Khamis, 8 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Saya tidak berceramah di Lipis malam tadi diatas kesilapan teknik

Posted: 08 Jul 2010 06:41 PM PDT

Saya sampai ke rumah Sdr Ali Wahid, Ketua KEADILAN Cabang Raub jam 6.30 petang semalam untuk memberitahu Sdr Ali bahawa saya akan ke Jerkoh, Benta, Lipis untuk berceramah disana. Saya menjadi penceramah pertama di Lipis, dan penceramah-penceramah lain adalah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang dan Sdr Ginie Lim, Ahli Jawatankuasa AMK Keadilan Pusat. Selepas berceramah di Lipis saya akan berkejar ke Sg Ruan, Raub untuk berceramah dengan YB Tian Chua, YB Choong Siew Onn dan Felicia Ling.
Tetapi Sdr Ali memberitahu saya bahawa Dr Nilam, iaitu bekas calon PAS Kawasan Parlimen Lipis yang dijadualkan berceramah di Sg Ruan, Raub telah pun pergi ke Jerkoh, Lipis untuk berceramah disana. Dan Sdr Ali menalipon kepadaer Sdr Idris, Naib Ketua KEADILAN Lipis bahawa saya tidak perlu berceramah di Lipis kerana Dr Nilam sudah pergi ke sana.
Dengan kefahaman itu, saya tidaklah ke Lipis dan hanya berceramah di Sg Ruan, Raub. Tepat jam 11.00 malam, Sdr Zaidi, SUK Keadilan Zon Barat telah menalipon kepada Sdr Hafez Harun, SUK Keadilan Zon Tengah bertanyakan samada saya sudah berceramah di Sg Ruan kerana mereka menunggu saya di Jerkoh, Lipis.
Memandangkan bahawa perjalanan dari Sg Ruan ke Jerkoh mengambil masa tidak kurang dari 45 minit, maka Sdr Hafez memberitahu Sdr Zaidi bahawa saya tidak akan ke Lipis kerana masa sudah tidak mengizinkan. Rupa-rupanya Dr Nilam tidak berceramah di Jerkoh. Yang berceramah hanyalah Ginie Lim dan Dato Tuan.
Kesilapan teknik ini amatlah dikesalkan dan saya memohon maaf kepada KEADILAN Cabang Lipis.

Tiada ulasan: