Rabu, 21 Julai 2010

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


FORUM PERDANA ISLAM - UST ISMAIL KAMUS (JUMAAT 16 JULAI 2010 9 MLM)

Posted: 20 Jul 2010 08:41 PM PDT

Penyelaras Dun Btg kali, Mohd Nashruddin bersama AJK Mesjid Assalam Bkt Sentosa
sedang menunggu kedatangan Ust Ismail Kamus ke Forum Perdana Islam

MALAM MERAIKAN ANAK YATIM - RUMAH ANAK KESAYANGANKU, JLN ANGGERIK BKT BERUNTUNG (7 JULAI 2010 RABU 9 MLM)

Posted: 20 Jul 2010 08:34 PM PDT

PENDUDUK CEMAS, BUMBUNG BARU DI PUKUL RIBUT..

Posted: 20 Jul 2010 08:15 PM PDT

SINAR HARIAN -BUKIT BERUNTUNG – Penduduk terpaksa melalui detik cemas selama beberapa minit setelah berdepan dengan kejadian ribut di Jalan Semarak dan Pangsapuri Seri Semarak di sini, petang semalam.
Kejadian yangberlaku pada jam 4 petang itu turut memaksa 20 keluarga di Blok K pangsapuri berkenaan dipindahkan ke kawasan selamat kerana bumbung tercabut diterbangkan angin.
Manakala di Jalan Semarak pula, beberapa kediaman penduduk rosak apabila lebih 10 pokok besar tumbang menghempap rumah.
Penduduk, Mohd Hafizi Sudin, 33, berkata, penduduk berada dalam ketakutan apabila 'rumah baru' yang diganti bumbung beberapa bulan lalu masih tidak selamat digunakan.
Menurutnya, hujan yang lebat diikuti angin kuat melanda kawasan itu merosakkan hampir keseluruhan struktur bumbung zink yang baru selesai dipasang itu jatuh berderai atas tanah.
"Ketika kejadian, ramai penduduk berada dalam rumah dan hanya mengetahui keadaan sebenar setelah hujan berhenti.
"Penduduk cemas melihat struktur atap yang baru dipasang terbang melayang jatuh di halaman rumah kami di sini," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Menurutnya, blok yang mereka duduki adalah satu daripada 55 pangsapuri sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa yang dibaiki sejak beberapa bulan lalu.
Katanya, penduduk masih mencurigai keadaan sebenar atap yang baru dipasang itu kerana belum pun dapat digunakan sepenuhnya, sudah menimbulkan masalah.
Seorang lagi penduduk, Noraini Abdullah, 40, berkata, mangsa kejadian terpaksa tinggal dalam rumah mereka kerana tidak mempunyai tempat lain untuk berpindah.
Menurutnya, penduduk merayu Kerajaan Pusat terus memantau status pembaikan yang baru disiapkan akhir minggu lalu sebelum diserahkan kepada mereka.
"Kami tidak mahu perkara ini terus berulang menyebabkan pen- duduk menanggung masalah sama. Tolonglah bantu penduduk di sini yang masih mengharapkan pembelaan sewajarnya.
"Kami juga mengharap bantuan wakil rakyat kawasan ini agar terus menjenguk permasalahan kami di sini," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang turun melihat kejadian itu bertindak pantas dengan mengarahkan semula kontraktor bertanggungjawab menyelia kawasan itu.
Menurutnya, kontraktor diarah memulakan siasatan malam semalam dan diminta segera membaikinya bermula hari ini.
"Ini adalah bencana alam dan kejadian puting beliung ini hanya menimpa sebuah blok bangunan sahaja serta tiada kecederaan dilaporkan.
"Malah, tiada penduduk dipindahkan. Jadi, kita harap penduduk bersabar dan keadaan ini akan kembali normal," katanya.
Dalam pada itu, sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM15.6 juta bagi membaiki kerosakan pangsapuri sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Ia dibuat pada Juara Rakyat di Tapak Ekspo Bukit Sentosa di Hulu Selangor, Januari lalu.



Tiada ulasan: