Sabtu, 3 Julai 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM

PARTI KEADILAN RAKYAT Cabang Bera, Pahang DM


GANTUNG SUARA KEADILAN LANGKAH PERTAMA TEKAN MEDIA MALAYSIA

Posted: 03 Jul 2010 01:05 AM PDT

SHAH ALAM 02 JULAI 2010:

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu permohonan memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang ditolak Kementerian Dalam Negeri semalam menunjukkan betapa pentingnya Malaysia menggubal atau meminda dasar yang dapat memahami dan mencerminkan keadaan global negara.

"Pagi tadi Suara Keadilan diharamkan, esok program saya di Johor dibatalkan. Nasib baik mereka tak sempat tahu pasal program Mitchell Kapoor hari ini, kalau tidak dibatalkan sekali lagi," kata beliau membidas tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berusaha mengekang aktiviti KEADILAN.

Permohonan tersebut tidak dipertimbangkan KDN atas alasan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang diberi kepada Suara Keadilan pada 28 Jun lalu tidak memuaskan.

Tindakan KDN ini dipercayai berhubung tajuk laporan 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam edisi 22-29 Jun akhbar tersebut.

Ekoran itu, semalam Felda telah menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada Suara Keadilan Anwar berkata kini tiada berita penting dan utama dipaparkan di media arus perdana kerana kesemuanya dikawal oleh kerajaan.

Sebelum itu ketika berucap di forum Inovasi dan Keusahawanan di Bangunan SUK, di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.

Beliau membidas akhbar seperti Utusan Malaysia yang menyorokkan komen beliau tentang Rancangan Malaysia Ke-10 yang mendedahkan kepincangan Malaysia yang mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.

Sebaliknya media arus perdana sibuk memburukkan beliau sebagai agen Yahudi dan Amerika.

Komen beliau mengenai kelemahah RMK-10 tidak akan dipaparkan langsung di dalam mana-mana media arus perdana yang dikawal kerajaan Umno-BN kerana takutkan kebenaran daripada diketahui umum.

Beliau juga mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk menyampaikan syarahan.

"Saya telah dipanggil ke AS untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.

"Sahabat saya terdiri daripada pelbagai kaum dan saya sendiri tidak tahu samada mereka Yahudi atau tidak. Ada antara mereka yang mengenali saya tetapi saya tidak begitu mengenali mereka. Yang penting di sini ialah saya tidak melihat mereka dari aspek perkauman tetapi perjuangan mereka dan begitu juga sebaliknya, mereka bukannya berkawan dengan saya kerana saya Melayu," tegas beliau lagi.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

KIT SIANG DESAK HENTIKAN TINDAKAN GANTUNG SUARA KEADILAN

Posted: 03 Jul 2010 12:50 AM PDT

SHAH ALAM 03 JULAI 2010:

Pergantungan permit penerbitan Suara Keadilan perlu dibatalkan segera kerana ia akan menggambarkan keihklasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan pentadbiran terbuka dan sistem yang lebih toleran serta bertanggungjawab.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap organ rasmi KEADILAN itu sebagai satu tindakan pilih kasih sedangkan akhbar seperti Suara Perkasa yang bersifat menghasut dan berbaur perkauman dibenarkan penerbitannya.

Beliau merujuk kepada penerbitan Suara Perkasa beberapa hari lepas dengan tajuk muka hadapannya meminta kerajaan mengambil tindakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) terhadap Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap Suara Keadilan merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pelampau perkauman seperti Perkasa yang diterajui oleh pemimpinnya, Datuk Ibrahim Ali.

Katanya, penggantungan permit Suara Keadilan bercanggah dengan jaminan perdana menteri kononnya untuk mewujudkan pentadbiran telus dan terbuka, sedangkan penerbitan bersifat perkauman dan menghasut seperti Suara Perkasa dibiarkan edarannya secara meluas.

"Pergantungan permit organ KEADILAN, Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu dibuat secara munasabah kerana ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri untuk mewujudkan satu sistem yang lebih terbuka, toleran, telus dan bertanggungjawab dalam pentadbirannya," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.

Tegasnya, memandangkan Felda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan, adalah tidak wajar bagi pihak KDN meneruskan intimidasinya terhadap akhbar itu kerana perkara itu telah di bawa ke mahkamah.

"Satu daripada isu yang digunakan untuk menjustifikasi penggantungan Suara Keadilan ialah laporannya mengenai status kewangan Felda.

"Bagaimanapun, oleh kerana Felda telah memulakan saman RM200 juta dan tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan mengenai laporan itu, ia tidak sepatutnya menjadi asas untuk mana-mana tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata Kit Siang lagi.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

INILAH 'CARA' AKHBAR KITA DI MALAYSIA

Posted: 02 Jul 2010 06:13 PM PDT

Siri menyerang negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat (PR) melalui media masa dan cetak berulang lagi dan akan terus berulang dengan 'sesi terbarunya' telah bermula pada akhir bulan Jun 2010 ini.

Buktinya apabila Utusan Malaysia (UM) sejak 2-3 hari lepas sehinggalah ke hari ini berterusan menyerang akan keputusan yang meletakkan Azmin sebagai Pengerusi MPN Keadilan Selangor manakala TS Khalid Ibrahim pula hanyalah memegang jawatan Menteri Besar Selangor sahaja.

Didalam Utusan Malaysia (UM) semalam 30 Jun 2010 telah memperuntukan dua muka surat penuh di halaman muka 4 dan 5 akhbar tersebut semata-mata untuk menyerang dan memburukkan kepimpinan PR Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim.

Kita sebagai rakyat bawahan melihat agenda yang berterusan oleh akhbar UM ini menyerang habis-habisan adalah sebagai usaha dan jalan terakhir UMNO / BN untuk kembali menambat hati rakyat didalam menawan negeri Selangor didalam PRU yang ke 13 akan datang.

Amatlah memalukan kita apabila akhbar-akhbar utama Negara kita telah dijadikan sebagai senjata utama untuk menyerang parti-parti pembangkang yang tidak sehaluan dengan pemerintah.

Cuba kita bandingkan dengan akhbar-akhbar di UK, Amerika Syarikat, Jepun serta jiran tertangga kita di Indonesia, Thailand atau pun Filipina jelas memperlihatkan bagaimana akhbar-akhbar dinegara mereka menjadi sebagai satu 'suara rakyat' untuk memperbetulkan sebarang kecacatan dan kesilapan yang dimainkan oleh pemerintah.

Perbandingan kita dengan mereka ibaratkan langit dan bumi kerana kita tahu akhbar-akhbar yang berada di negara kita ini tidak mampu untuk menyaingi rakan-rakan mereka disana didalam menyampaikan cerita dan maklumat.

Melihat era akhbar di zaman ini amatlah berbeza ketika UM terutamanya beroperasi dizaman era Kolonial British yang secara jelas pada ketika itu menjadi alat untuk meniup semangat orang-orang Melayu terutamanya untuk bangkit memperjuangkan hak-hak kita agar diberikan tempat yang sepatutnya.

Dengan memaparkan 'Tagline' atau cogankata yang hebat di muka hadapan akhbar sebagai pengenalan akhbar masing-masing, sepatutnya sudah boleh menggambarkan kepada rakyat bahawa inilah matlamat dan halatuju akhbar yang bakal dipersembahkan maklumat dan berita yang sesuai untuk rakyat mengetahuinya dan bukannya dengan bertindak sebagai lidah rasmi kepada parti-parti politik seperti UMNO dan Barisan Nasional yang terus memainkan isu-isu yang panas dan jijik untuk dijadikan bahan kempen mereka!

Tetapi itulah hakikatnya yang harus kita terima dan akui akan haluan sebenar akhbar-akhbar ini dinegara kita…


* Sumber http://ingeniur.blogspot.com

PENDIRIAN ANWAR, KEADILAN JELAS TENTANG SIKAP AGRESIF ZIONIS

Posted: 02 Jul 2010 06:09 PM PDT

PETALING JAYA 02 JULAI 2010:

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam.

Dalam satu kenyataan media hari ini KEADILAN berkata parti itu akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

"Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran yang kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

"Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim Zionis. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara," kata Pengarah Komunikasi, Jonson Chong.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia.

Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

"Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif Zionis, sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia," cabar Jonson lagi.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

KDN HENTIKAN PENERBITAN SUARA KEADILAN

Posted: 02 Jul 2010 05:57 PM PDT

SHAH ALAM 02 JULAI 2010:

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini secara rasmi memaklumkan pemberhentian penerbitan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan atas alasan permitnya telah tamat pada 30 Jun lalu.

Dalam surat yang dikirim Ketua Setiausaha, KDN berkata tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh akhbar berhubung surat tunjuk sebab yang dihantar ke kementerian itu bertarikh 29 dan 30 Jun lalu.

Surat tersebut yang dihantar dengan tangan dialamatkan kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib.

Menurut KDN, Panel 13 Kementerian tersebut yang menilai permit penerbitan dan lesen mesin cetak tidak berpuashati dengan penjelasan yang terkandung dalam surat jawapan yang diterima kementerian itu berhubung artikel yang disiarkan Suara Keadilan bertajuk 'Felda Bankrap' dalam isu 237 bertarikh 22 Jun hingga 29 Jun lalu.

"Sila ambil perhatian bahawa panel 13 KDN belum lagi mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan bagi Suara keadilan. Justeru itu, permit bagi penerbitan Suara keadilan kini tidak lagi sah sehingga satu keputusan mengenainya dikeluarkan oleh kementerian ini,"ujarnya.

Selain itu, KDN juga telah mengeluarkan surat kepada pencetak akhbar Suara Keadilan untuk menghalang syarikat itu mencetak akbar berkenaan yang dianggap sudah tamat tempoh sah laku.

KDN juga telah menyenaraikan lampiran butiran pelanggaran syarat dan tindakan yang diambil terhadap Suara Keadilan yang dilampirkan bersama dalam surat berkenaan.

Antaranya berhubung kegagalan Suara keadilan menghantar lapan naskah dengan segera ke kementerian sebaik ia dicetak untuk semakan pihak kementerian pada 7 Januari 2010.

Suara Keadilan juga diberi surat nasihat bertarikh 23 Febuari 2010 berhubung isu di muka surat 3 bertajuk "Umno-BN Ketagih Sedut Hasil Petronas", "BN Bolot, Jual Saham Bernas" dan isu di muka surat 12 bertajuk "Umno-BN Rosakkan Institusi Perubatan".

KDN sekali lagi menghantar surat nasihat pada 8 April 2010 berikutan kegagalan Suara Keadilan menghantar lapan naskah ke kementerian itu bagi tujuan semakan selepas ia dicetak.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

Tiada ulasan: