Sabtu, 24 Julai 2010

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


SELANGOR - GENDANG DIPALU, AYUH PR SELANGOR !!

Posted: 24 Jul 2010 07:13 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


GENDANG telah dipalu oleh Umno Selangor. `Peperangan' antara Umno sekutu Apco dengan PR Selangor bakal bermula. Umno telah mula memasuki gelanggang dengan menampilkan raja sesumpah Senatak Ezam beserta Noh Omar. Khir Toyo tidak perlu ditampilkan kerana ini mungkin akan `memalukan' beliau nanti.

Soalnya, adakah PR Selangor akan melihat sahaja `Badut-Badut' upahan Najib ini? Umno kini tidak lagi percaya kepada media pencacai mereka untuk mempengaruhi rakyat Selangor. Semenjak 2008 lagi, media tersebut telah dicop sebagai `lidah syaitan' oleh majoriti rakyat Selangor. Isu kandang babi sehingga kepada isu kepala babi, isu azan di masjid, isu YB Elizebeth Wong, isu air dan banyak lagi isu yang dipanaskan oleh media pencacai cuma menjadi tontonan penglipur lara sahaja. Terkini, isu pasir dan sekali lagi isu ini memakan tuan.

Justeru itu, Umno Selangor terpaksa bergerak sendiri memasuki seluruh ceruk kampung untuk mencari-cari jika ada lagi rakyat yang bodoh-bodoh untuk dipermainkan. Sehubungan itu, PR Selangor seharusnya memantau perkembangan ini kerana kita simpati jika ada walau seorang jua pun rakyat Selangor yang tertipu dengan gerombolan raja sesumpah.

Perancangan dan strategi harus dilakukan segera. Ini merupakan tugas terbesar mungkin buat Ketua Penerangan Selangor iaitu Us Badrul Amin. Kita penuh yakin, beliau mampu menggerakkan jentera kerajaan bagi menangkis serangan dari Umno Selangor itu. Kita hadapi mereka dengan hujah dan fakta, meskipun mereka hanya menggunakan modal air liur basi mereka beserta sumpah-sumpahnya.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

EZAM SESUMPAH KETUAI KEMPEN, KHIR TOYO MULAI GEMENTAR

Posted: 23 Jul 2010 10:36 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT berjuang buat Umno di Selangor. Kempen `Selamatkan Selangor' mula dilancarkan dengan raja sesumpah Senatak Ezam selaku `Badut'nya. Ini bermakna jawatan Senatak (Senator Katak) yang diberi melalui pintu belakang kepada raja sesumpah bukan percuma. Raja sesumpah perlu buktikan kebolehannya selaku `Badut' upahan Umno untuk menjatuhkan Kerajaan PR di Selangor.

Berita yang melaporkan perkembangan ini amat dinantikan kerana kita mahu melihat Senatak Ezam akan membawa bencana sekali lagi kepada Umno Selangor. Senatak upahan Najib ini dipilih mungkin kerana beliau dahulu anak didik DS Anwar, bukan kerana lain. Dari segi pengaruh jauh sekali kerana raja sesumpah tidak pernah dibuktikan berpengaruh selepas keluar dari PKR. Bahkan, semasa berada di dalam PKR pun beliau kecundang di dalam Pilihanraya di Parlimen Shah Alam. Sewaktu berada di dalam GERAK, raja sesumpah tidak berjaya di dalam objektifnya untuk menentang rasuah, bahkan beliau sendiri menyertai tim rasuah di dalam Umno.

Suara-suara menentang rasuah tidak lagi bermain di mulut raja sesumpah Ezam ini. Beliau banyak mengigau dan merapu dengan menyebut nama DS Anwar walau ke mana beliau berceramah. Mungkin kerana rindu dendam terhadap bekas bosnya itu. Peranan yang diberikan kepada raja sesumpah untuk mengetuai Kempen Selamatkan Selangor dilihat sebagai satu usaha untuk membogelkan Khir Toyo terutamanya. Raja sesumpah bukan tidak tahu pelbagai kemungkaran dan penyelewengan Khir Toyo sewaktu mentadbir Selangor. Kisah Khir Toyo ini selalu Ezam sesumpah dedahkan.

Perkembangan ini amat baik bagi PR Selangor untuk berdepan dengan juak-juak raja sesumpah. Apa yang raja sesumpah mahu canangkan nanti? Kesemuanya itu akan terpelanting ke muka Khir Toyo dan Umno Selangor. Justeru itu, PR Selangor terutamanya dari PKR Selangor bersedialah dengan segala senjata untuk berdepan dengan raja sesumpah. Tentukan peluru dari raja sesumpah akan menuju kembali kepada sasaran sebenar iaitu Khir Toyo.

Sebenarnya ini tugas berat buat raja sesumpah. Bukan mudah untuk mencari kepincangan jauh sekali penyelewengan di era Tan Sri Khalid. Mungkin ada satu dua perkara yang remeh akan dikutip oleh raja sesumpah. Manakala yang lainnya sudah pasti lagu lama yang basi akan dibawa oleh raja sesumpah. Isu ketuanan Melayu, asas bangsa, kedaulatan raja-raja Melayu dan juga isu perpaduan Melayu akan dicanang oleh Ezam sesumpah. Jika ada yang lain, mungkin sumpah keramat Senatak Ezam.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan juak-juak raja sesumpah ini ke setiap penjuru bumi Selangor. PR Selangor sudah pasti akan menyediakan kumpulan yang bersedia untuk menyambut kedatangan gerombolan murahan Umno ini. Gerombolan murahan yang diketuai oleh raja sesumpah, di samping Lokman Adam yang pernah bersumpah di Masjid menuduh Ezam memakan duit parti suatu ketika dahulu, dan juga Zahid Md Arip yang pernah mencarut menyebut `hak' ibunya sendiri apabila memaki Tuan Guru Nik Aziz. Inilah muka-muka yang akan memperhambakan diri kepada Najib.

Kita amat yakin bahawa PR Selangor secara gandingan mantap PKR, PAS dan DAP cukup bersedia untuk menyambut kehadiran mereka. Kita telah maklum apa yang akan dimainkan oleh mereka nanti, dan tentukan kesemuanya akan terpalit ke muka mereka semula. Yang pasti, Khir Toyo amat takut dengan perkembangan ini.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

Tiada ulasan: