Saya harap dari sudut dan tingkahlaku Anwar ini, rakyat mesti tahu dengan pasti apakah tujuan politik Ketua Pembangkang itu," tegasnya.

Anwar dilaporkan ke Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bertemu beberapa tokoh Parti Demokrat seperti bekas Setiausaha Pertahanan, Sir William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.

Pada Mac lalu, Anwar dilaporkan pernah meminta pertolongan Campbell supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwatnya. Ketika diminta mengulas kenapa Anwar mesti memperjelaskan kenyataan itu kepada pihak tertentu di AS, Chee Keong berkata, "sebab dari dulu Anwar ramai kawan dan konco-konco yang banyak memberi bantuan, jadi beliau kena bagi penjelasan dan meminta maaf terhadap kenyataan lantangnya terhadap Zionis."

Katanya, "Anwar masih mengharapkan sokongan dari AS untuk perjuangannya menjadi Perdana Menteri". "Kita jadi ahli parlimen adalah untuk mempertahankan hak negara kita, seperti saya tidak perlu ke AS atau Singapura atau ke mana saja untuk mendapatkan sokongan, saya hanya perlu mendapat sokongan dari rakyat kita, itu yang kita bersumpah jadi ahli parlimen untuk pertahankan lambang negara kita dan Yang DiPertuan Agong serta Perlembagaan Negara bukannya jadi ahli parlimen untuk menjaga kepentingan yahudi atau AS," tambahnya.

Chee Keong menganggap Anwar kini sudah semakin terdesak terutama melihat tingkahlakunya yang membangkitkan pelbagai isu dalam kes liwatnya sedangkan ianya jelas isu yang dibangkitkan itu bukan isu perundangan tetapi isu yang cuba dipolitikkan semata-mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kes itu merupakan 'pendakwaan politik' semata-mata.

Bagaimanapun, Chee Keong menjangkakan Anwar semakin sukar untuk memutarbelit isu ini di dalam negara dan cuba untuk mendapatkan bantuan dari pihak-pihak di AS seperti dahulu.

Menurut Chee Keong, Anwar juga dilihat semakin menggelabah selepas menghentam Zionis dalam isu APCO dan penggunaan istilah 'pencerobohan Zionis' di mana Anwar telah dikecam dan diserang oleh kolumnis serta media AS yang mana tidak dapat diterima oleh Anwar.

Mengenai kenyataan Anwar yang kecewa dengan pentadbiran Presiden Barrack Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya, Chee Keong berkata, "Anwar anggap seperti Presiden sekarang macam George W. Bush di mana boleh diputarbelit hingga beliau boleh dapat bantuan".

Berdasarkan tindakan terbaru Anwar itu, Chee Keong berpendapat Anwar sedang cuba mendapatkan pengaruh AS untuk memberi tekanan antarabangsa kepada Malaysia supaya mempengaruhi mahkamah berhubung kes liwatnya.

Katanya, "kenapa nak gunakan taktik ini, pergi ke AS untuk mendapatkan sokongan dan tekanan kepada Malaysia bagi mencapai satu keputusan yang beliau mahu. Ini sikapnya cakap dan serupa bikin atau politik dua alam hanya untuk satu tujuan saja ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri 'at all cost'.

"Kalau kita nak jadi PM pun kita perlu dapat sokongan rakyat bukan kerana kita nak jadi PM, dapatkan keyakinan daripada rakyat, sokongan dari rakyat bukan guna puterbelit, nanti terbelit diri kerana setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga," ujarnya".

*YB Wee Choo Keong adalah peguam kanan lulusan Britain dan bekas Ketua Penerangan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang sejak 1995. Pada tahun 2008 beliau dipujuk Anwar untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju dibawah tiket PKR. Pada bulan Jun 2010, YB Wee memilih untuk "berhijrah" menjadi Ahli Parlimen Bebas baru-baru ini setelah menyedari terlalu banyak politiking "cakap tak serupa bikin" didalam Pakatan Rakyat dan perjuangan PKR adalah sekadar untuk menabalkan Anwar menjadi Perdana Menteri "at all cost!".

Tiada ulasan: