Ahad, 4 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Srikandi di rumah Haji Suhaimi

Posted: 03 Jul 2010 09:24 PM PDT

Walaupun didalam hujan dan berhadapan dengan perlawanan bolasepak Germany lwn Argentina, ceramah Srikandi di Rumah Haji Suhaimi tetap diteruskan malam tadi 3hb Julai 2010
Ahmad Nizam Hamid


Man Kadir selaku Pengerusi Majlis

Ginie Lim, AJK AMK KEADILAN Pusat tetap hebat





Program Srikandi Hari ini - 4hb Julai 2010

Posted: 03 Jul 2010 08:29 PM PDT

Jam 10.00 pagi
Lawatan ke Pekan Sehari Temerloh
Jam 12.30 tengah hari
Makan Tengah hari bersama anggota-anggota KEADILAN Cabang Temerloh
di Rumah Sdr Tajudin Ramli, Bendahari Cabang Temerloh
di Taman Temerloh Jaya.
Jam 4.00 Petang
Siti Aishah Sh Ismail, Ketua Serikandi akan melawat
Kg Terbol dan Kg Pian, di Kuala Krau
Manakala
Farah Afzan Rafidi, Timbalan Ketua Srikandi akan melawat
Kg Matau, Bandar Jengka, Kuala Krau
SELEPAS PROGRAM DI KG PIAN DAN KG MATAU
7 Orang Srikandi ini akan kembali ke Kuala Lumpur
dan seramai 5 orang pimpinan Srikandi Selangor akan menggantikan tempat
mereka untuk berceramah di Kg Paya Angut, Kuala Krau.
PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG KUALA KRAU MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SRIKANDI KEADILAN PUSAT.

Srikandi disambut meriah di Kg Paya Mengkuang, Temerloh

Posted: 03 Jul 2010 07:13 PM PDT

Siti Aishah Shaikh Ismail
Mat Abu dan Rakan-rakan

Ahmad Nizam Hamid

Farah Afzan Faridi, Timbalan Ketua Srikandi Pusat

Bati Berat dari Selangor
Ramli Lugan
Roman Acai
Kin Kasim

Srikandi Keadilan Pusat yang diketuai oleh Siti Aishah Sh Ismail serta rombongan 7 Jawatankuasa Srikandi Pusat telah diberikan sambutan meriah oleh penduduk Orang Asal Kampong Paya Mengkuang, Sanggang, Temerloh.

Lebih 100 orang penduduk Kg Paya Mengkuang hadir didalam Majlis Ramah Mesra di kampong itu pada petang 3hb Julai 2010.
Ginie Lim, Anggota Jawatankuasa AMK Keadilan Pusat memukau penduduk Kg Paya Mengkuang dengan ucapannya yang begitu faseh didalam Bahasa Melayu. Penduduk melahirkan rasa tidak puas hati mereka kerana Ginie tidak dapat lebih panjang diatas kesuntukan masa.

Yang memegunkan penduduk ialah kehadiran Batin Berat dari Banting, Selangor yang mendedahkan kebobrokan Kerajaan yang dipimpin oleh Khir Toyo, Menteri Besar Barisan Nasional dan beliau menyatakan bahawa penduduk Orang Asal di Negeri Selangor sangat berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau menyatakan bahawa sejak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor, kebajikan Orang Asal telah dipertingkatkan, dan tuntutan Orang Asal keatas tanah telah dan sedang diambil tindakan dengan beberapa kampong telah pun menerima geran tanah mereka seperti di Gerachi dan Pertak di Kuala Kubu Baru.

Kerajaan Selangor juga telah menubuhkan BBTOAS yang dipegawaikan oleh pegawai-pegawai Orang Asal di Selangor yang bekerja berterusan untuk menyediakan profail kampong, penduduk, dan kawasan hutan sekitar kampong masing-masing bertujuan untuk mengeluarkan geran tanah kepada penduduk Orang Asal.

Sejak 50 tahun lalu, barulah kini Orang Asal merasakan bahawa kedudukan mereka terbela di Negeri Selangor, dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Khalid kerana telah memberi ruang kes Saggong Tasi menang di Mahkamah Persekutuan dan Orang Asal telah mendapat gantirugi hingga berjuta ringgit.

Ginie Lim menyataskan bahawa BN kini sudah dipersimpangan jalan. 80% pengundi-pengundi Cina telah menolak BN, dan tanpa sokongan undi kaum Cina, BN tidak akan dapat mengekalkan kuasanya lagi.

Ginie mendedahkan bahawa di kawasan kampongnya di Melaka, kampong Orang Asli di Ampangan, Machap Umboo telah diambil-alih oleh Kerajaan, dan Orang Asal yang sudah berkampong berpuluh-puluh tahun disana telah dikeluarkan dari kampong itu tanpa pampasan sewajarnya.
AJK AMK itu menambah bahawa politik adalah satu perjalanan. Rakyat sudah mula bangkit apabila Dato Seri Anwar dianiaya, dan rakyat bangun dengan geledak Reformasi yang besar, kini berlaku politik baru, prinsip baru dan nilai baru. Rakyat bersatu tanpa mengira kaum dan mereka berjuang untuk kepentingan dan hak bersama, dan Orang Cina mulai sedar bahawa Negara ini adalah Negara untuk semua rakyat, dan mereka bukan penumpang di Negara ini, dan oleh itu mereka mahu mennyumbangkan tenaga mereka untuk politik bersama.

Politik ini juga dianggap sebagai sebuah kereta, ia mesti ada minyak untuk bergerak dan mesti ada arah tuju untuk sampai ke destinasinya.
Gerakan Reformasi dan Parti Keadilan Rakyat boleh dianggap kereta itu dan mempunyai arah tuju yang jelas dan nyata demi keseluruhan rakyat Malaysia.
Secara kelakar Ginie menytakan bahawa BN tu bukan saja Barang Naik tetapi akhir-akhir ini dimaksudkan BINI NAJIB yang akhir-akhir ini setiap hari keluar dalam TV dan media-media lain seolah-olah dialah Perdana Menteri dan Najib adalah Setiausaha Politiknya
Beliau terharu mendengarkan berita dari ucapan Ramli Lugan, Roman Acai, Mat Labu, Mat Abu dan Anuar pimpinan Orang Asal setempat menyatakan tanah adat dan tanah rayau Orang Asal sudah habis diceroboh oleh puak-puak UMNO/BN, dan beliau menyatakan juga bahawa pencerobohan ini juga berlaku diatas tanah Orang Melayu, sedangkan tanah milik negara seperti Tanjong Pagar di Singapura terlepas dengan mudah ke tangan Singapura; dan kini Perdana Menteri Singapura menghadiahkan kepada Najib mainan kucing, dan itulah nilai Perdana Menteri Malaysia di kaca mata dunia.
Farah Afzan, Timbalan Ketua Srikandi pula memberitahu bahawa didalam sesi Parlimen yang lau, ada ahli Parlimen Pembangkang menyatakan bahawa Kerajaan ini bukan lagi Kerajaan Barisan Nasional tetapi Kerajaan Bini Najib, dan tak ada seorang pun dari anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional yang bangun membantah, bererti ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional juga bersetuju bahawa Kerajaan ini sudah dikongkong oleh bini Najib.

Afzan menyatakan bahawa tanah Orang Melayu di Berembang, Ampang dan rumah-rumah mereka yang telah mereka dirikan di kampong itu telah dirobohkan.

Rosmah telah menghabiskan wang negara dengan membawa rombongan budaya ke Amerika dengan perbelanjaan berjuta ringgit.

Beliau turut mendedahkan kisah 40 orang Ulamak Muda masuk UMNO. Mereka itu tertipu kerana tidak menjangka kehadiran mereka yang diwar-warkan untuk satu tujuan lain diperangkap untuk mengisi borang UMNO, mereka itu Insya Allah tidak akan terus tertipu oleh UMNO @ APCO.
Siti Aishah, Ketua Srikandi Pusat, terharu melihat kedhaifan penduduk di Kg Paya Mengkuang, seolah-0lah mereka terpinggir. Beliau sedih melihat rumah-rumah penduduk, dan mempersoalkan kemampuan anak-anak untuk membesar didalam keadaan yang serba dhaif.
Beliau cukup terharu mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan Orang Asal sebelumnya yang menceritakan keadaan kemiskinan Orang Asal dan keadaan tanah-tanah mereka diceroboh oleh Orang Luar dengan kerjasama dari pimpinan UMNO.
Beliau mengajak Orang Asal di kampong itu supaya berada didalam arus perdana memperjuangkan nasib dan hak mereka melalui Parti Keadilan Rakyat.
Sebelum itu Sdr Roman Acai mempertikaikan tindakan Kerajaan kononnya membela kedudukan Orang Asal. Beliau menyatakan bahawa binatang-binatang ada Rezab mereka apabila dihampir semua hutan sekeliling kampong Orang Asal digazetkan sebagai Rezab Perhilitan tetapi Orang Asal tidak mempunyai Rezab yang digazetkan.
Roman juga menyatakan bahawa Orang Asal menolak cara hidup "belas ikhsan" tetapi menuntut supaya mereka diberikan hak semacam Orang Melayu juga. Mereka tak mahu perkara percuma. Dan beliau cabar pemimpin-pemimpin UMNO supaya membenarkan bini masing-masing diceroboh oleh Orang lain dan hasil cerobohan itu dapatlah "anak percuma". Pemberian percuma ini bukanlah budaya Orang Asal tetapi Orang Asal telah dihina oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN.
Beliau bersyukur bahawa kalau dulu, 100% Orang Asal menyokong UMNO, tetapi kini sudah hampir 50%-50% dan tidak lama lagi akan memihak kepada Pembangkang.
Anak muda Orang Asal dari Kg Lubok Wong, Ramli Lugan, menyatakan bahawa walaupun Negara sudah Merdeka 50 tahun lampau, tetapi Orang Asal belum merdeka. Tanah Orang Asal dirampas dengan mudah untuk projek-projek yang tidak mendatang apa-apa faedah dan menfaat kepada Orang Asal.
Beliau sedih melihat suku bangsa beliau, Orang Asal, hidup terpinggir dan dalam kemiskinan. Kini sesiapa berpendapatan RM1500 kebawah dianggap miskin tegar, dan beliau tidak tahu bagaimana untuk menyatakan kedudukan Orang Asal kerana rata-rata mereka berpendapatan kurang dari RM300 sebulan!
Ketua KEADILAN Ranting Beredut, Mat Abu, mendedahkan bahawa wakil rakyat kawasannya, Dato Mohamed Jaafar telah melawat kampongnya pada 25hb Jun 2010 dengan menghadiahkan satu kerusi roda kepada seorang wanita yang kurang upaya dan membawa hamper-hamper untuk orang tua-tua.
Beliau terperanjat dengan lawatan ini kerana Wakil Rakyat itu sudah menjadi Wakil Rakyat hampir 5 penggal dan itulah kali pertama dia datang ke kampongnya. Mat Abu menyatakan bahawa beliau tahu kenapa Wakil Rakyat itu datang ke kampong itu kerana beliau telah terdengar bahawa lebih 80% penduduk kampong Beredut telah menyertai Parti Keadilan Rakyat
Kampong Beredut, kata Mat Abu, adalah kampong yang paling miiskiin di Kuala Krau. Tidak ada jalan yang sempurna, tidak ada elektrik, tidak ada air bersih, dan tidak ada apa-apa kemudahan samada untuk kanak-kanak, orang-orang dewasa, tidak ada klinik, tidak ada tadika, tidak ada balairaya. Rumah-rumah di kampong itu semuanya uzur-uzur belaka, dan kampong itu pula sudah digazetkan sebagai Rezab Perhilitan dan kerajaan sudah mula menghalau penduduk dari kampong itu.
"Bila kita minta jalan tar, UMNO jawab tak boleh kerana ini kawasan Rezab Perhilitan, bila kita minta air paip, UMNO jawab tak boleh kerana ini kawasan Rezab Perhilitan, apa juga permohonan yang kami minta, semua dijawab tidak boleh kerana kampong itu terletak didalam kawasan Rezab, yang hairannya Kerajaan ini buta ke bahawa kami sudah tinggal di kampong ini lama sebelum kemasukan Jepun lagi, dan disini kami ada kubur nenek moyang kami, dan disinilah dari generasi ke generasi kami tinggal, kenapa kampong kami digzetkan sebagai Rezab Perhilitan?' tanya Mat Abu.
Batin Berat dari Selangor turut menyerikan Majlis dengan menyatakan bahawa beliau adalah Batin dengan gaji hanya RM200.00 sebulan. Kalau tak kerana tulang empat kerat ini, tak mampu nak tanggung anak isteri, katanya.
Kalau kerajaan nak pecat pun tak apa, katanya, 3 bulan baru RM600.00, beliau mendedahkan bahawa semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar, tanah-tanah Orang Asal diceroboh, buat Felcra. Tetapi di seluruh Selangor 5 orang memohon menjadi peserta Felcra pun ditolak oleh Kerajaan UMNO.
Sekarang dah lain, kata Batin Berat, beliau pergi jumpa Tan Sri Khalid di Shah Alam, dan MB baru ini cukup hebat. Beliau mengambil tahu tentang Orang Asal dan sudah mula mengeluarkan geran untuk tanah-tanah Orang Asal.
Sdr Nizam Abdul Hamid, selaku Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Temerloh, mendedahkan bahawa dari segi sejarahnya bahawa Orang Melayu dan Orang Asal adalah dari aliran yang sama yakni datangnya dari Yunan, Cina. Hanya Orang Asal datang lebih awal, ribuan tahun lebih awal dari Orang Melayu.
Beliau menceritakan beberapa kes di Mahkamah yang beliau membela Orang Asal yang tanah mereka diceroboh oleh pihak luar. Satu kes melibatkan kampong Orang Asal di Rompin mengenai tanah rayau mereka yang telah diceroboh, dan orang Asal disana menceritakan bahawa mereka sudah tinggal disana sejak kedatangan Belanda ke Melaka.
Orang Asal disana menceritakan bahawa dari masa ke masa mereka memohon geran tanah, akhirnya tanah yang mereka pohon itu diserah kepada Tabung Haji.
Beliau juga menceritakan tentang kematian 11 orang anak Orang Asal di Kg Mendoi kerana telah diberikan obat yang berlebihan, dan beliau berjaya mendapatkan pampasan untuk keluarga mereka.
Beliau menyeru pimpinan KEADILAN Ranting Paya Mengkuang meningkatkan perjuangan, menambahkan keanggotaan dan seterusnya bergerak bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat dengan bersiap sedia menghadapi Pilihanraya akan datang.









Tiada ulasan: