Khamis, 15 Julai 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


MB Selangor akan dedah pemimpin Umno-Bn dapat lesen lombong pasir

Posted: 15 Jul 2010 08:58 AM PDT


SHAH ALAM 15 Julai - Kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan senarai individu yang diberikan lesen melombong pasir oleh kerajaan Umno-BN sebelum ini sebagai langkah menegakkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Abdul Khalid juga berkata beliau akan menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.


Beliau juga berharap pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak membangkitkan isu kecurian pasir untuk tujuan politik.


"Saya berharap agar dokumen yang diberikan memadai untuk Timbalan Perdana Menteri memberi arahan kepada pihak berkuasa bertindak secara professional.


"Ini dilakukan bagi membolehkan individu tersebut dinilai sama ada mereka layak menerima lesen berkenaan meskipun langkah tersebut diketahui tidak akan disenangi beberapa pihak," kata Menteri Besar pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.


Semalam kerajaan negeri surat kepada Muhyiddin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi gejala ini.


Salinan surat juga dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.


Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan dalam surat tersebut kejadian curi pasir berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional.

Umno-Bn guna Isu Pasir Selangor kaburi tindakan naikkan harga gula & petrol

Posted: 15 Jul 2010 08:25 AM PDT


SHAH ALAM 15 Jul - Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenaikkan harga petrol sebanyak 5 sen bagi petrol dan diesel yang akan berkuatkuasa tengah malam ini.


Keputusan yang dibuat secara drastik ini menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah cuba menutup isu kenaikkan bahan bakar itu dengan memperbesar-besarkan isu penyelewengan pasir di Selangor.


Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Syed Shahir Syed Mohamud yang dihubungi wartawan berkata tindakan Umno-BN yang memperbesarkan satu-satu isu dengan cara yang cukup licik untuk menutup kelemahan kepimpinan Umno-BN dalam isu berkaitan dengan rakyat.


"Tindakan menaikkan harga petrol ini sebenarnya akan menyebabkan kesan dan impak negatif kepada rakyat bawahan.


"Pakatan Rakyat memandang serius perkara ini memandangkan rakyat di bawah semakin tidak selesa dengan tindakan itu yang akan menyebabkan kos barangan lain meningkat," ujarnya


Kenaikkan itu katanya lagi akan menyebabkan rakyat bawahan akan menjadi lebih marah terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini mewar-warkan polisi 1Malaysia yang kononnya mengutamakan rakyat.


Mengenai isu penyelewengan pasir di Selangor, Syed Shahir berkata prinsip Pakatan Rakyat sememangnya tidak bersetuju dan menentang segala bentuk penyelewengan.


"Isu penyelewengan pasir ini bukan isu semalam tetapi telah berlaku hampir 30 hingga 40 tahun lepas semasa zaman Umno-BN menjadi kerajaan di Selangor.


"Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo nampaknya ingin menjadi juara dalam hal ini sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar tidak ada sebarang usaha yang dibuat dalam memerangi isu penyelewengan dan kecurian pasir di negeri itu.


"Kita bukan ingin menutup isu ini malahan kita juga menentang kerana ianya bukan memberikan kesan kepada orang ramai tetapi juga kepada alam semulajadi," tegas beliau.


Dalam pada itu, beliau juga menyeru semua pihak terutamanya pihak berkuasa seperti pihak polis, Jabatan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor khususnya agar mengambil tindakan yang tegas terhadap individu-individu yang terbabit dalam hal yang berkaitan dengan penyelewengan pasir.

Tiada ulasan: