Rabu, 14 Julai 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


PUSAT KESIHATAN TAK ADA AIR DAN LETRIK

Posted: 11 Jul 2010 07:27 PM PDT

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperuntukan dana berjumlah RM 19 juta untuk Projek Pusat Kesihatan Lukut & Kuarters, kini sudah hampir enam bulan pusat tersebut telah disiapkan namun masih tidak beroperasi kerana tiada bekalan elektrik dan air. Persoalannya adakah peruntukan yang telah diluluskan tidak termasuk bekalan asas ? Mengikut maklumat yang diterima tiada permohonan dari jabatan kejabatan.

Jika pusat ini tidak beroperasi, kenapa perlu menempatkan dua orang doktor bersama beberapa kakitangan, dua buah ambulan dan dua buah bas mini . YB Ean Yong (ADUN Lukut) yang turut sama semasa lawatan akan menghubungi Pengarah Kesihatan Negeri untuk mengetahui kedudukan sebenar tentang perkara ini.

(Bembincang di pintu masuk Pusat Kesihatan Lukut)



























(Semua foto foto yang dirakamkan semasa lawatan pada 10 Jul 2010)

Tiada ulasan: