Ahad, 4 Julai 2010

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


JANJI TINGGAL JANJI

Posted: 03 Jul 2010 01:11 PM PDT

Gerik – Penduduk di Kampung Baru Cina Batu Dua, dekt sini melahirkan rasa tidak puas hati berikutan hak milik tanah yang diperoleh tidak seperti dijanjikan kepada mereka dua tahun lalu.
Teoh Beng Siang berkata masyarakat Cina di Kampung Baru Cina Batu Dua dijanjikan hak pemilikan kekal keatas tanah mereka pada 2008.

Menurutnya,semasa Masyarakat Cina disitu ditawarkan untuk menukar status pemilikan tanah kepada pemilikan kekal, ramai antara mereka merebut peluang itu dan membuat permohonan di Pejabat Daerah dan Tanah Gerik.

" Setelah memohon, penduduk disini mendapat surat makluman bahawa permohonan tanah mereka diluluskan.

"April lalu,penduduk menerima surat memaklumkan agar mengambil geran tanah mereka, namun setelah diteliti, didapati bahawa status tanah itu mempunyai tempoh pajakan sehingga 99 tahun tidak sepertimana dalam surat makluman kelulusan permohonan di mana tidak ditetapkan sebarang tempoh pajakan, katanya ketika di temui Kampung Baru Cina Batu Dua, semalam.

Beng Siang berkata,tempoh pajakan pada geran yang diterima menyebabkan penduduk tidak mendapat milikan kekal ke atas tanah yang dipohon.

Katanya, tiga penduduk di sini iaitu Lim Chim Hock, Sam Chuie @ Sam Chin Ching dan Wan Yoke Lan sudah membuat laporan polis di Ibi Pejabat Polis Daerah Gerik, semalam.

Mereka tidak puashati dan merasa diri tertipu terutama apabila masing-masing membayar premium.

"Chim Hock membayar premium sebanyak RM5,975, Sam Chuie sebanyak RM4,666 manakala Yoke Lan pula RM2,800 dan kesemuanya dibayar pada Januari tahun lalu" katanya.

Beng Siang berkata, mereka sudah membuat surat bantahan melalui Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Taiping pada 28 Mei lalu dan dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gerik, Pejabat Tanah dan Galian Perak serta Pejabat Menteri Besar Perak, namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang jawapan.

Manakala, Chim Hock berkata, sepatutnya pihak berkenaan perlu memaklumkan kepada mereka bahawa permohonan awal ditolak sebelum geran dikeluarkan.

"Namun apa yang berlaku adalah permohonan diluluskan dan premium dibayar, namun apa yang kami peroleh tidak sama seperti dijanjikan" katanya.

Sumber: Sinar Harian

Sekitar gambar gambar ceramah semasa di dewan hokkien gerik

Posted: 03 Jul 2010 09:51 AM PDT

03 July, Gerik - Pakatan Rakyat Gerik tidak ketinggalan dalam memberikan penerangan dan pendedahan kepada rakyat di kawasan gerik berkaitan dengan isu-isu terkini yang sedang berlaku di negara kita . Malam tadi telah diadakan satu Ceramah Isu-isu Semasa bertempat di dewan hokkien , Gerik. Ceramah ini dianjurkan oleh PKR Gerik bertujuan untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada seluruh pengundi di DUN Temenggor berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Penceramah yang hadir iaitu Ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye, ADUN Teja Chang Lin Kang, Adun Jalong YB Leong Mee Meng, Dato Chua Jui Meng serta mantan ahli parlimen lumut telah menarik seramai 300 orang yang hadir ke ceramah berkenaan.

Turut sama hadir pada ceramah tersebut ialah Ustaz Misbahul Munir,Ketua PKR Cabang Padang Rengas Ketua PKR Cabang Gerik serta pemimpin pemimpin pakatan rakyat gerik.

Ceramah yang bermula pada jam 8.o0 malam itu berakhir pada jam 12.00 malam



Ucapan pengerusi majlis

Ketua PKR Gerik Haji Supian

Lee Sing Long serta hadirin yang hadir

Pengerusi DAP Gerik

Ustaz Misbahul Munir bersama saudara Mohd Noor

Adun Jalong YB Leong Mee Meng








Chang Lih Kang sedang memberi sedikit pendedahan tentang isu isu terkini



Ketua PKR Cabang Padang Rengas

Adun Jalong YB Leong Mee Meng...boleh tahan juga ceramahnya !!!

Ustaz misbahul munir.....mungkin ada sesuatu yang sedang difikirkannya..
Ketibaan Dato Dato Chua Jui Meng disambut oleh pemimpin pemimpin pakatan rakyat gerik


Dato Chua Jui Meng sempat melihat risalah yang di tunjuk oleh muslimat PAS






Inilah kemesraan yang ditunjuk oleh ADUN Jalong Leong Mee Meng kepada hadirin yang hadir


ADUN jalong Leong Mee Meng sempat bersalaman dengan ketua ranting pkr batu dua



Memang menarik ceramah dato chua ming..


Inilah aksi dato chua jui ming....




Dato chua jui ming sempat berbual dengan ahli-ahli DAP Gerik


Dato Chua Jui Ming pulang meneruskan perjuangan pakatan rakyat.....terimakasih

Tiada ulasan: