Isnin, 5 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Srikandi di Kg Pian

Posted: 04 Jul 2010 07:56 PM PDT

Siti Aishah Sh Ismail, Ketua Srikandi Keadilan Pusat
AJK Srikandi Pusat, dibelakangnya Hendon Jaafar, Bendahari PKR Cabang Kuala Krau dan Letchmy, AJK Wanita Keadilan Kuala Krau

Batin Berat anak Dolah


Dari Kiri: Haji Suhaimi Said, Batin Mat Kuang, Batin Berat anak Dolah, dan Siti Aishah Sh Ismail
Batin Mat Kuang berucap dalam Majlis itu

Kaum wanita yang hadir

Tajudin Ramli, 3 dari kanan, Pen. Setiausaha Biro Orang Asal Pahang turut hadir.

Wan Kisan Daud, Ketua KEADILAN Ranting Pian memberi ucapan alu-aluan

==


Ceramah terakhir didalam siri lawatan Srikandi KEADILAN Pusat ke Temerloh dan Kuala Krau adalah Majlis Ramah Mesra di Kg Pian, Kuala Krau pada 4hb Julai 2010 yang diketuai Siti Aishah Sh Ismail. Manakala Timbalannya Farah Afzan Faridi pula mengakhiri lawatan itu bersama-sama masyarakat Kg Matau, Bandar Jengka, Pahang yang dianjurkan oleh Ranting KEADILAN Kg Matau, Kuala Krau.


Didalam Majlis Ramah Mesra di Kg Pian, 2 orang Batin turut hadir. Batin Berat anak Dolah adalah seorang Batin dari Negeri Selangor, dari Banting.


Didalam ucapannya beliau menyeru supaya Kerajaan Negeri Pahang mencontohi Kerajaan Selangor yang menubuhkan BBTOAS yang ditadbirkan secara keseluruhan oleh pegawai-pegawai Orang Asal.


Kerja-keraja yang dilakukan oleh Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor yang dilantik oleh Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah untuk menyediakan profile seluruh tanah Orang Asal di Negeri Selangor, termasuk tanah kampong dan hutan, serta profile penduduk Orang Asal Negeri Selangor bertujuan untuk mengeluarkan geran tanah kepada Orang Asal.


Untuk tanah kampong, dua buah kampong telah dikeluarkan geran tanah iaitu Kg Gerachi dan Pertak di Kuala Kubu Baru.


Didalam ucapan alu-aluan Batin Mat Kuang, Batin Kg Pian Kuala Krau, beliau mengalu-alukan semua pihak yang mahu memperjuangkan hak Orang Asal. Sebagai Batin beliau sentiasa bersikap berkecuali. Kalau UMNO mahu perjuangkan hak Orang Asal beliau alu-alukan dan kalau PKR mahu memperjuangkan hak dan kepentingan Orang Asal beliau juga mengalu-alukan.


Beliau memberitahu bahawa Orang Asal berada didalam keadaan tersepit. Rezab Orang Asal tidak digazetkan oleh Kerajaan tetapi yang digazetkan adalah Rezab Binatang (Rezab Perhilitan), bererti binatang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari kami Orang Asal, dan beliau meminta Kerajaan membetul kedudukan ini.


Didalam ucapan alu-aluan Wan Kisan Daud beliau sangat berterima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat Kuala Krau kerana tidak putus-putus datang ke Kg Pian dan berkongsi masalah dengan penduduk. Ini berbezalah dengan UMNO yang mana pemimpin-pemimpin mereka hanya datang ke Kg Pian di musim Pilihanraya sahaja dengan pelbagai janji yang tidak pernah ditunaikan.


Siti Aishah selaku Ketua Srikandi Keadilan Pusat merasa amat terharu melihat kedhaifan di Kg Pian. Beliau akan membincangkan hal ini dengan wakil-wakil rakyat Keadilan untuk menyuarakan masalah penduduk Orang Asal di Kuala Krau ini di Parlimen dan beliau akan membawa pemimpin-pemimpin KEADILAN Pusat untuk datang ke perkampongan Orang Asal bagi melihat sendiri keadaan Orang Asal disini.


Siti Aishah menyatakan selama ini beliau hanya mendengar berita mengenai Orang Asal melalui surat-surat khabar dan kaca tv yang mengatakan bahawa Orang Asal telah mendapat pembelaan yang sempurna.


Apabila beliau turut ke padang, beliau dapat melihat sendiri kedhaifan yang ujud. Beliau sedih melihat anak-anak Orang Asal dengan pakaian yang mereka pakai. Masalah kesihatan dan masalah pendidikan mereka yang terbiar tak sepatut lagi berlaku di Negara ini.


Sebelum itu rombongan Srikandi telah melawat Kg Terbol, Kuala Krau untuk mengedarkan pakaian bundle dan mereka ditemui oleh Sdr Zainal Cok, Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat Kg Terbol dan Sdr Jaafar, Ahli Jawatankuasa KEADILAN Kg Terbol dan penduduk disana.


Selesai perjumpaan di Kg Pian, rombongan Srikandi berkumpul semula di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat Kuala Krau, rombongan Siti Aishah dari Kg Pian dan rombongan Farah Afzan dari Kg Matau, dan jam 7.00 malam mereka meninggalkan Kuala Krau menuju Kuala Lumpur untuk mengejar satu ceramah di Selangor di Kg Kundang. Dan berakhirlah lawatan tiga hari Srikandi Keadilan Pusat ke Kuala Krau dan Temerloh.






Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Ranting Kg Lubok Wong Meninggal Dunia

Posted: 04 Jul 2010 07:38 PM PDT

Mayat Budin Kin dan disebelahnya mayat anak saudaranya
Ramli Lugan, Naib Ketua KEADILAN Cabang Kuala Krau, di rumah keluarga. Ramli adalah anak tiri kepada Budin Kin

Orang ramai dari perkampongan Orang Asal di Kuala Krau menziarahi Budin Kin

=
Sdr Budin Kin bersama anak saudarannya meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya dipersimpangan Kg Gong Halt, Jalan Temerloh-Jerantut, Kuala Krau pada malam 3hb Julai 2010.
Ramli Lugan menyatakan bahawa dia diajak oleh bapa saudaranya untuk pergi ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh jam 2.00 pagi tanpa memberitahunya maksud ke Hospital itu. Alangkah terperanjatnya bila di Hospital didapat ayah tiri dan pupunya sudah meninggal dunia.
Budin adalah ayah tirinya, tetapi dialah yang membesar dan memberi kemudahan pelajaran kepadanya sehinggalah Ramli berjaya membawa ijazah di bidang sosiologi dan antropologi dari Universiti Malaysia Sabah.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dan khususnya Ranting Kg Lubok Wong, sebuah perkampongan Orang Asal disini, kehilangan seorang pejuang keadilan.
Srikandi Keadilan diketuai oleh Siti Aishah Sh Ismail, dan jawatankuasa Keadilan Cabang Kuala Krau telah menziarahi mendiang Budin diketuai oleh Haji Suhaimi bin Said. Turut hadir menziarah adalah Hendon Jaafar, Letchmy Govindasamy, Anita Karim, Hafez Harun.
Semua wakil dari semua Ranting Orang Asal di Kuala Krau turut menziarahi.

Tiada ulasan: