Khamis, 15 Julai 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


UMNO JANGAN MENGIKUT EMOSI! - KATA KEADILAN BERA

Posted: 15 Jul 2010 02:00 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera memandang serius dengan cabaran yang dibuat oleh Exco Hal Ehwal Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Dato' Tan Aminuddin Ishak di Perhimpunan Membantah Provokasi Suara Keadilan yang di adakan di Jengka 23 kelmarin sebagaimana yang tersiar di akhbar Sinar Harian – Zon Maran, 15 Julai 2010.

Didalam program tersebut mencabar agar penyokong pembangkang di kalangan peneroka yang cuba untuk memecah belahkan keharmonian masyarakat Felda dengan kewujudan isu 'Felda Bankrap' ini agar menyerahkan semula geran milik mereka kepada Felda.

Cabaran tersebut memperlihatkan seolah-olah UMNO di negeri ini sudah tidak senang duduk dengan setiap pendedahan yang disiarkan itu. Didalam masa yang sama juga seolah-olah UMNO cuba menyekat hak kebebasan masyarakat felda untuk menyokong parti selain daripada UMNO ini.

KEADILAN Cabang Bera tidak melihat setiap tindakan yang berlawanan dengan UMNO itu sebagai penentangan secara membabi buta tetapi ianya lebih kepada membetulkan keadaan sebagaimana yang didakwa tersebut.

Seharusnya UMNO cuba mencari apa yang tidak betul didalam Felda itu sebagaimana yang didakwa dan berusaha untuk memperbaikinya dan bukannya bertindak serta bercakap mengikut emosi seperti yang berlaku kelmarin.


PETIKAN AKHBAR SINAR HARIAN – ZON MARAN
15 JULAI 2010 / KHAMIS


JENGKA 23 – Penyokong parti pembangkang dalam kalangan peneroka yang menjadi pencetus kepada perpecahan keharmonian warga Felda dengan kewujudan isu 'Felda Bankrap' dicabar untuk menyerahkan semula geran milik mereka kepada Felda.

Ini dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dalam ucapannya di Perhimpunan Membantah Provokasi Suara Keadilan di Jengka 23, kelmarin.

Lebih 600 peneroka di seluruh Felda Wilayah Jengka berhimpun secara aman untuk membantah tuduhan pembangkang melalui akhbar Suara Keadilan mengatakan 'Felda bankrap'.

Perhimpunan itu turut menyatakan sokongan mereka kepada tindakan kerajaan menyaman parti pembangkang dan akhbar itu berhubung artikel yang menjejaskan keharmonian yang dikecap warga Felda.

Turut hadir, Ahli Lembaga Koperasi Permodalan Felda Berhad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail, ADUN Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din.

TEKANAN TIGA SERANGKAI KDN BABITKAN SUARA KEADILAN, HARAKAH, THE ROCKET

Posted: 14 Jul 2010 07:51 PM PDT

SHAH ALAM:

Selepas menggunakan pelbagai ruang untuk menyekat penebitan akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan akhbar rasmi PAS, Harakah dengan pelbagai ugutan dan tekanan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekali lagi meneruskan sikap bacul mereka dengan menekan akhbar suara rasmi DAP, The Rocket pula.

The Rocket menerima dua surat tunjuk sebab dari pihak KDN atas alasan parti itu telah melanggar syarat permit penerbitan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang telah tamat tempoh sah laku pada 30 Jun lepas.

Permit akhbar DAP edisi versi Melayu berakhir pada September depan manakala versi Cina telah luput pada November tahun lalu.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata DAP telah menghantar permohonan untuk memperbaharui permit setahun yang lalu iaitu pada 10 Julai 2009.

"Selepas kita menghantar kelulusan tersebut, kita hanya menerima kelulusan untuk akhbar edisi bahasa Malaysia pada 10 Jun 2010 yang mana selepas hampir setahun baru kami diberitahu permit itu diluluskan tetapi malangnya pada September tahun ini akan tamat.

"Manakala untuk edisi bahasa Cina dan bahasa Inggeris masih tidak lagi diluluskan sehingga sekarang," kata Tony pada sidsang media di parlimen hari ini.

Menurutnya, awal minggu depan Jawatankuasa Pusat DAP akan bermesyuarat berhubung tindakan seterusnya dan akan cuba membuat perjumpaan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk berbincang apakah cara terbaik untuk menyelesaikan isu permit dan penerbitan akhbar rasmi parti itu.

Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh berkata DAP mengambil serius berhubung surat yang diterima daripada KDN kerana permohonan telah dibuat untuk memperbaharui permit dan parti tidak menerima sebarang respon dari pihak KDN sehinggalah DAP membuat permohonan itu.

Petang Isnin, dua pegawai KDN melawat ibupejabat DAP di Petaling Jaya dan menyerahkan surat tunjuk sebab kepada editor Rocket - versi bahasa Cina.

Surat itu menuntut penjelasan mengapa parti itu meneruskan penerbitannya meskipun tempoh permitnya telah berakhir.

Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, Rocket besar kemungkinan juga menghadapi tindakan digantung.

Sebelum ini, dua lagi organ Pakatan Rakyat, Suara Keadilan yang dimiliki KEADILAN digantung manakala Harakah yang dimiliki oleh PAS diberi dua surat tunjuk sebab.

Dalam hal yang sama, Harakah semala menjawab surat tunjuk sebab kedua daripada KDN berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah tamat tempoh permit.

Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan, Datuk Kamaruddin Jaffar dipanggil KDN kerana tetap meneruskan penerbitan akhbar itu meskipun permitnya tidak diperbaharui.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

PAKATAN RAKYAT PUTUSKAN HENTI SEMUA TERBITAN AKHBAR RASMI PARTI SEMENTARA WAKTU

Posted: 14 Jul 2010 07:46 PM PDT

KUALA LUMPUR:

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutuskan ketiga-tiga akhbar rasmi parti - Suara Keadilan, Harakah dan The Roket dihentikan terbitannya mulai minggu ini sehingga mendapat keputusan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Keputusan bersama itu dicapai pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakah di parlimen petang tadi.

"Kita putuskan untuk hentikan penerbitan ketiga-tiga akhbar rasmi dari parti Pakatan Rakyat iaitu Suara Keadilan, Harakah dan Roket.

"Penangguhan ini di ambil sehingga kita mendapat keputusan rasmi dari KDN, Kita akan membuat satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan masalah permit terhadap ketiga-tiga akhbar tersebut.

"Wakil dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan akan bertemu dan berbincang dengan Hishammuddin bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

"Pada perjumpaan tersebut kita akan menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh KDN dan berharap tindakan segera ini boleh memyelesaikan kekusutan yang berlaku. Kita akan mengikut kesemua peruntukan yang ditetapkan, kita berharap pertemuan ini dapat disegerakan.

"Kita mahu penyelesaian yang sewajarnya diberikan oleh Menteri terbabit agar menunjukkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi serta tidak menekan kebebasan media," jelasnya.

Tambah Anwar lagi pihak parti akan mengkaji semula tindakan yang bakal diambil minggu hadapan setelah penanggguhan penerbitan akhbar tersebut.

Ketika ditanya berkenaan dengan tindakan pihak polis ingin bertemu dengan Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib, Anwar menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya.

"Kalau polis nak siasat itu hak dia dan kita akan bagi kerjasama, bagi saya banyak lagi kes jenayah yang belum selesai tetapi polis masih lagi menumpukan kerja mereka menekan Pakatan Rakyat," sambungnya.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

Tiada ulasan: