Khamis, 1 Julai 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


APAKAH BENAR WARGA FELDA MERASAI NIKMATNYA?

Posted: 30 Jun 2010 08:33 PM PDT

Soalan saya kepada Perdana Menteri mengenai FELDA dijawab oleh beliau pada 28 Jun 2010. Soalan berbunyi :

a. Jumlah pelaburan dalam sektor hartanah yang dibuat oleh FELDA dalam Negara semenjak
2005; dan

b. Hasil pulangan daripada pelaburan FELDA membeli Syarikat Bio-Diesel Twin Rivers
Technology di America Syarikat pada 2007 dengan RM270 juta.

JAWAPAN :

a. Untuk makluman, sejak tahun 2005 FELDA telah melaksanakan pembangunan hartanah
bernilai RM1,121.93 JUTA. Projek yang dilaksanakan adalah terdiri daripada
pembangunan 1. tiga (3) buah projek FELDAJAYA bernilai RM146.74 JUTA,
2. lima (5) buah projek perumahan mampu milik atau Perumahan Warga
FELDA bernilai RM134 JUTA
3. FELDA Residence Kuala Trengganu RM28.84 JUTA
4. Menara FELDA RM662 JUTA
5. Rumah Rehat dan Kompleks Latihan FELDA RM27.47 JUTA
6. Maktab Rendah Sains MARA FELDA di Trolak RM122.87 JUTA
Kesemua projek hartanah tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat peneroka, pegangan harta dan pelaburan FELDA serta tanggungjawab
sosial kepada warga FELDA.

b. Pelaburan Kumpulan FELDA di dalam Syarikat Twin Rivers Technologies US, Inc
(TRT US) telah dibuat pada penghujung tahun 2007. Pelaburan sebanyak RM270 JUTA
tersebut telah dipermodalkan di dalam bentuk saham ekuiti di dalam TRT US.
Justeru itu, pulangan ke atas modal saham tersebut adalah berbentuk dividen
di mana ianya tertakluk kepada prestasi kewangan TRT US.

Pulangan ini adalah berbentuk jangka panjang yang belum lagi memberikan pulangan.
Ia adalah pelaburan strategik untuk menembusi pasaran oleochemical dan makanan
di Amerika Utara.

Saya meragui cara mana pelaburan-pelaburan tersebut benar-benar memberi manafaat kepada peneroka-peneroka. Pengakuan Perdana Menteri di atas jelas tidak mencerminkan ke arah itu.

KONVENSYEN SULUNG PAKATAN RAKYAT

Posted: 29 Jun 2010 12:56 AM PDT

Kesinambungan dari program "Semboyan Halilintar Ke Putrajaya" bulan Mac lalu telah membuahkan hasil di mana pada 27 Jun 2010 telah memecahkan kebuntuan lanskap politik Negeri Adat Pepatih ini dengan gabungan erat lagi jitu ketiga tiga parti PKR, DAP dan PAS telah berjaya menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat negeri bertempat di 1388 Seremban, Country Club, Negeri Sembilan. Seramai 464 perwakilan yang hadir.

Konvensyen sulung ini diadakan ekoran sokongan secara mendadak dari kalangan rakyat yang mahukan Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih tampok pemerintahan negeri ini dengan menamakan PR sebagai Kerajaan Menunggu "Government Inwaiting".

Konvensyen ini diadakan adalah bertujuan untuk :

a. Mengeratkan semangat perpaduan.
b. Memupuk semangat setiakawan.
c. Membina ukhuwah bersama pemimpin dari berbilang kaum dan agama.

Kejayaan mengadakan konvensyen ini telah menampakkan betapa PR semakin hari semakin mantap serta mendapat tempat di hati rakyat dan masyarakat. Usaha ini hendaklah terus dikekalkan hingga ke peringkat akar umbi agar digeruni seteru. Ini merupakan satu petanda baik bagi PR untuk menghadapi PRU13 nanti.

Gerak kerja yang menyeluruh hendaklah diaplikasikan demi untuk merealisasikan harapan rakyat. Sesuai dengan temanya "Pakatan Menawan Negeri Sembilan", jika benar, peta jalan dah dilakarkan, plan kerangka sudah di minda hanya menunggu masa dan ketika untuk di bentangkan.

Jika semua rancangan ini berjalan seperti yang direncanakan, insyallah dengan mudah kerajaan yang ada sekarang dapat kita lenyapkan dari muka bumi keturunan Minang ini dan digantikan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat, "Sesunggohnya Allah tidak menyukai mereka yang bermuka muka".

(Upacara pelancaran konvensyen)



(Pucuk Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir)

(Khusyuk... sebahagian perwakilan meneliti kertas kerja)

(Pembentangan Kertas Kerja Politik)

(Foto foto: Dirakamkan semasa persidangan konvensyen)

Tiada ulasan: