Ahad, 18 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Potongan Pendapatan Keatas Peneroka-Peneroka Felda Membebankan!

Posted: 18 Jul 2010 10:39 PM PDT

Peneroka-peneroka Felda yang menyerahkan ladang mereka diuruskan oleh Felda hanyalah berpendapatan RM1500.00 setiap bulan. Dari jumlah itu mereka dipotong sebanyak RM20.00 untuk JKKR untuk tujuan elektrik jalan, sekolah agama, khairat kematian dan lain-lain. Untuk tanam semula mereka dikenakan potongan sebanyak RM120.00 setiap bulan dan jika mereka mengambil pinjaman perumahan dari Felda sebanyak RM30,000.00, mereka dikenakan bayaran pinjaman itu sebanyak RM188.00 (asas) (tidak termasuk bayaran insuran) dan mereka dikenakan bayaran sebanyak RM350.00 sebulan untuk Kedai D'Mart (untuk jaminan bahawa mereka tidak lapar). Mereka juga dipotong RM50.00 untuk keceriaan kampong.
Dari RM1500.00 itu, pendapatan bulanan mereka dipotong sebanyak RM728.00. Berbakilah pendapatan mereka sebanyak RM772.00.
Dengan RM772.00 itulah mereka berbelanja untuk anak-anak bersekolah, untuk bayaran air, elektrik dan bil telefon, atau untuk mendapatkan khidmat kesihatan.
Dari jumlah itu juga mereka nak membayar instalment motorsikal atau kereta atau lain-lain keperluan kehidupan seperti barang-barang keperluan rumah termasuk tv.
Maka, peneroka-peneroka diseluruh Negara termasuklah kepada golongan miskin tegar.
Usaha dari peneroka-peneroka untuk mendapatkan kenaikan elaun bulanan dari RM1500.00 kepada RM2000.00 telah ditolak mentah-mentah oleh Felda, sedangkan Felda berbelanja secara boros wang yang terkumpul hasil dari penat-lelah peneroka-peneroka.
Setahun gaji dan bonos CEO Felda menyamai jumlah pinjaman sara hidup untuk 600 orang peneroka Felda selama 12 bulan; kos bina bangunan baru Felda boleh menampung kos membaiki rumah 22,000 peneroka Felda dengan nilai RM30,000 sebuah rumah.
Nilai tunai Felda merosot RM2.73 billionn jika diberikan kepada peneroka, semua peneroka Felda diseluruh Negara boleh mendapat bonus free RM1000.00 setiap bulan selama 24 bulan.
Felda BOROS, Peneroka menanggung KESUSAHAN.

FELDA PEROMPAK? Peneroka dikenakan bayaran RM120 setiap bulan untuk Dana Tanam Semula

Posted: 18 Jul 2010 10:09 PM PDT

Peneroka-peneroka Felda Jengka 9 telah bermuafakat tanpa mengira keanggotaan mereka didalam mana-mana parti politik untuk menentang potongan baru yang dikenakan oleh Felda untuk memotong pendapatan bulanan mereka sebanyak RM120.00 setiap bulan bagi setiap peneroka Felda untuk Dana Tanam Semula.
Tidak dihuraikan oleh Felda samada potongan itu untuk selama 15 tahun atau 25 tahun.
Setiap peneroka Felda diseluruh Negara dikenakan pemotongan untuk Dana Tanam Semula sebanyak RM40 sebulan selama 15 tahun yang dikenakan oleh Felda bertujuan untuk menanam semula.
Peneroka-peneroka telah diberikan pilihan samada untuk menanam semula secara bersendirian atau melalui Felda.
Untuk mereka yang menanam sendiri, pemotongan Dana Tanam Semula itu diberhentikan kerana kerja-kerja menanam semula itu tidak lagi melibatkan sebarang pinjaman dan bantuan kewangan dari Felda, dan Dana Tanam Semula itu dikenakan hanya kepada mereka yang tanam semula melalui Felda.
Bagi mereka yang tanam semula melalui Felda wang dari Dana Tanam Semula itu tidak dikembalikan kepada peneroka-peneroka tetapi diserapkan terus kepada kos tanam semula, tetapi bagi mereka yang tanam semula bersendirian, sepatutnya wang dari Dana itu dikembalikan kepada peneroka-peneroka.
Seramai lebih 25000 orang peneroka-peneroka yang mengambil option untuk tanam sendiri, dan sepatutnya mereka dikembalikan wang dari Dana Tanam Semula itu berjumlah sebanyak RM17,000.00 seorang.
Namun Felda gagal mengembalikan wang tanam semula itu sepenuhnya. Hanya sejumlah RM7000 hingga RM9000 sahaja dikembalikan kepada Peneroka-Peneroka yang tanam sendiri, dan sejumlah lebihkurang RM8000 lagi terus diperap oleh Felda.
Kini, setelah antara 6 hingga 8 tahun, Peneroka-Peneroka menanam sendiri, Felda mengenakan secara paksa pemotongan sebanyak RM120.00 sebulan.
Kalau betul wang itu dipotong untuk tanam semula, peneroka-peneroka ingin tahu, selama mana potongan itu akan dibuat, dan berapakah jumlah yang akan dikembalikan kepada peneroka-peneroka apabila sampai waktu untuk tanam semula.
Tetapi peneroka-peneroka tidak mahu ditipu lagi oleh Felda seperti potongan terdahulu. Peneroka-Peneroka diijanjikan pemulangan wang sebanyak RM17.000.00 untuk tanam semula, tetapi apabila peneroka-peneroka memulakan tanam semula bersendirian, hanya antara RM7000 hingga RM9000 sahaja dikembalikan dan selebihnya diperap oleh Felda.
Peneroka-peneroka tidak mahu wang yang dipotong untuk Dana Tanam Semula itu digunakan untuk menambahkan Dana Felda yang telah diseleweng oleh pengurusan. Mereka menjadi jelek dengan tindakan pengurusan menyelewengkan wang reserve Felda dari sejumlah lebihkurang RM4 bil susut menjadi RM1 bil seperti yang didedahkan oleh Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Parlimen baru-baru ini.
Dan diatara kegunaan wang itu didedahkan oleh Ahmad Maslan adalah untuk tanaman semula, walhal, untuk tanam semula, Felda sudah pun memotong wang peneroka-peneroka Felda sebanyak RM40 setiap bulan keatas setiap Peneroka selama 15 tahun. Kemanakah perginya wang Dana Tanam Semula itu sehinggakan Felda kena membelanjakan sehingga melebihi RM600 juta untuk tanam semula diambil dari Reserve Felda?
Disini jelas wujudnya penyelewengan, dan satu siasatan kewangan perlu diadakan, dan sebaik-baiknya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan.
Hari ini, peneroka-peneroka dari Felda Kota Gelanggi 2 datang menemui saya diatas isu yang sama. Mereka ingin membuat laporan Polis dan Laporan SPRM diatas pemotongan ini.
Bayangkan potongan RM120.00 setiap bulan keatas setiap Peneroka (112,000 Peneroka) selama 15 tahun. Jumlah yang terkumpula tanpa mengira faedah adalah berjumlah RM2,419,200,000 (RM2.4 bil). Adakah wang ini akan digunakan untuk menaikkan Reserve Felda? Adakah wang ini untuk Dana Politik UMNO bagi menghadapi Pilihanraya? Adakah wang ini untuk pelaburan Felda bagi menampung kerugian anak-anak syarikat Felda?
Felda jangan jadi perompak. Usul asal penubuhan Felda adalah untuk membasmi kemiskinan diluar bandar. Tetapi tujuan ini telah diselewengkan oleh Pemimpin-Pemimpin politik UMNO yang rakus untuk kepentingan politik mereka semata-mata dan bukan untuk peneroka-peneroka dan generasi baru Felda.

Tiada ulasan: