Khamis, 22 Julai 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


PM ‘Tabur’ RM50k Untuk Dapat Liputan Akhbar Amerika

Posted: 22 Jul 2010 05:25 PM PDT

Dari Malaysiakini
Oleh Steven Gan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan – juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

‘Yuran tak dikembalikan’

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA ‘akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA ‘yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010′.

‘Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika – Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Press Statement By Dr Syed Husin Ali at Dewan Negara

Posted: 22 Jul 2010 05:10 PM PDT

PRESS STATEMENT
22nd July 2010 at Dewan Negara by Dr. Syed Husin Ali

The quality of some answers provided by the Ministries, to me is very disappointing. Questions are usually not fully answered and much of the important parts of the questions are not adequately addressed. The recent answer provided by the Defence Ministry, to a question in regard to the list and value of contracts awarded by the Military, only provided the list of Companies awarded contracts, however the value of the contracts given out was not disclosed, and no reason was given for the omission.

Similarly, a question regarding the Police report lodged against Airod Sdn. Bhd. was practically ignored. The answer from the Prime Minister's department merely stated that there was nothing further to do, as there was no credible evidence. No report was given on the investigations carried out. It seems that there is a lack of accountability in the Parliament, an act indirectly mocking the nobility of the Upper House.

The unappealing attitude towards questions in the Parliament is worrying, and somewhat signals bad transparency on the part of the government. It is hoped that the ministries will put more effort in addressing the questions in the future.

Dr Syed Husin Ali
Deputy President of KEADILAN

Apa Hak Nong Chik Isytihar Status Tanah Kg Baru

Posted: 21 Jul 2010 11:20 PM PDT

Dari Harakah Daily

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan hampir kesemua tanah di Kampung Baru sudah dikeluarkan hak milik dari senarai Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 ke bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen mempersoalkan tatacara penukarkan atau pengeluaran status hak milik tanah di Kampung Baru kerana selama ini semua penduduk di situ dan satu negara tahu bahawa tanah di Kampung Baru adalah tertakluk kepada Enakmen MAS 1950.

Katanya, kenyataan menteri itu bahawa enakmen berkenaan juga sudah tidak releven juga amat meragukan kerana tidak ada sebarang rekod pemansuhan enakmen tersebut di Parlimen atau sidang Dun Selangor.

"Apa hak beliau untuk mengisytiharkan ketidakrelevenan enakmen berkenaan. Beliau hanya seorang menteri senator, dan kuasa Parlimenlah untuk menentukan kedudukan enakmen ini masih releven atau tidak," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur dan statusnya berbeza dengan tanah-tanah rizab Melayu yang lain.

Bagi sebarang pemansuhan enakmen dan akta, beliau berkata ianya perlu dibawa ke parlimen atau dewan yang mula-mula mewujudkannya sebelum diisytiharkan sebagai tidak releven atau dimansuhkan.

"Apabila menteri Umno ini menyatakan hampir kesemuanya sudah diletakan di bawah KTN, itu bermakna masih ada lagi yang kekal di bawah Enakmen MAS sekaligus membuktikan bahawa enakmen MAS masih releven," ujarnya.

Sehubungan itu, DPPWP mengingatkan Nong Chik supaya membuat penafsiran undang-undang dengan betul dan menyatakan fakta sebenarnya kepada penduduk.

Menurutnya lagi, penduduk patut tahu bagaimana tanah mereka boleh bertukar status dan apakah jaminan undang-undang bahawa tanah mereka setaraf dengan tanah rizab Melayu di bawah akta KTN.

Baginya, hanya kerana ingin mendesak penduduk mengadaikan tanah mereka untuk projek mega berbilion ringgit, menteri menghamburkan fakta-fakta yang kucar-kacir.

Tambahnya, malah menteri itu juga baru sahaja menarik balik cadangan 60:40 untuk pembangunan Kampung Baru yang ternyata ditentang hebat ramai pihak.

Dasar yang longgar, persedian dan perancangan yang tidak jelas, katanya membuktikan bahawa menteri itu sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu buat kepada Kampung Baru.

"Beliau tidak tahu bentuk pembangunan apa yang sesuai, melainkan mahu membeli tanah penduduk dengan harga yang murah dan kemudiannya membina rumah-rumah kondo dan lot-lot perniagaan yang berharga ratusan ribu untuk dijual kepada bukan Melayu dan pelabur asing," ujarnya.

Katanya lagi, tawaran pembangunan oleh menteri itu sebenarnya belum begitu memuaskan hati penduduk dan DPPWP menasihatkan agar beliau tampil dengan satu perancangan dan penjelasan yang lebih konrit lagi di masa depan agar hak penduduk Kampung Baru tidak tergadai begitu sahaja

What Anwar Ibrahim’s Trial Means for Asia

Posted: 21 Jul 2010 07:54 PM PDT

By blog.algore.com

Anwar Ibrahim is one of the most enlightened and visionary political leaders in Asia and yesterday former U.S. Ambassador John Malott argued persuasively that the US should stand with Anwar Ibrahim. I could not agree more. Malott writes in the Wall Street Journal (July 19, 2010):

"Already convicted by the government-controlled media, Mr. Anwar and his defense team have been denied access to the evidence that the government possesses, including police and medical reports, surveillance tapes, and even the witness list. Malaysia does not have a jury system. The verdict will be rendered by one judge, appointed by the same government that wants to remove Mr. Anwar from the political scene.”

“While a handful of human rights groups and some Australian parliamentarians have condemned the trial, there has been little interest at the broader international level. The Obama administration has been silent.”

“When I visited Malaysia last month, it was clear that Mr. Anwar and most observers expect a guilty verdict in August. At that point, the question is whether he remains free on bail during his appeal or is jailed immediately.”

“A charismatic campaigner, Mr. Anwar led his coalition to near victory in Malaysia’s last parliamentary elections in 2008, when the opposition took 47% of the popular vote and gained 62 seats. The government’s new political game plan seems to be to put Mr. Anwar in jail and the opposition in disarray, call snap elections, and ride to victory."

This is an important issue that deserves more coverage and attention at all levels. Mr. Malott's conclusion rings true to me:

"In 1998, Mr. Anwar said, “If this can happen to me, it can happen to anyone.” That is no less true today. If Mr. Anwar is denied his freedom, then Malaysians will continue to be denied their freedom and the country its promise."

Tiada ulasan: